Pages

Monday, January 16, 2012

Dapat torchlight utk nombor satu pasti terbaik! wah dan wau



"Allah (pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak di sentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" 
An-Nuur : 35



Di tengah keramaian orang itu, aku nampak mukanya yang bercahaya. Langkahnya seolah-olah slow motion dalam drama korea. Walaupun kulitnya bukan seputih mereka yang berdarah cina atau mat saleh, mukanya...mukanya putih bercahaya dek matahari yang baru keluar dari celah-celah lautan di ibaraki. SubhanAllah seolah cahayanya yang berkilau membuatkan semua yang memandang terpanau. Terasa ingin mendekatinya, ingin menyapanya, ingin berkenalan dengannya. Itulah seorang insan yang dikasihi Allah (aku yakin), akak dotdot. :')

uhuh metafora? bukan.. itulah saksian hebat kami yang melihat beliau. uwah.



"akak, saya kan suuuke sangat kat akak dotdot mase kat jepun haritu"

"eeyhhh?? akak pun suke die!" -akhawat ke-2

"ooo akak dotdot tu ke? a'ah akak pun suke sgt dgn die" - akhawat ke-3 [graduan jepun]

"laa cemane semua boleh kenal die? hebatnye"

"die macam ade aura tau tak.. bile tengok je die rase tenang.. rasa semacam kan?"

"a'ah akak perasan jugak benda tu" -akhawat ke-3



"mesti Allah sayang die kan?" 




wah. 





-Rumah Ansar 16 Jan 2012 : 11.00mlm

Allah sayang dia? terdiam sekejap. masyaAllah. Allah sayang dia? rasa nak menitik bila tersentap tu. mcmtu kah perasaannya orang yang dikasihi Allah.. Raut wajah yang tenang dengan senyuman tak putus. Asyik senyum je penat aku tengok ehehe. Tapi rasa tenang dengan senyuman tu. Rasa tenang tengok peribadinya. Seolah bila dia berjalan ada aura taqwa dan keimanan yang tertinggal di setiap bekas tapak kakinya.

Inikan baru manusia biasa, tak dapat gambarkan mcmmana ye aura Rasulullah.. wah sudah pastinya lagi hebat perkasa. Lagikan wajah baginda yang tampan lagi putih berseri T_T *sumpah serius nak jumpa Rasulullah T_T ok sambung nyanyi binnabil huda la la :D*

Semalam berjalan ke rumah akhawat ke-2. Rumah Ansar namanya. Barangkali semua penghuni ansar sudah bekerja. Balik lewat muka semua letih, mata bengkak. Tapi semua masih menyapa aku dengan baik :')
Sepanjang dalam perjalanan ke rumah Ansar, sempat bersembang dengan akak yang menjemputku depan kedai BrotherhoodArts haha. *setapak aje dr rumah eh :P* sembang dalam kereta sudah pasti hangat jangg. Antara sebab kenapa aku suka naik kereta.





"Kenapa krun rasa krun tak perlu bersaing? kenapa krun rasa krun dah tak payah buat kerja?"

"emm... tak tahu la kak. bukan tak perlu bersaing cuma krun rasa kalau dah ada akak-akak yang lagi berpengalaman DF adik-adik, tak payah la dah kan kita DF adik-adik tu. matlamat pun sama btw. Jadi bergaduh karang"

"oh kalau mcm tu kerja dakwah ni tak payah dah la kite buat bila dah ada orang lain buat?"

"hmm..." *tekan perut tak tau nk jawab*

"Dakwah tu kan berterusan, proses DF tu pun berterusan sepanjang hayat.. desyou?"

"betul2.."

"Macam ni krun. kalau krun nak tengok, sebab ape kita berdakwah ni kan, sebab ape kita bermati-matian bersungguh dalam mendakwah orang ni kan, sebab kita mahukan torchlight Allah. Kita sentiasa mahukan torchlight tu."


"Torchlight? Allah suluh kat kita la kan?"




"haa.. kita kan, kita mmg beramal dan berdakwah sama dengan orang lain. cuma kita mesti lah kena ada sifat Allah-pandanglah-aku-lebih. mcm tu. torchlight tu yang kita mahu. supaya nanti bila Allah tanya, kita boleh jawab dengan hasil kita yang bersungguh-sungguh kita rasakan Allah sedang torchlightkan tu. eh paham ke?"


"ooo waahh.. boleh bayang, boleh bayang" *complicated jugak ayatnye*

"Jadi bukan kate kat sini kita nak bersaing tu supaya mereka memandang kita, tapi kita mahukan supaya Allah highlight kita, Allah memandang kita. ingat senang ke Allah nak pandang kita dalam bejuta orang sepanjang zaman. Best tak kalau Allah highlight lampu kat kita macam artis tu? pergh terasa glamour nnt kat padang masyar. Antara orang yang dihighlight yaw"


"a'ah la kan. tapi kita kena ada rasa nak bersaing dengan orang lain la eh?"


"haip. so kita kne aaalllwaayss bersungguh-sungguh buat yang terbaik. takkanlah nak biar je orang lain potong kite. kita mesti lah nak jadi number one dari dalam list Allah. number one ok!"

"hukhuk...betul kak. sudah pasti number one tu sangat hebat T_T" *rasa nak nanges*


subhanAllah. 


Torchlight Allah. 









*Term baru yang sangat best. ok sila salin dlm kamus hidup*




Lepas kami bercerita tentang akak yang kami favour dekat Ansar tu, mcm biasa segala perbualan dalam kereta terlintas balik. Hebat yaw bila seseorang tu disayangi Allah, di TORCHLIGHT kan Allah. Sampai semua orang pun nampak cahaya lampu suluh tu jang? hoh.. Tak caya boleh pergi jumpa akak dotdot tu hehehehe :P serius anda akan terucap "wah" atau "wau"

Cemburu lah... dengan akak dotdot tu. Sudah pasti amalnya sangat mantap. Bukan amalnya sahaja, aku dapat rasakan yang dia sangat dekat dengan Allah. Malah Allah juga pasti sangat dekat dengannya smpai rasa sangat berkilau cahaya keimanannya. emm itu lah serba sedikit luahan rasa cemburu aku hari ni.

Serius aku sangat cemburu smpai nak nangis.. T_T serius. serius. serius 3x

Semoga Allah mencintainya smpai ke syurga. hukhuk aku juga mahu bergelak ketawa dengan akak dotdot kat syurga T_T tapi rasa macam sangat jauh lagi Allah...




T_____T




from zero to hero. pasti buleh!



2 comments:

Habibah said...

Wuuu... Dpt jmpa kakak ansar. :')
Kak krun pasti bulih dgn kelebihan akak tersendiri;)
Syg kak krun.

teratai biru said...

saya pun mahu duduk sembang lama2 dgn akak dotdot tu...

T__T


take care krun.

tak sempat nk sembang betul2 ngan krun hari tu..
insyaAllah nanti kita stori baeeeeek punya kat syurga, bi iznillah...