Pages

Thursday, December 20, 2012

Have full faith in Al-Wakeel.





"I know this is a test for me. I know.
 And actually. Sangat mencucuk-cucuk kat dada ni, khairun." 




Suara abah paling serak. Bahagian ini. Aku ulang-ulang lagi dengar recording panggilan dengan abah semalam. Hihik. Canggih rupanya telefon zaman kini, terlupa untuk guna masa ummi ada dulu. Dapat ulang-ulang dengar suara :')




"When will you come back again??? 10 days?"

"Nope. About 20 plus plus days hahaha"

"i cannot hear you, Khairun. You mean 10 days???"

"No, Illiyya. Hmm A month from now. Count!"

"What again? You meannnnnnnnnnn
 10 Days!? Oh Yippee~!"


Adoi. =.=" ahah.


Bahagian ini. Aku ulang-ulang sambil tersenyum gigi penuh. Sesekali rasa nak cakap direct je sebelah telinga si budak itu. Hik. Tergelak sorang-sorang lagi. :P




Illiyya yang Innocent. Rindu sangat sudah. :')




Al Wakeel : The Trustee. 
The One Who Gives the satisfaction and is relied upon. 



Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Hari ini hadiah terisitimewa dari Allah berupa sampainya panggilan jauh ke rumah. Sudah hampir sebulan tidak dapat hubungi abah dan adik-adik buas di sana. Gara-gara keluarga yang berpindah ke kawasan baru di tanah air. SubhanAllah. Speechless. Betul dadaku sedikit terasa sesak kerana tidak mendengar sebarang khabar. Lantas kepala juga tidak dapat menumpukan sangat perhatiannya pada final exam.


Dan ketika ini, mungkin sesetengah manusia yang terasa sesaknya, (ehm tak tahu nak describe bagaimana gelabahnya eh, hari-hari menanti panggilan T.T) mereka barangkali akan menceritakan bahagian masalahnya pada manusia, mencari-cari manusia. Atau sesetengahnya terus melabuhkan sejadah dan bersujud sambil mengharapkan petunjukNya. Waastaghfirullah tanpa sedar, aku banyak untuk yang pertamanya kan. T_T



Asyik. Tanpa sedar resah mencari telinga manusia ketika penuh masalah.


Sesekali aku akan message pada rakan-rakan jauh untuk minta pendapat. Sesekali pula menanti lagi abah membalas soalan-soalan panjangku yang tiada jalan penyelesaiannya. Mungkin aku kan kerap mengatakan aku faham konsep tawakkal. Dan pastilah bertawakkal dalam cara yang kita sedia faham. 



Itu meminta dan meletakkan segalanya pada Allah, 
pabila telah habis berusaha. 




Lalu aku menghubungi manusia-manusia di sana sini untuk pendapat yang tidak henti. Allah.. Allah. Usaha ku yang sedemikian pelik? terkadang itu. Sehingga pada satu tahap, aku putus harapan. Kerana nampak seperti tiada langsung jalan keluarnya. Aku bersujud dengan hati yang kosong. Mungkin kerana kecewa terus pada manusia. Lagi. Dan lagi.


Tetapi kan subhanAllah. Maha suciNya Allah yang tetap tidak Menghampakan. Walau sekali minta. Kadang-kadang terasa tenang selepas berdoa. Kadang-kadang, Allah Membalas terus doa itu dengan menyampaikannya, melalui seseorang, kan?


Datangnya seorang Makcik yang aku tidak pernah kenal namanya, atau wajahnya. Telah singgah ke korea dan bersama membawa harapan melawat kami di sini. Terus selepas taaruf, cerita tentang tawakkal dikongsikan. Seperti Allah ingin menceritakan lagi tentang meletakkan harapan padaNya. Sepertinya Allah, benar-benar mahu aku faham ketelitian dalam bertawakkal. T_T


Katanya, lihat bagaimana kan Imam Hassan Al-Banna mengajar Abbas as-Sissi tentang tawakkal. Ketika Abbas yang telah meletakkan keredhaan pada matanya yang rabun untuk mendaftar sekolah ketenteraan. Di mana mata kan menjadi kelayakan pertama untuk kemasukan itu. Lalu Abbas pasrah terus memutuskan untuk tidak mendaftar.




"Bertawakkallah pada Allah. Untuk berjaya." 




Imam Hassan mengulang.


Abbas keliru lagi. Pening kerana keputusan doktor yang jelas nyata menunjukkan rabun matanya yang tinggi.
Lalu Imam Hassan terus mengajarkan tawakkal itu,





"Justeru itulah aku mengatakan, Bertawakkallah pada Allah. 
Kerana jika matamu sihat, 
maka kamu telah bertawakkal pada matamu"




SubhanAllah. Abbas menangis. Lihat bagaimana Imam Hassan menggoncangkan iman Abbas dengan kata-kata yang sangat berhikmah, dan Abbas meminta sepenuh keampunan pada Allah. Alhamdulillah, keajaiban pasti berlaku. Abbas kan berjaya memasuki ke sekolah ketenteraan yang diingikan dan kemudian menjadi juara dalam latihan menembak.




SubhanAllah All Praises to Him. :')



Di sini tawakkal benar-benar di hidupkan dalam hati. Bagaimana seharusnya meminta dalam erti kata ghaib. Tetapi ghaib yang kukuh. Iaitu kepercayaan penuh pada Rabbnya. SubhanAllah. SubhanAllah



Semoga Allah Menambahkan tabung pahalanya, Imam Syahid Hassan Al-Banna. Atas usahanya mendalamkan keyakinan seseorang pada tawakkal itu.




"........Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah Mencintai orang yang bertawakkal. Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah Membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? 


Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang mukmin bertawakkal."
(Ali Imran : 159-160)




Hari ini. Aku tahu. Abah menangis lagi setelah suaranya serak-serak basah. Yang tak pernah aku dengar sebelum ini, mungkin. Keadaan abah yang masih tidak bekerja dengan adik-adik membuatkan abah keluh kesah. Ingin sekali aku berkongsi dengan abah tentang kisah indah Hassan al-Banna dan mutarobbinya. Namun pada awalnya, sebelum menceritakan dengan penuh yakin pada abah,


aku lah yang pertama-tama harus menjadi seperti itu kan.
Penuh yakin, bertawakkal pada Allah. InsyaAllah. Mulakan latih hati sendiri :')



Sepertinya pada abah, bukanlah dengan tidak bekerja itu wang pasti tidak akan datang. Tetapi dengan abah berusaha mencari pekerjaan, dengan usaha abah untuk membaiki diri pada yang lebih terbaik, to overcome ujian besar Allah pada abah ini. InsyaAllah abah, kita meletakkan tawakkal selepas usaha itu pada Allah untuk segala rezeki.


Bukan tawakkal pada dengan keadaan tidak bekerja itu. Bukan, pada menganggur itu kita bertawakkal. Pintu rezeki datang dari segala arah, abah.




Lets have full faith in Allah. InsyaAllah. :') 



Wallahualam. Bissawab. Sharing basah dari makcik kelmarin dulu. Jazakillahu khayr. Semoga Allah terus menjaga kita dengan rahmatNya. Dan NuurNya yang tidak putus. Aminn.



p/s : Aseef pada mereka yang kurang faham perincian konsep indah Hassan alBanna tentang tawakkal. SubhanAllah. Untuk pemahaman lebih lanjut, boleh juga skype dengan saya ke ^_^ InsyaAllah sangat berbesar hati untuk berkongsi lagi.


Jzkk k.tiqah too. May Allah Ease everything.




Saturday, December 15, 2012

Its you.






Silence. Is what you need, most of the time. 




"Setiap manusia punya cerita yang bakal diceritakan semula, dengan sendirinya di hadapan Allah nanti. Walau apa dan bagaimana pun pandangan datangnya dari yang lain, tetaplah kamu dan dirimu yang akan dihisab sendirian. 


Tetaplah kamu, sendirian yang akan berjalan ke pangkal hidup abadimu. Sendirian. 
So fight for yourself. Fight for your Jannah."




This is the reality. 
Dont misunderstand others of what they are fighting for. 





p/s : Be thankful. Kerana kamu menerima babak ini, dan mereka menerima babak yang itu. 





Wednesday, December 5, 2012

Putih.




Bismillah.



Putih. Lagi berseri-seri harinya. :)



Alhamdulillah.
Hari ini sangat luas senyumanku memandang ke langit. Allah. Kekasih kita bersama di atas Arasy yang sangat romantis, telah Menurunkan butir-butir kilauan aisNya putih menutup bandar korea :')



Biarpun rakan-rakan terus berlari ke monitor, terus membuat panggilan video, suara dan pesanan ringkas pada ummi-ummi mereka di rumah. Aku hanya memandang lagi ais-air yang penuh di kasut. InsyaAllah aku juga gembira. Dan Iya, aku juga ingat pada ummi dan fatihahku untuknya.




"Ummi, Allah bagi lagi penghormatan melihat aisNya hari ini. 
Semoga ummi juga tenang menikmati cahayaNya 
di sana."







Poskad pertama dari hati anak manjamu yang merindui. 
Winter 2012, Sungkyunkwan University :') 





Namun hati perlu pertamanya ingat pada Rabb yang Maha Besar itu. Pada yang Memilih hamba-hambaNya di sini menyaksikan kebesaran rahmatNya yang beterbangan di udara.




SubhanAllah.



"(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"

(3 : 191)



SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah. Tersenyum rapi. :)



Clip utk abah dan semua di Malaysia, missing u guys too.





Say, Alhamdulillah.
Thank You Allah. I had fun. Biarpun tiada ummi di sisi :')



p/s : Alhamdulillah sempat buat video pendek tatapan salji bagi mereka di malaysia. InsyaAllah ada rezeki Allah pasti akan beri penghormatan itu pada kamu-kamu di sana pula. InsyaAllah. Biiznillah. ^_^ 




Friday, November 30, 2012

Sosok murobbiku.




Membelek-belek stor video. Teringat keringat dan senyuman-senyuman yang kita bina bersama sepanjang tempoh itu. SubhanAllah. Rindu. Dan selamanya ini menjadi hadiah untukmu,



Murobbiku.





Hadiah pertama dan terakhir pada murobbiku jauh di sana. Bibit-bibit kenangan kita yang menjadi cerita satu dunia. SubhanAllah.. SubhanAllah. Semoga Allah Redha.




Ketika itu aku melihat hanya murobbiku. Hanya murobbiku yang diam duduk di bucu dinding, terkumat kamit bibirnya membaca ayat-ayat Allah. Hanya murobbiku yang menangkap mata kanan dan kiriku, sedang akhawat lain riuh rendah bercerita bersama, pabila sudah hampir seminggu tidak bersua muka. Dia duduk seorang di situ, menghadap khusyuk di hujung bucu-bucu.



Ah. Gelagatnya sama sentiasa. Murobbiku diam selalu. Kadang-kadang hanya tersenyum, kemudian kembali membawa diri ke bucu dinding. Setiap kali, pada masa-masa terluang dan ketika aku leka bergelak ketawa di belakang. ㅠㅜ




Dia. Selalu tidak turut serta dalam kata-kata. Mungkin, isi umpatan juga dielaknya. Allah..





Ketika berhalaqah, murobbiku selalu mengusap bahuku. Lebih lagi apabila mentadabbur ayat Allah. Tidak banyak suaranya yang terdengar, banyak lagi kaca-kaca di matanya ketika memandang kami. Lalu ketika aku bergurau dengan pangkat murobbinya, sentiasa dia mengulang





"Khairun, ini tanggungjawab. Sebelah kaki akak sudah berada dalam neraka"





Ya Rabb. Seringkas kata-kata itu menunjukkan murobbiku sangat peka dengan amanah, dan sesungguhnya dihatinya tersemat  selalu tentang hari akhirat. SubhanAllah. Wallhamdulillah inilah ceritanya. Ketika aku kan banyak memerhati, pengalaman demi pengalaman menyentuh dan mengajarku. Orang mungkin kata jadilah diri sendiri ketika apa-pun. Tetapi aku serius. Mahu menjadi seperti murobbiku. 






Allah. Masanya...

masanya kan banyak kepada Allah lebih pada terlalu leka kepada manusia. Dan dia kan yang mengajarku pekat tentang hadis yang diulang-ulangnya selalu,





"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. 
Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."



Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra. 






Ah begitu bucu dinding disukainya. Sedangnya dia mengingat Allah dalam khalayak itu, hatinya melakonkan hadis itu semula.




SubhanAllah. Aku rindu pada murobbiku. Dia yang mengajar aku erti ILAH hatiku, erti cinta pada Allah. Dan pada aku yang tidak mampu menjadi sepertinya, InsyaAllah sosok itu akan sentiasa menghadirkan himmah untuk aku terus ke hadapan.






p/s : Murobbiku adalah cinta pertama dalam ukhuwah ini. Sosok berupa qudwah hasanah yang menakjubkan. Semoga terus tsabat di sana. 

Sayangi murobbi kita ^_^ Dan murobbi terunggul : Baginda Muhammad SAW. 





Sunday, November 25, 2012

그립다.




Jauh. Kalau mendengar dengan teliti. Walaupun aku yang suka untuk cuba tidak mengingatimu, di sana masih membisik-bisikkan lagi,







"Ummi."








Rindu nak lihat wajahmu. Memanggilmu. Jauh di lubuk hati, di sana. Allah.. :')




Wednesday, November 14, 2012

Karat.






Karat itu. 




Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Di belakang kalian akan ada masa-masa sulit yang menuntut kesabaran. Orang yang sabar pada saat itu laksana menggenggam bara api. Orang yang beramal shalih di masa itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang, dari kalian"

(HR Thabrani)



Yaitu pahala lima puluh orang sahabatnya baginda.
SubhanAllah. Wallahu Akram. :')




Lihat semula.
Ia melekat bagaikan tidak pergi. Maka lihatkan jahiliyah. 
Bagaimana serupa karat ia kan terpahat di dalam besi-besi. 
Sesekali perlu untuk ditampal dengan warna yang baru untuk mengganti. 


InsyaAllah, wabismillahitawakkal 'alallah. 
Bersama sabar dalam amal yang dibina, 
semoga menutup dan menghias besi-besi. 
Seperti tampaknya baru dibeli. 




Azam terbesar tahun baru yang fresh ini, 
Membuang karat jahiliyah. Allah, Izinkanlah! T_T 




p/s : Salam Maal Hijrah 1434H. Mari ambil kertas dan pena. Kita tulis azam tahun baru. Semoga membawa ke syurga. :) 





Monday, November 12, 2012

Merah hatinya yang hidup. Kering hatinya yang gugur.





"Barangkali mereka menyangka mereka mampu hidup tanpa tarbiyyah. 
Namun mereka yang tersasar jalannya ke syurga, 
apabila membuang tarbiyyah itu dari hidup mereka.

-murobbiku








Tentang manisnya warna dedaun pabila kemerah-merahan, menghidupkan hari manusia. Cantik dipandang lalu dipuji-puji terus warnanya. Namun pabila menjadi kusam tatkala hampirnya musim sejuk. Hanya menghadirkan kesedihan pada hati mereka, pabila telah kering dan gugur ke tanah.

Hati kan umpamanya dedaun itu. Manisnya berwarna seketika bersama tarbiyyah, 
lalu mungkin bakal kering dan kusam pabila membuangnya tarbiyyah. T_T 





"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum,
 sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada mereka sendiri" 
(13:11)





Kerana tarbiyyah itu yang menggegarkan iman mereka, mencapai cinta Allah di langit. 
Terusnya iman yang telah bergetar itu lalu bangkitnya tubuh dan jiwa mereka, 
menyambut seruan Rasulullah dan berjihad fi sabilillah. 



Kerana tarbiyyah itu yang melahirkan kemanisan iman, 
pada kusamnya derita hidup-hidup mereka di dunia. 
Manisnya iman menghadirkan senyuman pada penantian hari paling bahagia dalam hari-harinya, 
hari mereka bersama ke pintu JannahNya. 



Kerana tarbiyyah itu, maka hati kita hidup mencapai redhaNya, 
lalu terus disinarnya Nuur Allah yang tidak putus. 
Menyilaukan mata-mata mereka yang berpaling dari Rahmat dan ampunanNya. 



Kerana tarbiyyah, Alhamdulillah. Kami hidup lalu hati kami kan pernah merasai 'hidup'. 
Kerana ia telah mengenal Rabbnya. Ia telah kenal, 




jalannya ke syurga. 







Itu kisahnya tarbiyyah. 


Namun, masih kan ramai dilihatnya gugur. Setelah sesekalinya merasa tarbiyyah sudah berurat mencengkam di hati. Tarbiyyah mengucup berulang kali dan kadang-kala juga mengetuk pintu akal untuk bersama-sama dalam beraksi. SubhanAllah. Sungguhkan, pada perang uhud tapisan Allah itu sudah nyata dipaparkan. Mereka yang gugur tunduk hatinya pada tawaran si bumi. Si harta yang berkilau, akhirnya meninggalkan kurang dari 50 sahabat yang tsabat melindungi Rasulullah di medan pertempuran.


Begitu Allah menapis tenteranya yang dipilih untuk betul ikhlas membawa agamaNya di muka bumi.
Begitu kan, Allah menapis.



T_T




Sungguh, sesaat baru tersenyum mengenal Allah, tidak bermakna sesaat kemudian akan tersenyum terus dan bergegas ke batang paip air pabila mendengar laungan azan. Sesaat pula mendengar kisah Khalid Al-Walid R.A, belum tentu sesaat kemudian akan terus mengangkat pena atau kasut, mula bekerja mengharumkan nama islam. Dan sesaat juga melabuhkan sebahagian tubuh dan hati pada menerimanya tarbiyyah, bukan bermakna telah manis hidup dan terjamin syurganya.



Kerana hati telah berbolak balik, mungkin. Pada saat berikutnya. Hanya kan hati yang terpilih, diangkat untuk masuk ke syurgaNya. Allahurobbana.






Dan berdoalah pada Pembolak balik hati itu, 


Yaa muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala deenik
"Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu"









Semoga hati kan terus mencinta dan dicintaiNya. Genggamkan tarbiyyah pada yang terpilih itu, agar kita sentiasa tsabat menuju syurgaNya. InsyaAllah!




p/s : Ingatlah. Pada hati-hati yang futur ini. Ingat kan tentang pertama kalinya hati mengucup tarbiyyah. Manisnya terasa seperti terbang di kala awan-awan di langit, bukan? :') Allahurobbi SubhanAllah. Kekalkan kemanisan berada dalam tarbiyyah ini ya Rahman. Amiiinn.





Sunday, November 4, 2012

Di Sebalik Senyuman Umar.






Umar.





Bagaimana tidak tersentuh dengan peribadi Umar Al Khattab. Kacaknya Umar pasti kerana kegagahannya, keimanannya yang menyilau menghalau syaitan di jalanan. Sentuhnya hati Umar dengan kalimah syahadah membangkitkan terus kekuatan umat Islam, lalu menggerunkan musuh-musuh di luar. SubhanAllah, mereka yang lemah dibela dan dilindung sepanjang hayatnya.



Umpama, sebuah dinding yang tegak mantap mendahului dihadapan, umat islam di yakini keselamatan mereka. Apabila berada di belakang Umar. 



Apabila berada di belakang, 
si Umar yang tersenyum gagah penuh cinta dengan Islam. 





Teruslah meminta ampun dan kekuatan dariNya. Sungguh pada manusia itu banyak kecacatannya. Pada Allah segala kesempurnaan. Maka percayalah pada kekuatan dan kesetiaan Allah pada hambaNya, InsyaAllah.




"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) mengenaiKu, maka (beritahu kepada mereka) 'sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(Al-Baqarah : 186)




Pada pagi yang suram melihat wajah ummi yang baru ditutup itu. Aku lalu ke bilik lelaki dan mengejut abang sulung kami, Umar. Umar terus mencium pipi merah ummi lalu duduk dan memerhati, wajah ummi tercintanya buat kali terakhir. Aku masih tidak nampak tangisan yang keluar pada kelopak matanya. Sambil Umar itu terus ke ruang tamu menemui abah.




"Abah, apa doa Umar kena baca nanti?"




Aku dengar perlahan. Tetamu mula datang penuh di ruang pintu rumah dan bergiliran masuk ke bilik ummi, menyelak kain dan mencium pipi dan dahinya. Doa apa yang Umar mencari itu, masih bermain-main di fikiran. Hanya sempat mengintainya sedang menghafal di hadapan meja komputer dengan penuh focus.


Dan ketika imam mengumumkan,




"InsyaAllah, solat jenazah Roslina binti Mohamad Razaly akan bermula, 
diimamkan oleh 


anak lelaki sulungnya."





Allah. Hatiku kan berkocak dan terus mengalirkan airmata tanpa henti. Mendengar bacaan takbirnya yang sayup, di sepanjang solat itu. Terharu. Sebak mendengar suara yang tenang membaca doa yang dihafalnya sebentar pagi tadi. Abangku Umar,


yang berdiri mengimami kami di hadapan. SubhanAllah :')



Abang yang paling disayangi Imran dan Illiyya, sangat tabah mendahului kami semua pada hari itu. Hanya tersenyum melayan Imran yang berlari-lari keliling mereka yang sedang membaca talkin. Sedang adik-adik perempuannya yang lain sedang menangis, Umar tetap tersenyum pada Imran.


Kini bahunya yang makin memberat memikul beban untuk melindungi adik-adiknya di bawah. Bahunya yang berat itu namun sentiasa disertakan dengan senyuman, pada setiap kali tiba di pintu rumah. Yang di sebalik senyuman itu, hanya Allah yang Mengetahui. Hanya Allah yang akan Menilai tangisannya, dan sabarnya dalam berdiri gagah, untuk memimpin yang lain. SubhanAllah.


Aku yakin, kacaknya di sebalik senyumannya Umar abangku, terdapat seribu tangisan sembunyi dalam hatinya dan Allah. Genggaman kekuatannya yang luar biasa dari Allah.



Dan di sebalik senyuman Umar al-Khattab,  terdapat seribu tangisan dihulurkan pada Rabbnya. Yang sesungguhnya segala kekuatan kan datang hanya dari Allah. Pemilik segala kekuatan di langit dan dibumi. :)



"To Umar, 
I am so proud of you. 
Kamu adalah Umar Al-Khattab dihadapan kami, pemimpin di hati kami. 
We believe in you. Ummi dan abah juga begitu. InsyaAllah."




Mahu sesekali menjadi seperti Umar sahabatnya Rasulullah. Mahu sesekali berdiri tegak lalu tersenyum di hadapan. Mahu sesekali tidak mudah tumbang cenderung pada kelemahan dunia. Allahurobbi. Kini dihadiahkan kisah Umar yang tidak berhenti menangis pada Pemegang segala kekuatan itu. Dengan tangisan tidak putusnya disebalik senyuman, Umar kan menjadi pemimpin paling gagah dalam abad Islam SubhanAllah.




Kuncinya itu selalu : Kekuatan hanya padaNya, hanya dariNya. 




Make me strong. Make him strong, abang Umarku. :')





p/s : Tika Umar Al-Khattab yang gagah juga lebih tangisannya dari umat hari ini. Tika Umar yang gagah dengan senyuman itu juga lebih kerap meminta kekuatan dari Allah, siapalah aku yang kerdil lalu tidak gagah ini menyombongkan diri ingin terasa kuat. Kerap kali mengeluh lemah di hadapan khalayak ramai. Namun, jarang-jarang sekali meminta kekuatan pada yang Maha Kuat. 


Tak banyak bercakap pasal Umar. Hari ini rupanya sangat rindu pada abang yang satu itu. Semoga terus kuat di sana. InsyaAllah ^_^




Thursday, November 1, 2012

힘들다.




너무 힘들어.

잠깐 쉬고 싶다.








 Melihat putus asa itu umpamanya melihat dedaun yang berguguran. Di kesunyian itu mereka lalu turun ke bumi dalam kelembutan angin. Maka terus terbenam di laluan, dipijak hidupan. 






Autumn | 2012





Kusam.
Hati dan perasaanku. Allahurobbi.







Wednesday, October 24, 2012

Last Call.



Bismillah.
Last call sebelum tutup mata. 





إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri
(13 : 11 )





#01 | Usaha. 





"Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaku dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu..."
(Hadith Qudsi, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra.)





#02 | Ingat. 
Dan bersangka baik dengan Allah.








"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" 
(65 : 3) 





#03 | Tawakkal. 






InsyaAllah. Allah tidak pernah menghampakan hambaNya. Walaupun harapannya kecil seolah punya 3 kelopak daun bunga itu, dari sekuntum. Yakin. Dan percaya. 

Allah is with you. 


:')



6 Jam sebelum jarum tepat ke angka 10 pagi. 10 pagi hari Arafah masyaAllah, mereka khusyuk menunaikan haji di tanah suci, tetapi kami kan disusun untuk khusyuk menelaah ilmu dunia lagi di sini. :'( Semoga bermanfaat, untuk masa hadapan Islam, dan ummah. 



Oh ye. Istighfar dan tetapkan niat ikhlas lillahita'ala, sebelum betul-betul mengangkat pena dan meluahkan segala yang dihirup sebentar lagi. I mean, segala yang terhirup dengan izinNya sepanjang seminggu ini. Huuuh.





Allah yusahhil untuk semua yang menghadapi peperiksaan di korea. :') 
Bittaufiq Wannajah. Fi kulli Imtihan. Fiddunya wal akhirah. 



Amin. Best of luck!







p/s : Abes exam japgi jom angkat lens. Bunga-bunga merah sudah masak untuk di shoot ^_^ yeah.





Monday, October 15, 2012

Pada telinga yang jatuh ke hati. Berkongsi.




Tadi pagi, membelek blog usang ini lalu terbaca komen pada post sebelum, "Krun, smg kuat. Allah kan ada." dari 'along'. SubhanAllah. Betul, lemahnya hati. Aku lupa pada Pendengar setia yang menunggu cerita-ceritaku di malam hari itu. T_T Allah.. jzkk :')



"To listen first, to understand, yet to feel even though you can't feel the same as them. 
Share the heart together." 

-Sybil Stershic






Toyyibin ummi itu sedang tersenyum merindukanmu sambil tidak putus doanya, ummi. 
Lantas terus tanpa henti mengangkat senyumannya itu, membawa bersama hadir dalam hari-hari anakmu. Semoga senyuman itu sampai ke syurga bersama-samamu, ummi. Senyuman dari toyyibinmu, 

abah kami itu :')




Malam itu,


Tika ummi baru-baru pergi hari itu, tika tetamu sudah pun pulang, tika habisnya abah bercerita tentang ummi sambil menyandar di almari, abah melihatku dan mengangkat kedua bahunya.




"So. Ada apa-apa soalan pasal ummi?"




Tika itu aku yang terkedu mendengar kisah-kisah ummi yang tidak pernah diluahkan mereka. Tidak pernah dilihatnya mata kami, dan terlalu banyak rupanya kisah-kisah manis dan pahit mereka yang disembunyikan. Lantas hatiku penuh dengan persoalan. Aku mahu bertanya tentang masa kecil ummi yang disembunyikan. Aku mahu bertanya lagi tentang apa harapan ummi padaku. Aku ingin mendengar lagi, bagaimana ummi mengenggam kekuatan dengan jantungnya yang tercungap, lalu berjalan tanpa henti. Aku mahu dengar lagi, aku mahu bertanya lagi. Tetapi hanya kan satu yang keluar.


Satu soalan yang aku teringin sekali mendengar jawapannya walaupun barangkali sudah mengetahuinya,



"Abah. Was...ummi, a good listener to you?"




Abah tersenyum. Aku nampak sedikit kebahagiaan pada mata yang penuh kesedihan pada hari itu, tetapi terus bibirnya mengangkat lagi senyuman untukku.




"Yes. She was. 


She..... was in fact, a mother. A friend. A partner. A listener. 
And the most exciting part is, she 'is' my big love after Allah and Rasulullah. 



She was,
my everything."




Aku pun turut tersenyum, melihat raut wajah abah yang penuh dengan kepercayaan itu. Percayanya abah akan pertemuan semula dengan ummi di syurga nanti. Dan itulah abahku, yang mana sekali aku bertanya, kan seribu yang bakal dibalas. :)


Sedang malam tadi, terasa rindu itu datang lagi menemani di tepi. Terus tangan menekan nombor kakak dan menghantar message 'rindukan ummi' padanya. Pada tanggapan aku, kesunyian apabila berada jauh dengan keluarga mendapat ranking paling tinggi. Hah. Tetapi rupanya apabila dibalas kisahnya pula dalam persediaan kahwin ini, di mana tiada seorang ummi yang membantunya di tepi, yang memberi cadangan, yang menyokong. Tiada seorang ummi untuknya bersama memilih masjid dan dewan. Dia sedang buntu dan menangis hari-hari, lebih buntu dariku dan abah. SubhanAllah. Aku terkedu kerana hidupnya yang lebih sukar seribu. Berganda-ganda lebihnya dariku.




"I miss ummi too. Got no one to talk to" T_T




Dan apabila aku tidak berapa yakin untuk pulang musim cuti ini, kononnya mahu mengumpul lebih duit untuk abah kerana masih tidak bekerja. Kononnya mahu menolong abah dengan tidak membeli tiket, lalu mungkin boleh dihulurkan duit tiket itu padanya,



"Krun, Solat Dhuha hari-hari. Mintak murah rezeki, mintak abah jugak dimurahkan rezeki. Dipermudahkan urusan. Allah tu Maha Kaya. Tak luak pun kekayaan Allah nak kasik sekalipun ada hamba-hamba yang dah millionaire. And aku dah bekerja, InsyaAllah masih boleh support mana kurang.


Just baliklah. Teman abah kat rumah dan adik-adik."

-hannan



T_T huk.

Allah. Sungguh. Hannan percaya dan aku juga turut mula percaya. Untuk balik dan terus menjadi telinga pada abah dirumah sudah pasti lebih bermakna daripada harta-harta dunia. Kan. Begitu ummi dulunya pada abah. Menjadi pendengar lalu turut berkongsi hati dalam semua urusan. SubhanAllah. :')


Semoga Allah terus Redha dan Merahmati ummi dan abah sampai ke syurgaNya. InsyaAllah. 



^_^




Dan Sabda Rasulullah saw,

"Barangsiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.... Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.."

(HR Muslim)




Pada hari ini, aku kan belajar banyak perkara daripada message pendek kakakku dan komen 'along' itu. Somehow, apabila kita turut mendengar hati kan turut terpaut untuk rasa bersama. Itulah tafahum dan takaful dalam ukhuwwah. Untuk faham, dan memberikan pertolongan sekalipun dalam menjadi pendengar sahaja padanya.


Menjadi pendengar dan menghadirkan kedua belah telinga untuk mereka. InsyaAllah walaupun kiranya dalam amount tenaga yang sedikit digunakan, semoga itu juga membantu memudahkan urusan mereka. :')


Dan Allah itu, sentiasa Ada di belakang, di hadapan, di kanan dan kiri, di semua arah untuk memback-up segala yang kurang, menambah segala yang sedikit. Lalu menjadi Pendengar Setia juga pada setiap masalah, dan membalas dengan ujian-ujian hebat dariNya. Alhamdulillah.


Untuk abah, hannan, dan diriku sendiri,

Kerap kali tika merasakan tiada ummi lagi di sisi untuk mendengar luahanmu, tika merasakan tiada manusia di sekelilingmu sekalipun untuk diucapkan salam, maka tetap ada Allah di situ untuk diucapkan padaNya,




"Bismillah, dengan namaMu ya Allah, make me strong"





InsyaAllah, abah. Dan semua. :')
Keep faith in Allah. Dan usaha yang tidak putus.


Kalau tidak sehebat ummi menjadi pendengar pada abah dan semua anak-anaknya setiap malam, izinkanlah aku menjadi pendengar pada abah, adik-adik untuk hari-hari berikut ini. Semoga, dan semoga Allah terus memudahkan urusanmu di sana. :')




p/s : Sentiasa ingatkan aku tentang hati, tentang Allah lagi. Untuk aku sentiasa berjalan tanpa henti, seperti kuatnya ummi dulu. Jzkk sudi membaca dan menjadi pendengar kisah gersangku dari awal dulu. 


Moga Allah Merahmati. Amin. :') 




Sunday, October 7, 2012

Pilihlah satu itu lagi. Yang pernah menggerakkan hatimu mengangkat langkah semula.




Wamakaru Wamakarallah. Wallahu Khairul Makirin.
"Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga Merancang. 
Dan Allah sebaik-baik Perancang"

(3:54)




Pilihlah satu antara mimpi-mimpimu itu untuk menjadi penghuni syurga dan bertemu Allah di sana. Kerana hanya itu satu mimpi yang akan mengatasi kesemua mimpi palsu dunia. 
Hanya satu mimpi di hati. 




xxxxxxxxxx




Pemudi itu berjalan keliling dapur mencari air sejuk untuk diteguk, kerana hari itu kan yang makin panas membasahkan helai bajunya pada bahagian belakang pinggang. Lalu terus menuju ke pintu bilik umminya. Setelah bermundar mandir mencari air yang masih tidak dijumpainya itu.


Pintu bilik ummi tidak rapat ditutup dan kelihatan seorang lelaki sedang duduk kaku dihujung katil, kepala tertunduk ke bawah. Pemudi terus mendekati pintu dan mengintai sebelah mata, hasrat untuk bertanya tentang air sejuk itu dimatikan. Terus memerhatikan lelaki itu dari celah pintu,


sedang menangis teresak esak seorang diri.



"Abahku.. menangis?" 



Bergema persoalan itu di dadanya, di hati si pemudi. Lalu turut mengalirkan airmatanya dan menutup rapat pintu itu. Keliru.





xxxxxxxxxx




Akhawat itu merenung skrin laptopnya dan masih menunggu. Sesekali menekan butang chat pada nama salah seorang rakannya berulang kali. Tetapi masihkan offline. Akhawat itu terus mengambil tualanya dan membuka paip air untuk mandi, kaku termenung membiarkan air mencurah-curah ke lantai.


Akhawat menangis seorang diri. Ah. Bukan ingin mandi sebenarnya tapi supaya tidak didengari tangisannya oleh teman sebilik. Terus dan terus menangis kemudian membasuh muka dan melakar senyuman ketika masuk ke bilik semula. Memandang lagi laptopnya, sudah.


Si rakan tetapkan offline.


Hari itu mungkin lagi. Rakannya yang ditunggu tidak sempat meluangkan masa untuk mendengarkan masalah si akhawat. Lalu akhawat itu terus masuk ke bawah selimut dan menangis lagi.




xxxxxxxxxx




Si gadis meletakkan cawan kopi itu dengan perlahan sambil menyelak kasar helaian buku tentang litar elektronik itu. Peperiksaan makin hampir, tertulis besar pada dinding. Kononya, sedang sibuk mengulangkaji bahan sampai malam betul pekat dan ketika semua sedang tidur.


Lalu notanya basah. Air yang menitik keluar dari kelopak-kelopak matanya jatuh merosakkan tulisan-tulisan yang ditulis tadi, menggunakan pen dakwat basah. Bercampur aduk sudah garisan hurufnya.


"Dulu. Aku langsung bukan begini." Hati bergema dan bersuara sendiri lagi. Sudah 4 pagi, mukasurat masihkan pada angka 8. Menggosok matanya dan ditulis semula berkali-kali di atas kertas putih. Pada notanya yang hancur basah. Kemudian diselaknya laci disebelah meratapkan sepucuk surat tertulis,


'Amaran untuk semester satu'



Si gadis lalu menggaru kepalanya tersenyum sinis. "Apa. Yang sedang berlaku pada aku ini."




xxxxxxxxxx





"Just sit down and relax. Take a minute to realize, after all. We are a human. 
We make mistakes. And we are not perfect. 
We are only,


 a human."
-J.K Rowling



Terkadang kan. Aku selalu bermimpi dan pada hati sendiri punya mimpi-mimpi kesempurnaan untuk sesuatu itu. Bermimpi mempunyai abah yang sekuat besi alloy, tak akan retak walau diketuk. Lalu bermimpi mempunyai teman yang setia mendengar dan akan muncul ketika diperlukan. Tak akan hilang kecuali dengan kematian. Bermimpi lagi menjadi pelajar yang akan graduate dengan cemerlang secara terus hanya dengan lulusan A pada yang peperiksaan-peperiksaan lepas. 


Namun abah juga manusia. Si rakan juga manusia. Dan aku juga manusia. Manusia tak akan pernah sempurna, dan hidup di dunia bukanlah sepatutnya penuh dengan selesa. Mimpi yang disimpan hanya mimpi, hanya bakal termakbul pabila dihajat di syurga yang kekal abadi itu nanti.


Dan semua mimpi itu tak akan terjadi bilamana hanya berhasrat dan membayang ketika aku bukanlah pemakbul pada mimpi-mimpi serta kenyataan itu, sedangkan hanya Allah yang memegang hidupku, Allah pemegang mimpi-mimpiku. Ketika Dialah yang Menyusunkan segalanya, maka aku tidak pernah patut meneruskan sangkaan pada hidup yang sempurna. Mempunyai segala yang dimimpikan. 


Maka pada Allah kita sentiasa berharap. Pada Allah kita sentiasa meminta. Dan dengan Allah kita sentiasa berteman. Tak mungkin akan kecewa. Kerana pada yang selain Allah itu tidak ada selesa, pada selain Allah itu, 


tidak akan kekal. 





Abah, semoga terus kuat untuk kami. 
Dan semoga Allah terus Menjaga aku dan mereka dirumah sampai ke JannahNya. Amin.. :'(






p/s : To krun, to si anak degil yang suka bermimpi, you are a human. Kamu bukan malaikat. Dan kamu juga bukan maksum sepertinya Rasulullah saw. You make mistakes. And you made a lot already. You are not perfect dan sekali lagi, kamu patut sedarkan hakikat itu. Change. From day to day. 


Sentiasa perlu bertambah dalam berubah. Sentiasa perlu membaiki diri pada yang lebih baik. Dari hari ke hari berikutnya. Always. May Allah Bless.






Wednesday, October 3, 2012

Menanti penuh debar, putih si sonata.







Hannan and Ulfah, Nami Island 11'





InsyaAllah menunggu kedatangan Imran dan Illiyya, dan mungkin Umar, Izzuddin dan Abah? November nanti. 

Yosh! Menanti penuh debar, putih sonata tahun ini! Biiznillah~~! ^_^




Monday, October 1, 2012

Hadirkan semula kepercayaanku ya Rabb. Pada pemimpinku itu nanti.





"Kalaulah Rasulullah masih hidup pasti baginda tidak berbuat begini kepada kami.
 Jika benar kamu mencintai Rasulullah mana akhlakmu sebagai pembela, sepertimana Rasulullah teguh membela nasib wanita?" 
-Dr.Harlina



Ini. Bahagian cerita simpananku celah buku memori. Yang banyak mengajarku sampai ke hari ini.




Imran. Membesarlah kamu dengan akhlak Rasulullah saw di dadamu. Di tanganmu, di kakimu dan dimulutmu. Seterusnya peliharalah akhlak itu untuk menjadi pembela pada isteri dan anak-anakmu nanti. Dan pada kakakmu, pada adik beradik perempuanmu, serta saudara-saudara perempuanmu yang lain. InsyaAllah kami sentiasa mendoakan. Supaya imran, abang izzuddin dan abang umar menjadi anak dan pemimpin ummi abah yang soleh. :') 




Dulu. Waktu tudung masih terlipat tebal di atas kening, aku diajarkan apabila menjenguk tepat ke wajah lelaki ajnabi itu perlu terasa haramnya. Lagikan untuk mula berbicara atau berpasang dalam membuat kerja sekolah. Atau, dalam membuat apa-apa pun. Aku terasa malu yang sungguh cikgu-cikgu ingin terapkan itu, melalui cerita Nabi Musa yang berjalan di hadapan safura ketika menemaninya pulang. Aku belajar dan cuba menanam kisah penuh kesopanan dalam pergaulan dua jantina itu pada hanya umur 7 tahun. Akhirnya aku seolah sudah dipaku dengan rasa 'malu' itu, tikamana bertembung walau hanya bayang dengan si lelaki.



Kan begitu tegas diajar, di sekolah musleh dulu.



Biiznillah tiba di kolej persediaan, sebelum terbang ke korea itu aku menerima culture shock yang teramat, dengan kedudukan di dalam kelas disusunkan. Setiap hari bersebelahan dengan spesis yang aku tersangat malu untuk mengangkat kepala itu. Pada awalnya aku yang sangat malu seribu, puas digelar "si pelik" atau "si bisu" apabila langsung tidak bersuara di hadapan mereka. Akhirnya menggerakkan bibir dan memulakan bicara. Keluar dari kepompong hukum 'rigid' yang selama ini membesar bersamaku dalam hati. Memulakan kerja dan aktiviti dalam kumpulan, campuran itu antara aku dan spesis lelaki.



Dan aku sedar aku yang sendirinya mula berubah. Aku mula lali dengan suasana itu. Aku mula belajar bagaimana 'perasaan' itu menyentap hati. Aku mula terasa bisikan syaitan penuh kotor itu. Aku mula berbicara dan percaya pada mereka. Tapi Alhamdulillah dan semoga Allah terus menjagaku, aku tak pernah dan tak akan pernah untuk mulakan sesi ber"couple" itu. InsyaAllah. Janji itu kan tetap terpaku pada ummi abah, pada diri sendiri, dan pada Allah.



Namun sesungguhnya airmata kan tetap jatuh hari ini. Hanya pabila dikiaskan bahasanya, walau hanya gurau senda mereka kami memandang sebagai serius. Aku terkedu sendiri dengan kepercayaan itu, di mana selalunya aku ingat, selalunya aku percaya lelaki difitrahkan sebagai pelindung pada wanita. Pada Khadijah, pada Aisyahnya Rasulullah saw itu dulu. Mulianya sosok itu yang sentiasa melindungi maruah serta meninggikan martabat wanita. Yang pada hari ini aku buntu, di mana harus aku letakkan kepercayaan itu pada mereka selain abah, abangku dan adik2 lelakiku.



Atau aku masih tidak faham gerak lidah mereka, gerak minda mereka. Ego dan pride mereka. Walaupun aku mengaku aku sudah pandai bergaul dengan mereka. 



Perselisihan faham yang kecil apabila bergaul dengan mereka menjadi besar dan dicucuk-cucuk lagi oleh pembisik tegar di telinga itu. Untuk lagi merebakkan api kemarahan. Yang sesungguhnya terus menghasut,




"Jangan sesekali maafkan mereka. Kerana mereka tak pernah faham kita" 




pada malam tadi.


Astaghfirullah. Astaghfirullah. Begitulah dibisikkan apabila kekadang cuba melangkah ke arah berubah pada yang baik itu. Pada setiap kali kita ingin berhusnuzon, ingin memaafkan. Bisikan itu datang berderu-deru yang akhirnya hanya airmata yang tumpah serta doa yang tidak putus sahaja akan mematikan sesi itu.



Akhirnya kan, sungguh pada Allah sahaja kita meminta lapangnya dada itu. Hanya pada Allah, yang Memegang both hati kita dan mereka. 


Pandukan hatiku ya Allah. Aku takut sebenarnya dan terus takut untuk dicalar lagi. Aku takut dengan kata-kata mereka. Aku takut dengan teguran mereka. Aku takut kesemuanya.  :'( Aku takut dengan generasi itu, yang bakal menyarungkan cincin ke jariku nanti, yang bakal melafazkan amanah hidup matinya dengan janji pada Allah, untuk melindungiku hingga ke syurga nanti.


Allahu Allah. Kekadang tercemburu sendiri melihat kemanisan akhlak sesetengah ikhwah malah Hilal Asyraf sendiri. Begitu kagum dengan layanan mereka pada isteri-isteri. Sama, sepertimana aku mendengar kisah Rasulullah 15 tahun dulu. :')


Aku kagum dan aku masih menanti mereka yang betul mencontohi akhlak manismu ya Rasulullah. Tikamana dicela atau diremehkan wanita itu, mereka datang membela dengan kebanggaan islam di dada, pada yang dinyatakan di ayat-ayat suci Allah, 




"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka." 
(An-Nisa :34)





MasyaAllah. SubhanAllah. Lelaki itu segak dan sentiasa hebat, sebagai pembela wanita

:')



Tapi untuk apapun,  hadiahnya dari Allah berupa pemimpin dan pelindung agung itu semestinya sehebat mereka yang bakal dihadiahkan. Perubahan itu asasnya, mesti dimulakan dengan diri sendiri. Aku perlu mencari semula diri yang penuh malu itu, diri yang penuh rasa hormat pada mereka dulu. Perlu dan perlu lagi, membina diri dahulu sebelum berani meminta mereka yang berakhlak mulia seperti Muhammad saw, yang berbudi pekerti seperti Saidina Abu Bakar a.s. 




Bermula dengan diri sendiri dulu. InsyaAllah. 




"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, 
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), 
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik 
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)'
(An-Nuur : 26)




Allah ya Allah. Betul kecilnya hati wanita ini sangat mudah berdarah dalamnya walau hanya dengan sedikit usik. Maka datangkanlah pelindung pada hati-hati yang lemah ini. Dan jadikan kami wanita-wanita solehah seperti Khadijah r.a yang menyelimutkan suaminya, jadikan kami wanita solehah itu pada,



mereka bakal pembela-pembela kami. Amin ya Rabbal 'Alamin. ^^



Semoga Allah Mengampunkan semua dosa-dosa kami dan mereka hari ini. Dan semoga aku kan terus percayakan mereka. :') Biiznillah.



p/s : Asif pada pembaca yang berjantina lelaki. Sungguh aku masih belum dapat faham hati-hati yang diciptakan sepenuhnya berlainan kematangan dan perasaannya dari hati kami, para wanita. Semoga antum terus menjadi pewaris berkepimpinan agung dan berakhlak mulia sepertinya Rasulullah dan melindungi kami, golongan yang lemah ini. T_T 



Saturday, September 29, 2012

Secoret untukmu, bahasa bunga yang kamu paling bencikan. :')



Dear diary, hari ini mahu coret tentang isi hati lagi. Dan bakal melipat helaian ini untuk diterbangkan pada kamu.



Hannan binti Rozman.



Kesunyian pada tahap betul-betul hanya mengharapkan Allah sebagai peneman. Melihat hujan lebat di luar tingkap, message dari Hannan masuk bertubi-tubi, semalam.



"Weh, aku kat laut sorang nih. Teammates tak dapat datang sebab rough sea" 



Allah. Betullah. Cuaca sangat buruk seharian sehingga ke malam tadi. Sedang taufan di korea dan jepun, di Malaysia sana juga hujan lebat dengan ombak bergelora. Allahu Allah. Lindungi keluargaku, dan kakakku di laut sana. :'((


Sesekali hampir menitis sambil tersenyum mengenangkan si Hannan tika mengangkat tangan untuk berdoa hari ini. Yang bakal pergi jauh. Lebih jauh dari ke laut bekerja. Tika baru diluahkan berita itu. Pada hari cuti yang lepas.



"Aku dah nak kahwin dah, khairun." 



Em. Uh. Sebak. Dalam pada masa yang sama, aku gembira dan terharu. SubhanAllah walhamdulillah. Saat ucapan yang ditunggu-tunggu itu akhirnya cecah ke lubang telingaku.


Jujurnya I am. Happy for you. 


:')


Berjaya melangkah ke tangga kedua kehidupan dengan bergayanya. Alhamdulillah. :)


Hannan, ingat tak dulu pada saat ummi tercungap nafasnya, akhir-akhir itu. Kita yang tertinggal berdua. Sedang semua lelah tertidur menjaga ummi pada sebelah malamnya. Kita kan berhempas pulas ditepi bergiliran membaca yasin dan solat hajat, agar ummi dipermudahkan urusannya. Bergilir dengan air mata yang tumpah seribu, masing-masing memandang wajah satu sama lain. Dengan hidung yang merah, mulut yang terkumat kamit bersedekah ayat-ayat suci Allah, dahi yang berkerut, dan kaki yang sedikit terketar kan melihat ummi berpeluh,


"Khairun, aku tak tau dah nak buat macammana" Sambil menghisap hingus. Dan mengelap mata berulang kali. Kamu memandang aku, aku lagi kan buntu.


Pertama kali kami kaku melihat ummi sakit tenat. Kami hanya menangis menggenggam tangan ummi, sambil hannan mengusap kepala dan pipi ummi, sesekali mencium penuh manja. Mengajar ummi menyebut,



"Allah... ummi. Laailahailallah.."



Ummi mendengar, mengangguk dan menjawab bisikan anak sulung perempuannya. Dan pada hari itu, pertama-tamanya kami menyaksikan sesama sendiri, bagaimana rupa sebenar satu sama lain menangis dengan sehebat-hebatnya. Aku barangkali tersenyum sendiri bila teringatkan, Hannan yang sangat tabah dalam tangisannya. Betul pertama-tama kali selama kami membesar,



menyaksikan butir-butir air yang jatuh lebat dari kelopak mata satu sama lain.



Hannan itu kan, teman paling rapat senakal membakar daun kelapa jiran di belakang rumah, meninggalkan donat ummi di stesen bas kerana terlalu berat, mencabut bulu kaki abah apabila diminta urut. Hak. Tetapi kan yang saling ikhlas itu bersama menggulung kuih ummi tika abah tidak bekerja dulu. Menghalau lalat-lalat yang hinggap di atas kuih muih ummi sambil berkongsi kerusi menjaga gerai.


Dan kini sudah besar dewasa, dua kali kamu melawatku di korea, bermain salji bersama ulfah. Sambil meniup asap-asap yang keluar dari mulut. Kemudian bersama imran illiyya, dan raihan bermain daun autumn yang penuh di tangga-tangga, bermain basikal bersama di tepi sungai Hangang.


Wahai. Memori yang tersangat indah. Banyaknya antara aku dan kamu, nan. Terlalu kan banyak dan masih bergenang kelopakku saat menaip. Sampai ke hujung hayat ummi, kita kan bersama dipilih untuk berada di situ. Lagi kan berlawan kekuatan masing-masing untuk tidak kecundang penatnya menjaga ummi.


Matamu sudah sembab seribu, dan mataku juga tidak mahu mengalah.

:')


Di sini. Aku membuat coretan penuh berbunga bahasa yang kamu sangat bencikan, Hannan. Hadiah untukmu hari ini. Mungkin, peluang untuk meluahkan memori tidak akan datang dua kali kan.


Kepadamu, kakak yang tersayang. Yang menjagaku dari kecil, yang memberiku sejuta motivasi, yang menjaga tarbiyahku, yang menjadi contoh untukku terus berdiri di hadapan adik-adik, yang selalu mendoakanku, yang sentiasa kan di hati,


Hannan. My only kakak :)





Kita. Dan ummi pada hari itu. Dari kecil kan ditakdirkan untuk berjalan bersama. Menangis dalam suka duka. Berlumba dalam semua acara hidup. Dan akhirnya, tangga itu dimenangi kamu. Semoga Allah Permudahkanmu, menaiki tangga seterusnya itu. Aminn. 




Kutiplah segala kebahagiaan pada tangga atas sana. Tangga kedua kehidupan, dengan penuh kemantapan iman di dada, dan membinanya terus dalam hati anak-anakmu nanti. Dan jadilah dirimu isteri yang solehah, ibu yang mithali seperti ummi tersayang kamu, dan aku. Aminn.


Dari adikmu yang sentiasa mendoakan,
Khairun. 



بَارَكَ اللَّهُ لَكُمَا وَبَارَكَ عَلَيْكُمَا وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْرِ

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, Nan. 



Remember Allah, remember Muhammad SAW, remember ummi and abah, 


remember us. 
In your heart, always.



p/s : And I will always pray for you, my very best friend. My very best sister, my very best 'second' mother. May Allah Bless you till Jannah.  




Tuesday, September 18, 2012

No, i wont give up. Make me strong.







I was walking and walking down the alley. Alone.

There. I saw a lonely tree, standing tall all by itself. Trying hard to reach the sky. It grows taller and taller everyday. Makes people wonder "when will you stop growing, little lonely tree?". 

And there i saw myself, gasping for His love up there, just like the tree. 


No. I wont give up. 


"Ya Rabb, Make me strong"


Monday, September 17, 2012

Stand up. Fill up the seats.





"Open your Qur'an. Read a verse of it and feel your heartbeat. It says 'Rabb Rabb. Rabb Rabb' instead of 'dub dab. dub dab'. You are nervous. For Allah.

Because He is Talking to you." 
-Nouman Ali Khan



Menghisap hingus. Autumn sangat dekat dan rata-rata semua sedang demam, setidaknya selsema dan batuk masyaAllah.


Semoga Allah menghilangkan terus dosa-dosa dari segala kesulitan bernafas kali ini. Kan. :)




Gerabak dakwah itu umpamanya gerabak keretapi. Akan terus berjalan dengan, atau tanpa kita. Ia tidak memerlukan kita, tetapi kita lah yang memerlukannya. 




Dengan hingus menyekat seribu terus sebak lagi tersumbat membaca entry Hilal. Ternyata bahasa yang indah lagi berbunga mampu menyentuh hati manusia. Dan begitu Allah menyusun bahasa Al-Quran dan Mengajarkannya pada Muhammad SAW, sehinggakan juga mampu menyentuh hati umat dengan lisannya. 


Umat hari ini sedang sakit tenat sebagaimana bimbangnya Rasulullah SAW sehingga hembusan terakhir baginda juga disebut lagi "umatku..umatku". 


Tetapi panggilannya sayup-sayup disapa umatnya, hinggakan angkanya makin menjatuh dan menghilang hari demi hari. Sejarah itu kan nyata berulang tikamana wafatnya baginda, Abu Bakar As-Siddiq sibuk memerangi mereka yang murtad, mereka yang palsu menggelar sendiri sebagai nabi-nabi. Wafatnya baginda tidak kurang dari seminggu, umatnya sudah menunjukkan belang meninggalkan sunnahnya, agamanya.


Dan pada hari ini, jangankan kewafatan Rasulullah juga ramai lagi masih tidak tahu kisahnya. Malah tika baginda dicela juga diri masih dahagakan dunia. Umatnya. Umat baginda. Pada hari ini. Sama sahaja dengan pada hari itu.


Cuma kan teknologi dan zamannya berbeza. Tetapi hati itu tetap sama. Hati yang lalai mengendahkan panggilan baginda, Muhammad SAW.



"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada" 
(22:46)


"...because He is Talking to you..."


Pegang dada dan rasakan.
Sungguh hati yang mati dan terkunci tidak akan nampak cahaya dan rahmat Allah yang diturunkan itu,



Rasulullah SAW.


 Pemimpin yang membawa agama Allah. Yang tempias manisnya Islam dirasai hari ini. SubhanAllah. 


Wahai kekasih Allah. Mengapa sungguh dicela begini. :'( 



Kalau Hilal dan pasukannya sudah bangun dan menggandakan kuasa membalas, apakah kita akan terus duduk selesa tidak turut serta dalam gerabak itu. Menanti syurga hanya dengan menghela nafas masuk dan keluar melayan dunia.


Takut-takut kita yang tertinggal lepas, sedangkan mereka sudahpun mengukir nama di langit.
Ayuh bangun! Dan ukirlah namamu sendiri.


Biiznillah.



p/s : Semoga Allah menjadikan kita tergolong dari batu-bata yang membina semula empayar Islam. Para pembela Rasulullah, dan penghuni syurgaNya.

Syurga bukan untuk hambaNya yang malas. Bukan sekali!




Monday, September 10, 2012

Learn. About life. From your chain of events.



Illiyya yang mencebik mulutnya, terus memukul aku dan abah dengan manja.


"you guys are terrible. i should have been sleeping at this hour. And i came all the way down here for a 'fake' flight? geez you, khairun."


Abah tergelak sambil menepuk bahuku yang sedikit kecewa itu. Kelakar. Berpeluh lagi basah berlari untuk menguruskan penerbangan ke seoul yang terlepas tempoh hari.


"Look ilya, Allah loves us very much"

"hm? how? i don't get it"


Tersenyum, dan terus masuk ke dalam kereta tidak menjawab soalan illiyya lagi. Dan illiyya terus tertidur sambil terduduk sedang abah memandu pulang. And i had the moment. 


Moment dengan abah yang lebih enak dari pulang ke seoul pada pagi itu. :')



Dari Baginda, Rasulullah SAW : 
"Dunia ini terkutuk dan segala isinya juga terkutuk, kecuali zikir dan taat kepada Allah ta'ala, serta orang yang mengajar dan belajar.." 
(H.R Tirmidzi)



Mahu belajar. Dari hidup dan dari dunia. :')





There, i learned about life. Watching little imran. Menyiram taman ummi dengan tenang. Mahu punya hati yang besar seperti Imran. Seperti Abah. Seperti Rasulullah yang juga kehilangan ibu ayahnya. Pada umur yang lagi kecil dari kami. Allah.

Grant me strength to move on, Ya Al-Muhaymin. 



"So spend time elok-elok dengan adik-adik. Hey.. betul lah abah geleng kepala dengan cuai awak ni. Dulu jatuh semua duit raya dalam longkang, Dari kecik itu ini itu ini. Awak yang paling banyak accident, tau? But u know, i'm glad tengok cara awak handle situations nowadays. And i'm glad tengok how you actually terima everything with a smile, kan?


That is what i'm saying, if you look carefully semua events yang pernah berlaku dalam hidup, you will see a chain yang betul-betul link one another. A chain of events. Yang betullah, susunan Allah itu memang tepat, kena pada masanya and somehow kita belajar sangat banyak. Dari hadiah-hadiah Allah tu sendiri.


Look carefully, and learn. About life." 


Sambil menggosok tudung aku di atas kepala. Somehow kan jauh di sudut hati, aku tahu abah sebenarnya gembira aku terlepas penerbangan tempoh hari. Pada awalnya aku yang risau abah akan mengamuk seperti harimau kerana membazir duit dengan tiket baru, tapi rupanya,

Abah terus tersenyum melihat aku yang masih dengan luggage besar, masuk ke dalam kereta. Kan abah? hee :)


Kalau betul dilihat chain of events yang abah katakan, aku nampak sedikit link-link kejadian walaupun baru toleh dari sebulan. Mari lukis semula di atas kertas. ^^ Jujurnya alhamdulillah aku terima sangat banyak duit raya pada tahun ini dan melebihi mereka yang lebih memerlukan. Dan MasyaAllah. Rupanya Allah lebih mengetahui dengan apa duit itu aku akan gunakan, sejurus ditarik terus nikmat berduit lebih pada bulan ini. Membayar tiket, membayar segala cukai dan di korea, barang-barang di dalam stor turut berkulat akibat lamanya tersimpan. Duit simpanan sangat kering dan habis digunakan membeli beg sekolah baru, dan peralatan asas seharian yang baru. Allah..


Sungguh, Allah kan mencuci segala sampah dunia aku sekaligus. Alhamdulillah. :')


Kalau menoleh lagi events dari kecil, ummi yang tidak pernah memanjakan kami. Mengajar kami memasak dan menguruskan rumah dengan sendiri. Mentarbiyyah kami dari kecil. Mengajar memandu dalam masih umur 14 tahun, akhirnya kini mempunyai keberanian memandu di luar negara. Dan dengan ummi  sahaja sebagai suri rumah banyak mengajar kami tentang pengurusan, dan begitu Allah menyampaikan kematangan dalam hanya melihat ummi hari-hari di rumah. Allah mengambil ummi, pada waktu kami telah bersedia menjadi ummi juga pada adik-adik. Kerana Allah kan Mengetahui, masanya untuk menzahirkan kematangan itu sudah pun tiba. Dan kami mampu menerima tanggungjawab itu.


SubhanAllah. Terlalu banyak untuk menoleh lagi, dan mengambil ibrah. Aku yakin sehingga hari ini, mereka di luar sana punya cerita dan events yang mungkin lebih menarik lagi dariku. Yang menjadikan kita sama-sama tegak berdiri sekarang. Menempuh lagi hari esok.


:')


Terharu dan bersyukur dipilih Allah untuk berada jauh dengan ummi dari saat ummi jatuh sakit. Kerana juga Allah mahu mengajarku tentang kekuatan hati, kematangan dan merasai sendiri kemanisan Islam secara dekat. Dari kejauhan hati menjadi rindu selalu, setiap hari merindukan ummi abah, dengan air mata serupa cawan yang bocor. 


Kalaukan dulu hati sangat keras lalu air mata sebutir pun tidak jatuh ketika berdoa, begitu Allah menghadiahkan airmata yang tidak pernah kering. Hanya dengan mengambil ummi. SubhanAllah.


Hidup kan masih jauh perjalanannya. Dan syurga juga masih jauh bagiku yang baru sedikit tingkat amalnya. Suatu hari nanti, aku pasti lebih tersenyum besar dengan mengenangkan event kali ini. Link-link padanya yang kita tak kan dapat agak lagi kemanisannya kan. Tetapi tetap yakin dengan susunan Allah yang sangat cantik itu.


Pasti, sangat cantik pada esok harinya. :')



"Dont be sad if Allah separates you from something or someone you love. If only we knew what His plans were for us, our hearts would melt with the warmth of His love." 
tagged by hannan.



Hanya padaMu. Kami kan kembali menghadap. Link event yang terakhir untuk semua manusia. Lead our hearts to You, Ya Rahman.


Mungkin pernah sesaat kecewa tiada penerbangan ke seoul pada hari itu. Tetapi abah juga kata, susunan Allah pada sesuatu itu lebih banyak positifnya, dari bahagian negatif. Cuma hati mahu akur atau tidak akur dengan kecantikan susunan itu, terpulang.


Tersenyum lagi. Dengan cerita pendek kali ini. Untuk aku bersyukur. Dan balik dengan hati yang puas lagi tenang. Alhamdulillah dapat lagi 2 hari lebihan masa bersama adik-adik dan abah dari terlepas flight. Serupa, dengan hadiah bersama detik-detik terakhir ummi dulu.


Alhamdulillah. :')



Seminggu sudah di sini. InsyaAllah, akan terus menaip. Sambil kan memicit bahu yang sedikit lenguh. Sungguh, pada sengal-sengal itu terdapat banyak cerita yang tersimpan. Pada tanggungjawab, pada amanah yang dihulur. Setiap seorang manusia itu punya terlalu banyak cerita sendiri. Dan lebihan cerita aku kan di simpan sahaja bersama lenguh itu, sambil kita ucapkan,


"Alhamdulillah pada Rabb yang Menguji, dan menghadirkan terus sentuhan kasih sayangNya melalui tanggungjawab-tanggungjawab ini, ujian ini. Kasih sayang yang sungguh istimewa, dengan caraNya yang juga istimewa."




Gambar terakhir duduk bercerita di bangku dengan abah. Melihat suasana mereka yang membeli belah di sebelah. Sambil abah mengeluh "jeles pulak tengok diorang shopping dengan isteri. Abah quite tak suka datang shopping mall hehe. Buat teringat tolak wheelchair pilih barang dengan ummi, haha." Gelak sambil menggaru rambut lurusnya. 

Abah, pun nak bermanja bercerita sesekali itu, kan. :')



p/s : Hari ini sedikit homesick mungkin. Dan blog ini sentiasa menjadi tempat mengadu, tika hati sedang sedikit tergugah kegembiraannya. Doakan saya dan teruslah bergerak untuk Islam. Untuk tarbiyyah, hati antum dan hati kita bersama. Robbuna maa'na :')

Jazakillah khayr pada anith yang sudi datang korea. Hati menangis bersama di dalam doa, insyaAllah. All the best sem baru ni, semoga menjadi doktor yang hebat disisi Allah dan manusia. Amin ^_^






Thursday, September 6, 2012

Infiru!





Berangkatlah! :)
[9:41]



Biiznillah. 
Sudah selesai menghabiskan cuti semester dengan hati yang tenang. 
Kembali untuk beramal. Korea selatan menanti para mujahid kita untuk mengucup hati mereka dengan cahaya Islam. May Allah Bless. May Allah Redha. May Allah Ease. And May Allah Grant them His Endless Nuur. Amin.