Pages

Monday, May 30, 2011

merekah lagi.. merekah lagi



"Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung"
3:200

kecil hati ku menyanyi
sana sini tak puas hati, merekah lagi.. merekah lagi
"kuu..kuu..kuu" sesekali terbunyi-bunyi juga di mulut
menahan mata dari melelehkan air jernih itu

lemah.. aku sangat lemah
kadang-kadang rasa nak balik ke kampung serta merta
nak balik ke tanah air tercinta
jumpa keluarga dan adik beradik
mahu bercerita tentang isi hati,

hati aku rapuh duduk di sini
kejap-kejap jatuh, kejap-kejap pecah, kejap-kejap merekah lagi
tapi tak mungkin hati yang rapuh tu dapat bertahan kalau terus ke medan perang
perlu lagi latihan..perlu lagi latihan
biar hati itu melekat kuat

aku harus terus laparkan tarbiyyah
harus laparkan semangat tu
laparkan kekuatan yang jati
harus mencari lagi, jangan berhenti :')

teruskan berpesan kepada hati,
kerana kau sangat cepat mengalah
tolong jangan. jangan. jangan datang dekat aku sang "putus asa"
pergi jauh-jauh aku tak perlukanmu

T_T kuu..kuu..kuu
"Allah..hear my prayers.. hear my prayers O Allah.."


Friday, May 27, 2011

hari itu, rapat dia ikat atas kepala


"apakah hari itu?"

"itu lah hari kita. hari kita dibawa pulang kepada Maha Pencipta. tiada teman, hanya ada diri dan amalan... hanya amalan..hanya amalan"


(hari itu kepada siapakah kita mahu menadah..?)

"Dan datanglah sakaratul maut dengat sebenar-benarnya. Itulah yang dahulu hendak kamu hindari"
-50:19

hari itu,
aku kena bungkus, rapat dia ikat atas kepala
ramainya orang..kenapa ya hari ni?
aku diusung pakcik ramai2
mereka letakkan aku dalam lubang
dalamnya, hampir tak nampak muka mak ayah kat atas
"ummi.. abah.. inikah saat pengebumian ku?"

sejuk... muat2 je aku dalam lubang ni
rasa tanah tu sentuh lengan kanan dan kiri..sejukk
nampak ada cacing2 kat tepi2
bau tanah.. huu bau macam pokok bunga kat belakang rumah dulu
"pap!" tanah jatuh sket atas badan
jatuh lagi.. jatuh lagi
abah.. abah ke yang membaling tanah tu?
abang? adikku? kamu ke tu?

"diorang tengah kambus aku huu"
tak nampak..makin tak nampak.. gelap
"gelaaappp.. ummi, abah, gelaaaap!"
beratnye tanah2 ni..berattt ya Allah
da tertutup.. menggeletar2 aku sorang2.. gelap, sejuk takutt
sempit.. sempit~ ya Allah..

dalam gelap ni
hanya tinggal Kau ya Allah
tak ada yang lain
hanya perlindungan dan rahmatMu T_______________T

hmm.. macammana agaknya kita dalam kubur?
macammana kalau hari ini hari kita??

ayuh..manfaatkan masa yang ada :)
pesanan untuk diri sendiri juga
"orang yang paling cerdik ialah mereka yang sentiasa mengingati mati"



Sunday, May 22, 2011

tidak akan berganjak kaki kita.. tak akan berganjak selepas disoal 4 ituT_T


"Tidak akan berganjak kaki anak adam pada hari kiamat sehingga dia disoal 4 perkara iaitu ; tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang MASA MUDANYA untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya"
riwayat al-Tarmizi




jangan biarkan tarbiyyah itu terkubur layu,
tak disiram penghuni harian
luangkan sedikit masa anda untuk akhirat
luangkanlah masa kita kerana Allah
kerana masa itu tak lain hanyalah milikNya

wahai pemuda! bangkitlah!

Saturday, May 21, 2011

kalau aku pernah marah..maafkan aku juga


aku berang jugak orangnye
lagi2 kalau tunggu orang lebih dari sejam
lagi2 kalau komputer stuck tak bergerak
ntah kenape bab-bab yang tu tak tahannye marah
boleh dihempuk komputer ke dinding sekelip mata je

astaghfirullah.. "aku memohon ampun padaMu"

kalau kecik-kecik dulu
aku pernah diludah seorang budak ni
lagi jugak budak tu pernah baling jam kakak aku ke luar tingkap bas
sedang bas berjalan, ape ntah yang die dendam dgn aku pun tak tahu
bercakap dengannya pun tak pernah, datang2 terus ludah ke muka aku
tapi sebab aku tak dapat buat apa-apa
smpai keadaan mcm tu boleh je aku tahan marah
sebab die kawan adik aku
jadi boleh aku sabar

ujian aku agaknye hari ni
aku marah tak tentu pasal
semua benda tak kena,
nak kata perempuan beremosi
aku belum lagi datang cuti bulan hmm..

bisik aku sorang2 lam hati sabar..sabar
tapi pelik kan yang aku tak paham ade certain benda tu kenape ye aku tak boleh sabar?
tak boleh jadi jugak rase geram tu lamee aje tak hilang-hilang T_T

biiznillah, aku marah sorg2 diri pagi tadi
aku jadi tak tentu hala.. panas kat dalam ni
aku da ambil wudhuk, ade lagi panas tu
wudhuk aku tak betul ke? T_T
terdetik nak sambung tilawah
pastu aku bukak al-quran


...


macam tu je.

aku dapat teguran tu.. subhanAllah

"(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang MENAHAN AMARAHNYA dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"
-3:134

macam dongeng eh cite ni?
takk..! aku rase macam kena sepak je kat muka baca ayat tu
that's not a coincidence, seriously
then ayat bawah die mashaAllah

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman"
-3:139

satu page je.

satu page je aku bace, meleleh2 macam ade mak pujuk eh
ya Allah.. "iyya kana'budu wa iyya kanasta'inn"

percayalah, sekali kita minta kepadaNya
sepuluh yang dibalas
kalau bukan sepuluh, seribu pun boleh, beribu-ribu, berjuta omo
sampai tak mampu kita menerima lagi T_T


bukak lah al-Quran, kalau mahukan petunjukNya
bacalah, amalkan ayat2Nya
dan sabarlah
sabar

"Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"


Monday, May 2, 2011

letakkan Allah di pucuk hatimu, kerana Dia tak pernah tidur, dan sentiasa mendengar






alhamdulillah.. aku hidup lagi hari ini
berpeluang mencuba
mencuba dan terus mencuba
kerana dakwah itu satu ujikaji
yang mana tak menjadi hasilnya
kita gunakan cara yang lain
dakwah itu tidak tetap
dan ia bercabang-cabang gayanya

sekecil2 niat dan doa
itu juga dakwah bernilai pahala

kerana Allah memilih siapa pejuang agamaNya
kerana Allah memilih siapa yang layak diberi cahayaNya
kerana Allah memilih siapa penghuni syurgaNya

jadi jangan pernah putus asa kruN.

letakkan Allah di pucuk hatimu, maka Allah akan sentiasa menemanimu
dan berjuanglah sebagai pejuangNya,
berjuanglah mendapatkan cahayaNya
tatkala hari gelap menutupi bumi
berjuanglah merebut gelaran penghuni agung Jannah itu

kerana warga terpilih Palestine itu tak pernah kenal erti penat lelah, tidur nyenyak dan perut yang kenyang,

berjuanglah..berjuanglah bersama mereka

"Dia menentukan rahmatNya kepada siapa yang dia kehendaki. Dan Allah memiliki karunia yang besar"
-3 : 74

.:sekadar post semangat untuk diri sendiri:.