Pages

Tuesday, June 14, 2011

doa wudhuk anggota


sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik, dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya"
(HR Muslim)


sambil ambil wudhuk berkali2 dalam sehari
jangan lupa baca doa wudhuk anggota juga ^^
rugi kalau tak mintak sekarang kan?

muka : "Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau"

tangan kanan : "Ya Allah, berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku dan hisabkan kepada daku dengan hisab yang mudah"

tangan kiri : "Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada memberikan kepadaku kitab amalanku dengan tangan kiri atau dari belakangku"

kepala : "Ya Allah, tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau"

kaki : "Ya Allah, tetapkanlah kedua-dua kakiku pada sirat, pada hari Engkau jatuhkan kaki-kaki"

semoga kita sama-sama dilindungiNya di hari kebangkitan itu..

Monday, June 13, 2011

sudah habis dengan dunia, untuk akhirat kita :)


"dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu"
Al-Fajr : 23

akhirat itu dekat.. sangat dekat sudah dengan kita
"may Allah protects us.. "
mari sedarkan diri, kejut badan yang malas tu
berjuang..berjuanglah untuk agama mu
berjuanglah untuk Allah..

sudah habis dengan dunia
exam, harta, gelak ketawa, perut yang kenyang,
luangkan masa dan tenaga kita untuk
Allah Subhanawata'ala.

luangkan masa untuk akhirat :)
supaya tak menyesal di hari penuh kekesalan itu




luangkan masa kita :)

redha Allah yang kita carik T_T ameen..
"terimalah usaha kami dan amalan kami ya Rabb.. ameen"

Tuesday, June 7, 2011

because you dont see the power in it


"You just look at it as a story, you dont see the power in it"

aku suke dgr Nouman Ali Khan ni sbb die cakap american kot
bile keluar american slang tu masuk zub zab terus ke dada
sebab ayat america ni kekadang kasar jugak kan
macam die suke ckp "how dare you..! how dare you to look down upon another muslims, who do you think you are!?"
memang die sarankan betul2 ayat tu ngan pointing fingers lagi wuu best

pagi tadi aku ulang video pasal sesape yang dalam stress
mesti ramai pon da tengok video tu eheh best kan? *tak caye sudah :P*
kite selalu je pikir diri sendiri,
tau stress sendiri aje.. sedangkan ramai lagi yang lagi stress di saat itu
macam hal typical exam, tak pun kerja
sikit2 stress, sikit2 stress, padahal tak de tumpah darah lagi
kadang-kadang cuma duduk atas kerusi je fikir result, da stress tak tentu hala
ya Allah.. pastu bad mood sana sini

kita tak pernah ade lagi dalam situasi perang tu
tak tau stress nye lagi dasyat smpai tak boleh tidur
menggeletar sana sini, bila-bila boleh kena bom ye
ni duduk kat dunia aman, complain lagi sana sini astaghfirullahal-azim




kenape ye suka main twitter, main yang dengan sungguh-sungguhnya meng-complain everything
almost E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G
ya Allah.. lindungi aku dari menjadi hamba yang tak bersyukur T_T
makin lame makin rasa tak sedap hati
sebab baru perasan kat situ hari-hari penuh dengan tweet complain
makanan tak sedap, kyosu bosan la, duet tak cukup
Astaghfirullah, mcm semua pun "berkomplen" pasal life masing2 like all da time
24 jam kat situ, lagi2 da ade smart phone ye?

cukup.

ade pernah search tak stress ni mcmmane terbentuk haha
kelakar jugak aku pernah carik history of stress dah tak ada kerja time tu
saje nk membaca
stress tu datang dari nerves mane ntah xingat spesifik, bila mana kita tak puas hati atau pun runsing
nerves akan send information ke otak dengan sangat2222 laju
smpai otak kat dalam tu jadi tegang banyak sgt information
tu pada yang aku baca2, tak tahu lebih details +kalau salah maafkan nnt aku cuba baca lagi dalam+
jadi sangat bahaye, sebab bile otak da weng.. boleh black out serta merta
tapi selalu dengar kan orang yang bace Quran, die tenang aje..
macam air sungai :))

Nouman cakap kat situ,
"The first thing to note for a believer, for a believer (die ulang = mereka yang beriman) who is in the stress, your real councilation is in the Quran"

"you read the word of Allah sincerely..."

the word of Allah, betul.. ramai just pass by je kan
tak ada effect dalam hati T_T

"And you will find council in it, you will find advice in it, you will find comfort in it, you will find.. the struggles of those who suffered much more than you and Allah helped them.. And you just look at it as a story.. you dont see the power in it.. you dont see the power in it"

mashaAllah.. memang banyak sangat kisah dalam Quran
Allah dah pun tolong diorang, dan Allah menepati janjiNya
tak rugi berurus niaga dengan orang yang tepati janji kan
tak dapat dibandingkan langsung ujian 'mereka yang terdahulu' dengan masalah seciput kita
hmm.. *pandang luar tingkap..renung kejap*

jadi bacalah al-Quran itu lagi
peringatan sentiasa kepada diri sendiri jugak insyaAllah
tak payah nak tweet-tweet kot bila tak puas hati ke, stress ke
tak pun buat status fb ye.. huhu kelakar *tuding kat diri sendiri dulu T_T

kemanhaja.

insyaAllah.. mari kita manfaatkan ayat-ayat Allah :)

Monday, June 6, 2011

manis aku juga hilang, awak... ㅠ


terkedu lidah dengan soalan semalam
"kenapa kadang2 rasa macam ibadat jadi rutin, tiada rasa kemanisan iman bila melakukannya?"

"manisnya ibadah hilang bersama nikmat maksiat" ahh.. begitu.
terima kasih kak 아띠야

terima kasih jugak 나지파 keluarkan soalan tu T_T
aku juga begitu.. tapi tak mampu nak bertanya
mungkin ye banyak maksiat yang dah aku buat dalam seharian
bukan mungkin, "ya" mmg banyak
astaghfirullah..

ampunkan kami... T_T

"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (hai Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah bahwa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa padaKu jikalau ia telah memohonkan itu padaKu, "
(2 : 186)


syukuri nikmat terbesar kita, iman dan islam.. iman itu.. iman itu

dan islam itu



Wednesday, June 1, 2011

macam dengar lagu, bila da suka mesti nak hafal, kan?


"awak tengah bace ape terkumat kamit dari tadi?"

"saya tengah hafal isi buku ni"

"buku apa tu? subjek apa tu?"

"ni al-Quran, subject of my life :) "





kenapa ya kena hafal al-quran, kenapa tak baca aje?
aku percaya ada hikmahnya.. tapi tak berapa tahu juga kenapa
kecik-kecik dulu hafal sebab nak duet
ummi cakap sapa hafal satu surah, dapat 50sen
eheh banyak tau 50sen time tu
5 surah da rm2.50, boleh beli permainan tora kt kedai runcit

dulu, sebab duit.

dah besar dah ni tak de la pasal duit kot.
dah blaja pasal niat, hadith 1 : amal ibadat niat kerana Allah
ye niat kerana Allah, tapi curious lagi hikmahnya
satu hari ni, datang lah seorang korean tanya aku kat luar kelas

"awak, tu buku apa? awak kata awak tengah hafal?"

"a'ah..ni lah al-Quran, buku panduan agama kami"

"ooo mcm bible ye? kenapa awak hafal eh? tak pe je kan kalau bace hari-hari? saya nampak selalunya kawan2 kristian saya baca hari-hari, tak pulak diorang hafal mcm ni"

oh.. a'ah terbenti kejap. kenapa aku hafal ye?
soalan hikmah terpendam tu muncul balik.
blurr..

balik rumah aku tanya akak naqibah aku
katanya "kita suka hafal sebab kita suka dengan bait2 dan kata-kata dalam al-Quran, macam dengar lagu, bila da suka mesti nak hafal, kan?"

wah..dapat satu :)) betul2 kalau lagu memang hafal sungguh pastu nyanyi hari2 ye aduii
aku carik lagi jawapan, carik lagi dalam
jumpa kat dalam buku "At tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran" ni
antara keutamaan membaca dan mengkaji
alhamdulillah ada seorang kakak bagi buku ni satu masa dulu
baru hari ni nak bukak T_T huu minta maaf

ade satu kisah ni,
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah ra "Sesungguhnya Nabi saw mengumpulkan antara 2 orang korban perang Uhud, kemudian berkata : Siapa yang lebih banyak hafal al-Quran di antara keduanya, beliau mendahulukannya masuk ke liang lahad"
[riwayat bukhari]

masyaAllah, tu ke jawapannya?
hebat.. hebatnya orang yang menghafal al-Quran tu
sangat tinggi darjatnya kan? SubhanAllah..

tadi pula ada kawan aku berkongsi,
"Allah akan memelihara ayat-ayatNya iaitu al-Quran itu, jadi sape2 yang menghafal ayat-ayatNya, pasti lah Allah akan memelihara dia.."

pergh.. best tak? hee tersenyum lebar aku menulis ni
sbb sangat gembira dgn jawapan-jawapan yang dapat
Alhamdulillah.. banyak lagi hikmahnya menghafal al-Quran
dan insyaAllah kalau ada orang tanya lagi lepas ni, dah tau nak jawab mcmmana :))

terima kasih semua
terima kasih Allah, dari Kau juga datangnya jawapan2 ini
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah :D