Pages

Friday, August 19, 2011

berhati-hati kepada blogger


beware!




refresh niat, kepada apa kita menulis
kerana penulis blog adalah yang paling kecundang kepada timbulnya
"riak, takabbur dan sum'ah"

nauzubillahi min zalik. sila berhati-hati dengan hati kita.
refresh niat. bukan untuk nama. hanya untuk Allah dan Islam kita menulis insyaAllah

insyaAllah



Wednesday, August 17, 2011

kerana mindsetnya begitu.





alhamdulillah~
kerana Allah kami ditemukan, dan kerana Allah kami dipisahkan
mungkin untuk sementara, atau kami akan ditemukan di syurgaMu, O Allah?
amiin.. aminn

credit gmbar : azzi huda

mcmmana iman kita hari ini? :) ehehe
abang adam tan tanya aritu
"mcmmana seseorang tu boleh jadi hebat sedangkan dia tak punya apa-apa untuk bergerak, atau tak punya apa-apa untuk menyumbang kepada dakwah selain dari diri dan imannya?"

"sebab mindset dia yang kuat!"

terngiang-ngiang jugak jeritan tu smpai hari ni. sebab mindset dia yang kuat. betul.

selalu orang dah punyai peluang, senang nak keluar rumah, ada kereta untuk bergerak lagi, wang pun alhamdulillah sangat cukup untuk bergerak, tapi masih lagi lemah dan tak henti-henti merasakan dirinya tidak mampu lagi
"belum smpai masaku" hanya itu je jawapan yang diberikan.

sebab mindset dia begitu.

sedangkan ada orang yang mahu sangat-sangat untuk menyumbang, tetapi tak diizinkan Allah dari segi kuasa untuk bergerak. wang juga tak ada, cuma ada diri, tenaga dan iman di hati nya.
"kerana aku tetap mahu menyumbang, hatta melalui ayat yang keluar dari mulut ku sahaja pon, aku tetap mahu menyumbang!"

sebab mindset dia begitu.

mcmmana mindset kita hari ini? mahu mengalah kerana malas bergerak? no.no. a big no no

dulu kecik2 pernah cikgu aku cerita pasal seorang fakir miskin yang kadang-kadang hanya mampu meminta sedekah untuk makan secubit roti di tanah palestin

seorang fakir miskin berlegar-legar di tepi masjid al-aqsa yang dibedil askar yahudi. seorang pemuda pula sedang berjalan menuju ke masjid untuk solat zohor berjemaah dan ternampak si fakir miskin tersebut.
si fakir miskin pun mendekati kawasan masjid yang sedikit runtuh, penuh dengan timbunan batu-batu. lalu dikutipnya batu-batu kecil itu, di joloknya semula ke lubang di dinding yang telah pecah. namun batu kecil itu jatuh semula, dikutipnya lagi dan dijolokkan ke tempat yang sama. perkara yang sama dilakukan berulang-ulang kali.
"apa yang kamu sedang lakukan wahai hamba Allah? kita tak mampu membina semula dinding yang telah pecah itu tanpa ada alat yang sesuai untuk membentuknya semula"
"aku juga mahu bersedekah dan bukan hanya mahu menunggu orang bersedekah kepadaku. aku juga mahu sedekahkan tenagaku, azamku untuk membina semula dinding masjid Allah al-aqsa yang suci ini dan bukan hanya menunggu alat-alat yang sesuai untuk membina semula. kerana di akhirat nanti, batu-batu kecil ini akan menjadi saksi kepadaku, sedangkan aku tidak mampu untuk menyumbang apa-apa selain dari usahaku ini, maka batu-batu inilah saksi kepada usaha ku itu."

mungkin ada versi lain untuk cerita ni wallahualam
cikgu tekankan masa tu, Allah bukanlah memandang hasil dinding itu sejauh mana yang dapat dibinanya semula, tapi usahanya!
usahanya untuk cuba membaiki dinding tersebut, hanya dengan itu si fakir dapat masuk ke syurga masyaAllah

Alhamdulillah sehingga hari ini, kita masih diberi nikmat kelapangan dan kuasa untuk bergerak
jangan pernah berhenti berusaha. hatta sekecil biji sawi pun kita mencuba, insyaAllah ganjarannya tetap dijanjikanNya

tetapkan mindset kita. selagi islam tak sehebat kerajaan Abbasiah, selagi islam masih belum mencapai tahap ustaziatul alam, selagi Islam tak bergetar di hati kita, selagi itu kita perlu berjuang. belum lagi masa untuk berehat dan malas2. masa berehat hanya lah di syurga nanti. insyaAllah

majulah umat yang terbaik dikalangan umat! kitalah umat nabi muhammad s.a.w. kita lah pewaris khulafa' ar-rasyidin, bukan buih-buih lebihan dunia.

teruskan berjuang, teruskan berjuang :))
ada rezeki, jom jumpa lagi di kilat 2012 ehee


Friday, August 5, 2011

insyaAllah boleh abeskan. boleh.


iv>
"wah tebalnya buku harry potter tu. bp ari nak abes"

"bagi kat aku sehari aje boleh, smbil makan boleh. aritu kan aku bace buku narnia lagi tebal, abes je dalam 2 hari"

"hmm kenapa al-quran lagi nipis dari harry potter dan narnia, tak abes2 walaupun dah setahun?"

bukan ke macam tu?
perkara biasa kalau abeskan novel dalam sehari tak pun 3 hari
perkara biasa jugak kalau abes khatam quran dalam setahun?

terbalikkan. jadikan itu perkara "tak biasa" kita.

ade jenis orang yang boleh tengok tv berjam2, tapi al-quran boleh baca 2 minit
ada yang boleh dengar lagu berjam2, tapi al-quran boleh baca 5 minit
ada yang boleh baca blog kisah cinta seharian, tapi al-quran 30 min
ada yang boleh chatting smpai ke pagi, tapi al-quran dalam sejam

bukan ke kita semua mcm tu?

astaghfirullah. kita mampu berubah. kita perlu berubah.

ramadan datang lagi kali ni, pintu syurga juga terbuka luas
bulan turunnya al-quran al-kareem. boleh ke nak sia-sia kan lagi peluang ke syurga?

kalau boleh abeskan novel dlm sehari, pasti boleh habeskan al-quran dalam 30 hari!
yakin! sama-sama berusaha :)
walaupun bahasa arab tu susah, dan kita tak ada basic
janji Allah itu : "Barangsiapa membaca satu hutuf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Miim satu huruf"

insyaAllahuta'ala Allah pasti membantu sekiranya niat kita ikhlas
robbuna yusahil

 



Sabda Rasulullah : "Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadhan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun."
-Riwayat Ibnu Abid Dunya

bak kata ukhti syafa "Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah!" :)))


Thursday, August 4, 2011

bukan di sana. tapi di sini


indeed.

malaysia medan perang sebenar.
not korea.

not korea.

berat rupanya duduk di malaysia.
berat kepala nak tunduk sujud.
berat lutut hendak merukuk.
berat lagi hati nak buka ruang.

Allah.. Allah

pegangkan hati.. tetapkan hati kami dalam jalan dakwah ini
smpai ke hari pembalasanMu