Pages

Friday, January 20, 2012

bulatan bahagia 1 : pokok epal







"syahadah ni seperti 50 ringgit dan seketul emas.."



Alhamdulillah hati ku disuntik nikmat bahagia berbulatan bahagia dengan orang yang tak pernah disangkal akalku untuk menemuinya, apatah lagi menjadi mutarobbiah sebentarnya. Selama ni hanya membaca butir-butir penulisannya di skrin monitor dan menghembuskan mimpi tak sudah mahu bertemu muka-kepada-muka dengannya. Alhamdulillah...Alhamdulillah atas nikmat rasa kebahagiaan yang Kau berikan ini. Maha suci Engkau sesungguhnya nikmatMu tak terhitung oleh kami Allahurobbana..

"Dan Jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang"
(16:18)


emm kali ni, mungkin lah antunna tak rasa seperti aku rasa, tapi hati aku melonjak mendidihnya tahap bahagia tu, bila dapat bersama, dan mendengar mutiara-mutiara kata yang keluar dari mulut akak murobbi sementara aku cuti 2 minggu nih



akak muharikah dot wudperes.






Alhamdulillah lagi..

pastilah kena share flow aku hari ni kan? *memberi itu memperingati insyaAllah* isi yang simple tapi menusuk jantung aku buat 2 jam yang berlalu. mungkin lah aku bukan jenisnya yang cepat ramah, satu kelebihan di situ membuatkan aku sangat fokus dan teliti bagi bab listening. aku suka mendengaar.. dan mendengaar daannn mendengaaaaaaar lagi kalau berada dalam liqo yang baru. eheh tapi hanya untuk liqo yang baru. Alhamdulillah.

pengisian hari ni masyaAllah.. sebabkan aku sangat diam dan fokus pada setiap ayat yang akak sebut, isinya masuk mencucuk-cucuk perut dan hatiku. emmm tapi tak tahu macammana aku nak share pulak kat sini. tak semantop akak tu la kan T_T

dan sudah pastilah aku yang tak berbakat menulis ni, tak mampu nak mengeluarkan ayat-ayat bunga cinta yang sedap lazat untuk suapan umum T_T
asif.. kalau post ni tak berapa memberangsangkan dari segi bahasa dan penulisannya. tapi ambillah isinya sedikit.. hatta 0.1% pun yang terasa boleh dihadam :)

hmm.. rasa banyak kali dah dengar tapi hari ni baru faham, tentang syahadah dan iman kanaa?

tajuknya tak pasti sebab salin billugoh al-arobiyyah ehehe.

k.aisyah cakap
"syahadah ni seperti 50 ringgit dan seketul emas. bilamana emas tu kita rasa berharga dan mahu melindunginya, pastilah kita akan beri kepada orang lain untuk jaga amanah tu kan?
sebabkan harga dia yang sangat mahal tu, kita tak nak orang ambil dan curi dari kita. betul? 
jadi.... sama lah dengan syahadah tu. cumanya syahadah ni, kita rasa dia mahal dan kita nak jugak orang lain rasa kemahalannya tu.. sebab tu kita nak berkongsi, berkongsi bersama nilainya sendiri.. dan rasa terhadap nilai tu.."

emm ni nak kasi matome' jalan syahadah seseorang bila menerimanya dari analogi pokok epal








akar tunjangnya [asy-syahaadah] 
akar pecah tiga [al-ikroru wal ii'laan, al qosimu wal halafu, al miithaqu wal wa'duu] 
batang pokok [al-imaan] 
 ranting kayu [at tasdiiqu bil janaan, alqoulu bil lisaan, ala'malu bil arkaan] 
daun pokok [al istiqoomah] 
buah buahannya [asy-syajaa'ah, al-itmi'naan ,at-tafaa'ul]

*asif kalau salah eje*

emm kalau melayunya :

dari akar tunjang syahadah tu, kita akan dapat akar pecah tiganya
+berikrar dan mengiklankannya. dengan maksud menunjukkannya kepada orang lain.
+bersumpah dan bersumpah.
+Janji setia dan janji kepada Allah untuk mempertahankannya

dari ketiga-tiga akar diatas maka tumbuhlah iman sebagai pokoknya. lagi mekar dan ranum bila akarnya kukuh dan teguh di dalam tanah

dari iman sebagai pokok, lahirlah ranting-ranting kayu sebagai praktikalnya
+membenarkan dengan hati
+sebut dengan lisan
+amal dengan anggota

ok sekarang dari tiga ranting ni pergi ke daunnya istiqomah = berterusan dalam amalan

dan buah-buahan yang keluar dari daunnya itu semestinya menggambarkan dalaman yang mantop itu
+keberanian. Untuk ke masjid ke, approach orang-orang baru
+ketenangan, iaitu rasa tenang sentiasa
+optimis-konfiden dan yakin dengan diri sendiri

buah buahan tu sudah pasti akan mengeluarkan rasa yang enak hasil dari pertumbuhan hebat si pokok ni kan?
iaitu rasa



kebahagiaan.



ok buat peta minda mudah utk diri sendiri ye ^^
so senang je la nak cari kebahagiaan yang dijanjikan Allah tu, start dari akar tunjang syahadah yang mahal tu.
buat ikut peta minda pokok kompem dapat bahagia tu haip33. ^^

Sebenarnya benda ni nampak simple tapi sendiri rasa berat. kalau utk pemahaman lanjut, sila rujuk naqibah masing2. ewah cam iklan pulak hehe :) tapi apapun kena share isi hari ni supaya tak lupa dek memori ku.. dan untuk manfaat bersama.

semoga kita sama-sama dapat pelihara syahadah kita smpai ke akhirnya. yolshimi! :)

psst : hari ni rasa seronookk nak sengih sampai ke pagi pun boleh ^^ analogi kasarnya kalau di depanku sekarang ade 10 orang datang sekaligus, 10 orang tu juga akan aku peluk kuat *lap air mata* dan tak terkata bahagia dapat dilistkan masuk "BULATAN BAHAGIA" dengan akak muharikah. macam.. macam mimpi lagi T_T speechless smpai tak tahu nak kata apa sudah. sakit tekak tahan sebak terharu masa pengisian tadi..*terharu dengan rezeki yg Allah kasi* Allah.. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

"Takdir Allah eh krun duduk dekat dengan rumah akak. Alhamdulillah kita ditakdirkan untuk bertemu juga hari ni, dalam majlis amal penuh barokah ni"

T_______T Allah......

4 comments:

teratai biru said...

saya suka post ini.

*macam sebak pun ada gak*

jazakillah khair krun krn berkongsi...

moga kita tetap thabat...insyaAllah..

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah said...

wau dah wahhh..!

jeleznya.

dapat jumpe akak muharikah tu.. nak kirim salam, boleh tak ek? huhuhu.. [T__T]

kruN. said...

insyaAllah k.wee ^^ nnt krun kirim salam ehehehe

k.gja : amiin.. betul. semoga kita terus tsabat :D

Ukht Dila said...

assalam ukht krunn..
sampaikan salam kat ukht muharikah !
saya peminat misteri dia dan fan enti jugak xD