Pages

Saturday, July 23, 2011

for how much longer?


astaghfirullah
"hasbunallahu wa nikmal wakeel T_T"

kalau kita boleh layan korean drama smpai 20 episodes for totally 20 jam anyway atau lebih
ameklah 30 minit masa kita utk tgk video2 ilmiah pulak eh

walaupun da 4 kali ke tgk video ni.. sgt membuka mata insyaAllah :')

"for how much longer??" - link to youtube


Thursday, July 21, 2011

sangat teruja. dan kagum. dan rindu :')



[summer palace. beijing. "tunggu aku lawat kamu lagi ye ^^"]

tahun lepas masa baru2 jumpa akhawat dari china
tak ada rasa teruja, tengok mereka dari jauh
tak melekat di hati T_T
hinanya kami.. hanya memandang sebelah mata
tak ada rasa nak berkenalan, tak ada rasa nak tegur

tapi,
mereka dengan rendah dirinya datang jenguk kami di korea awal tahun ini

ramai.

kata mereka di sana sangat susah berkumpul untuk majlis ilmu
mereka dijaga dengan ketat
dari jauh mereka datang nak dengar majlis ilmu di sini masyaAllah
sekalipun pihak kat sini mencurigai kedatangan mereka
semangat mereka tak pernah putus
aku teruja sekarang
sangat teruja nak jumpa mereka lagi
aku rindu sangat dengan semangat mereka

alhamdulillah dengan izin Allah
7 hari lepas impian aku untuk melawat mereka pula tercapai
teruja.. sangat teruja :)

sepanjang di sana,
kakak yang melayan kami tak pernah putus senyumannya
sabarnya dia melayan kami,
lambat kami berjalan
"panas.. tak larat" asyik keluar dari mulut kami
kakak tu masih sabar.. diceritakan lagi kisah2 sejarah china
mata hampir tertutup, kaki juga cedera
tapi masih menunjukkan muka yang ceria :'((

subhanAllah kenapa ya? aku sudah jatuh cinta dengan akhawat di sana

setiap hari aku rindukan mereka
menunggu hari lagi untuk bertemu dengan mereka :')

kerana ukhuwah kerana Allah itu sangat manis rasanya.

"ya Allah, aku tak suka pada perpisahan. kekalkanlah ukhuwah kami smpai ke syurgaMu. kerana perpisahan pada setiap pertemuan di muka bumi ni sangat pahit rasanya. temukan kami semua di syurgaMu, supaya tak ada lagi perpisahan yang pahit itu T_T"



"hee... rindu k.liza dan beijing :')"


Friday, July 8, 2011

"mereka hanya duduk di rumah dengan selesa"


"kerana mereka hanya duduk di rumah mereka dengan selesa
mereka mengisi masa lapang mereka kepada diri sendiri
mereka melengah-lengahkan masa mereka
maka mereka bukanlah pejuang islam

mereka bukanlah al-adiyaat

mereka yang malas bergerak bukanlah seorang pejuang agama Allah
kerana mereka hanya memanfaatkan diri mereka sahaja bukan kepada orang lain

mereka yang malas berkorban bukanlah seorang pejuang agama Allah
kerana mereka mementingkan diri sendiri dan takut kehilangan hak mereka

mereka yang malas! tak layak menghuni syurga Allah
mereka yang malas bergerak! mereka yang malas berkorban! mereka yang malas malas malas!

kerana syurga Allah itu bukan untuk orang malas!"

astahgfirullah.

terjemahan dari sebuah sajak anak palestin
katanya umat islam zaman ini dah terlampau malas untuk bergerak T_T
mereka tak perlukan pejuang-pejuang malas seperti kita
ya Allah.. ampunkan kami T_T

andai kami pernah malas bergerak dan berjuang untuk agamamu, ampunkan kami T_T


"Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah, Dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya), Dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi, Sehingga menerbangkan debu, lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh..."
al-Aadiyat : 1-5

adakah kita sudah menjadi al-aadiyat? pejuang agama Allah yang pantas bergerak
atau kita sedang berlengah di rumah yang selesa, masih malas bergerak?