Pages

Sunday, November 27, 2011

kalau guris-guris tu mampu ditutupi lagi




|menunggu itu kadang-kadang sangat pahit, tapi ramai tak nampak manisnya|

"dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu orang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman"
-3:139

kecil ibu jari menutup guris-guris yang timbul di tapak hatiku
2 3 kali terasa kecewanya bila seseorang tidak menunaikan janji nya dan kita masih lagi menunggu
tapi bukan lah hak kita untuk kecewa dengan seseorang
sebelum datang 'kecewa' itu, bersangka baik perlu datang dahulu supaya kita memaafkannya atau hanya syaitan yang akan datang menemani, dan terus menghasut

hari ini katanya kecewa dengan seseorang.

kecewa = marah?
atau kecewa = tawar hati?

오차피 kecewa tu sendiri bukan hak kita. bila kita kecewa dengan seseorang, bermakna kita kecewa dengan Allah juga. sebab setiap benda yang kita hadapi, setiap perkara yang kita lalui, sudah disusun oleh Allah dan kadang-kadang kita tak tahu, itu ujian dari Allah.

kat situ ehem..

"adakah kita layak kecewa dengan susunan Allah?"

sedangkan apa yang Allah beri tu sudah pasti yang terbaik. kan? kaan....
jadi bila kecewa marah, atau tawar hati beristighfarlah.

"kenapa aku kecewa? kenapa aku mesti kecewa?"

kalau hari ni aku kecewa dengan seseorang tu kerana memungkiri janjinya, aku sudah hilang nilai sabar di situ. Allah sedang menguji titik kesabaran aku menunggu dan sekaligus aku dapat pengajaran supaya:

|jangan biarkan orang menunggu kita, kerana kita juga jadi punca dia akan kecewa, akhirnya dua-dua berdosa|

jauh betul pusing tu kan, last2 dapat dosa dua-dua haa pe kes. jadi jangan kecewa dulu, atau kata lain berkecil hati. sebab, kecewa tu bukan milik aku dan bukan milik kau. sabar dahulu dan amik iktibar dari sesuatu kejadian. insyaAllah ada yang lebih baik menunggu kita dari KECEWA tu sendiri.

alhamdulillah sangat terkesan dengan tazkirah "kecil hati berdosa" dari facebook
jzkk kepada yang postkan tazkirah tu dan kepada si penulis tazkirah. semoga semua dapat pengajaran bersama :)


Thursday, November 24, 2011

sepinggan pau kacang merah dan doaku





"Allah? sape tu, cikgu Ros?"

"Tuhan kita khairun, kalau Dia boleh jadikan kita, ape lagi, mintak aje.. semua Allah boleh buat"
-sekitar 6 tahun, tadika amal lembah keramat

mcmmana kan rasa seronok dulu2 tu? saat2 pertama kali kenal Allah. pertama kali rasa bercakap denganNya. seronok dan bahagia sangat. teramat. paling bahagia. rasa lega. rasa hati tengah berbunga bunga. rasa...




tengah terbang :')





nak cerita kisah pertama aku praktikal kan teori. teori? iye..
sebab da besar ni banyak dapat teori,

tapi.namun.malangnya

praktikal sangatlah kureng.

kecik2 dulu masa tadika ada pernah bergaduh sebabkan sepinggan pau waktu rehat. ada geng ni lah yang suka buli orang lagi2 aku ni yang sangat nerd dan naive. pagi2 datang tadika keluar hingus lagi. gigi tak gosok sbb bangun lambat takut kena tinggal bas T_T (kadang2 aje) pakai serkup betul2 sama line dengan kening. tudung lipat petak kekeke. kelakar nye tengok gambar lame2 :) rindu.

jadi sampai2 tadika, geng2 suka buli dah tunggu kat pintu kelas. ikut je kalau dorg suruh masuk dalam longkang pon. selalu sangat kena buli smpai waktu rehat tak dapat makan apa-apa sebab ckgu bagi satu pinggan je makanan untuk 6 orang.

hari tu makanan feveret, cikgu bagi sepinggan PAU kacang merah. budak2 kaki buli tu makan smpai sepinggan dan tak bagi satu pon kt aku. pastu gaduh smpai pelanting2 kerusi sbb lapar sangat. dah tak tahan. betul.

sedihnye time tu tak tau nak cakap mcmmana. dpt serpih2 pau yang bekas dorg makan tu je. duit tak ada. ummi kata makanan dah sediakan, duit poket tak payah lah kan.
balik rumah takut dengan abah. abah garang sangat. bila tanya makan apa kt kelas td, "cikgu bagi pau, kacang merah wuhh" tapi tak cerita habis yang tak dapat makan pon pau tu. tangan lebam2 pon tak tunjuk takut kena marah lagi.

esoknya tak dapat mkn jugak mee goreng. tak adalah suka sangat tapi lapar tau. diorang datang makan aku punya lagi. dah nanges2 pergi kat pejabat cikgu cerita semua.

tapi yang rasa terharu time tu, ckgu kelas yang dengar masalah tu tak pergi marah pon budak2 kaki buli tu tapi instead, hari tu saat tu, ckgu ajar aku




cara berdoa.



aku ingat lagi rasa indah menangis sambil berdoa waktu tu, doa Allah sejukkan hati diorang.
cikgu Ros nama dia. dia ajar

"khairunnisaa, nama pon dah sedap tu sebaik-baik wanita. khairun baik tak? khairun budak baik. kalau budak baik, dia tak pernah nak balas balik apa yang orang buat pada dia. dia akan mintak kat Allah supaya Allah sejukkan hati budak2 tu untuk kawan dengan khairun dan berkelakuan baik"

sambil nanges tu cikgu pegang dua belah tangan aku angkat takat dada

"macam ni khairun, tadah dua-dua tangan, letak rapat. mintak kat Allah mcmmana khairun nak diorang berubah. sbb cara nak buang benci atau marah kat seseorang tu, kita doa Allah bukak hati dia untuk berubah"


"Allah? sape tu?"



"Tuhan kita khairun, kalau Dia boleh jadikan kita, ape lagi, mintak aje.. semua Allah boleh buat"




"tapi.. mcmmana ayat kita dengan Allah?"




"khairun mintak aje mcmmana khairun nak, ngadulah mcmmana khairun ngadu kat cikgu tadi. bila kita berdoa smbil menangis, lagi hati kita ikhlas mintak apa yang kita nak. sebab nanges tu betul2 datang dari hati yang tengah terdesak kan?"

so aku terus lah baca doa kuat2 depan cikgu tadi tanpa rasa malu haha. kelakar pon macam kelakar sbb first time rasa sangat2 nikmat berdoa tu.. ngadu semua kat Allah, rasa tenang. tak kesah dah ramai2 ckgu tengah tengok ke ape dalam pejabat tu.

mcm tu lah sebenarnya aku belajar pasal doa, sekaligus dengan praktikal dalam satu masa. ni cerita betul ehem. subhanaAllah, cara cikgu ajar tu, saat pertama tahu pasal doa tu masih fresh dalam kepala.

mcmmana hebatnya kan boleh praktikal betul2 lepas teori.
seronok. rasa puas dan nak buat lagi.
tapi sekarang teori yang dapat semua hebat2 belaka. dan perlukan kefahaman dan keberanian yang hebat jugak untuk praktikal.
contohnya menjadi individu muslim yang berjaya. atau menjadi seorang daie.


wow.



tebal buku dah salin nota aje. tapi praktikal masih zero T_T
ckgu Ros.. ehehe. tak kan lah nak panggil cikgu Ros balik ajar lagi kan.

insyaAllah guide sume dah ditunjukkan Rasulullah dan sahabat2nya.
sabar..pelan2.. boleh krun :)

sekadar perkongsian. sungguh, cerita lama2 ni kadang2 sangat manis bila dihayati T_T rindu lagi. rasa lain dah tua-tua ni. banyak masalah aje memanjang. konon nak selesai semua dengan otak. sedangkan, dulu sekali ada masalah terus angkat tangan berdoa.
mana pergi aku yang dulu? :'( masih merindui dan mencari si krun yang dulu. rindu. harap sesiapa yang singgah, doakan aku di sini juga dalam doa-doa mu. semoga kita kuat :')

"Sungguh, (agama tauhid) inilah agama kamu, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu,maka sembahlah Aku"
(21:92)