Pages

Saturday, April 23, 2011

unknown is the best


"if you can be unknown, do so
it doesn't matter if you are not known
and it doesn't matter if you are not praised.
it doesn't matter if you are blameworthy according to people
if you are praiseworthy with Allah, Mighty and Majestic"
-Fudayl ibn 'Ayyaad






hah :) thanx hannan nice!

Friday, April 22, 2011

bersepah pesanan ini, tapi orang buat tak peduli


walaupun berkali-kali orang mengingatkan kita
walaupun berkali-kali jumpa post ni di mana-mana
aku juga ingin mengingatkan lagi :

peliharalah maruah kita, wahai perempuan




"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain"

pesananku :
"wanita, jaga lah keperibadianmu
jaga lah keaibanmu
kita adalah orang asing kepada si lelaki
jangan lah kau menjual diri dengan senang hati"

sedih aku melihat wanita yang mempromosikan dirinya di facebook atau di web mana2
malu juga kerana aku sekaum denganmu
untuk apa juga kita meletakkan gambar sendiri dengan gaya tak mengena
ape tujuan asal kita?
menunggu komen "comel, cun?" untuk apa?
boleh jadi membangga diri, bila menerima pujian kan?
jadi kenapa tiada usaha di situ untuk menjauhkan diri

"you have to be uncomfortable with praises, because it will boost what? your ego.. it is a serious problem may Allah protect us from it..."
N.A

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke DADAnya..."
An-Nur : 31

siapa yang tak bergetar dengar arahan Allah ini?
nauzubillah.. itulah arahanNya
adakah kita sedang mematuhi arahanNya dan menjauhi laranganNya?
wanita lah ramainya penghuni neraka itu ya Allah T_T

Rasulullah bercerita kepada Fatimah
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak"
"Fatimah, adapun aku lihat perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut dari bukan muhrimnya"
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain"

apakah kita yakin facebook itu menjamin gambar-gambar kita tidak dilihat oleh lelaki lain?
kita tidak tahu sudah berapa kali gambar kita di"view" lelaki-lelaki bukan muhrim
T_T may Allah protect us

wanita paling cun, cantik itu
yang kemas pendiriannya
yang tegap imannya
yang ikhlas niatnya hanya kerana Allah
yang menyembunyikan keaibannya
yang menjaga maruahnya
bukan dengan mengenakan tepung-tepung dan wangian

setiap sudut rupa kita,
setiap sudut tubuh kita
adalah mahal umpama berlian
tak perlu sewenang-wenangnya kita tayang kat umum
pakai lah yang longgar, kerana itu lebih afdal

bila pakai longgar-longgar dipanggil outdated,
dan ketat-ketat itu menjadi kebiasaan
maka kita telah terpadaya dengan bisikan syaitan

yang selalu membisikkan :
"apa yang baik itu susah.. take it easy.. lambat lagi nak mati"

kerana syurga Allah itu mahal
"dan ramai kalangan wanita itu di neraka.." -a reminder

mari muhasabah :)


Monday, April 18, 2011

lagi bagus dari malaikat! perghhsss +__+

benda yang paling susah itu lah
bila kita mencuba
ganjaran yang paling besar.. kita dapat!

biase dengar la kan
"Allah tak pandang hasil, tapi pandang usaha"

inshaAllahuta'ala jom kita aplikasi dalam hidup seharian

ape kate kalau kita selalu lambat solat
lagi la subuh tu, sedap tido.. gelap + lembutnye bantal2
"jangan tuding jari kt sape2, tuding kat sendiri dulu"
bila kita cuba, dalam sehari utk bangun seminit awal
seminit aje pun
maka kat situ insyaAllah dapat pahala kerana melawan nafsu
senangnye pahala bersepah Allah bagi, tapi tak pernah kita nak kutip ye dak? T_T

pengisian pagi ni insyaAllah
dengan bertemankan 5 orang sahaja huhu ^^
kami buka room sendiri selepas kecewa tak dapat join chatroom akhawat jepun :P
bg pengisian sendiri
Alhamdulillah dpt pengisian sket
ilmu perlu dicari, bukan tunggu datang bergolek :)

manusia ada yang

1.lebih bagus dari malaikat

2.lebih dasyat dari syaitan

mcmmane tu contoh lebih bagus dr malaikat?
manusia bezenye dengan malaikat tu,

nafsu.

malaikat takkan melawan perintah Allah sbb takda nafsu tu la kan? hoho
jadi sape nak cube jadi lebih bagus dari malaikat..? pergghhh!
lawan la nafsu jom!
berbalik pada diskusi atas, tak kire la kalau kite cube
ayat penting "CUBE"
lawan nafsu tu, walaupun sikit, besa taik idung ke, besa sepuluh sen ke
mashaAllah ada ganjarannya jangan pernah putus asa!





jadi bila teruk atau dasyat lagi dari syaitan ni, mcm la Firaun
bila die mengaku dirinya tuhan
walhal iblis, tak pernah jugak mengaku dirinya tuhan
kan? :)
byk kisah dlm an-naziaat tuh.. jom hadam~

jadi apa yang penting.. usaha itu!
insyaAllah kalau ade pengisian lagi akan diupdate.
tak beguna ilmu kalau tak diamal

jom pass around! :)

*tetibe je semangat pagi ni..selamat pagi ye semua! ^_____^*

Sunday, April 17, 2011

my dad.. my hero








A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...

happy birthday abah..!
semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dicucuri rahmatNya :)
my prayers are with you~

Wednesday, April 13, 2011

doa imam shafie


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku

I submit my hopes to You, O Lord of all creation,



وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,


ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

When my heart is hardened, and my life is constricted,


جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu

I turn to my submission as the way to Your pardon,


فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

Thus when You, The All-forgiving, wipe clean my continuing sins,


تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan

Your gift and Your clemency is a boon and an exaltation to me.



ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

Is it not You who nourishes me, guides me?


ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

Therefore cease not your benevolence and bounty to me,



عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

May those who have obtained excellence forgive me my trespass,


ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

And parade not my wrongdoings and things that have passed.



فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,


ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,


و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

But should you recompense my wrongs with your torment, still I will not lose hope,




ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

Even as my trespass lands me in the Fire.




فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,


وفيما سواه في الورى كان أعجما
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

And when he is with others in this world, he is silent,


يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".



أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,


وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,


فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,



تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2

Walking beside me, full of hope,



فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

Thus though my sins are mountainous, then and now,


وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia




Monday, April 11, 2011

jangan takut sekarang, takut yang nanti









"even that little guilty they have, is a gift from Allah, that will save you. Allah is so powerful that the little conscience that He put in you, that guilt, Allah swears by it "dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri)-75:2-" by means to come closer to Allah...."
N.A

perubahan itu susah.
fitrah manusia takut kepada kesusahan.
dan fitrah manusia juga nak berubah itu.

tapi tak perlu takut.

jangan takut sekarang.
kerana perasaan yang datang itu..,

dari Allah.

"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (pertunjuk). Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman"
(6:125)

sayangnya Dia kat kita bila timbul perasaan tu
"Allah ingat kat kita rupanya..dan Dia sedang menegur T_T"
kalau aku bayangkan orang-orang korea
yang dilahirkan dari kecik smpai besar tidak mengenal islam
sangat kesian T_T
kalau aku bayangkan juga mereka yang mengenal islam
tapi tidak mahu mengaku dirinya islam
sangat kesian T_T

jadi jangan takut untuk berubah
kerana itu tanda Allah sedang menegur kita
itu tandanya kita

dipilih Allah.

aku pun takut
kamu juga takut
tapi tak perlu takut lagi sekarang
kerana aku ada kau, dan kau ada aku
dan kita ada islam
kita ada malaikat beribu mendoakan kita
dan yang teristimewa itu,

kita ada Allah Azzawajalla!

jadi usah takut. mari bergerak bersama!


Monday, April 4, 2011

kadang-kadang aku jatuh, kerana aku juga manusia





selalu semangat ku tinggi menjulang bintang
selalu semangat ku pudar
selalu semangat ku jauh melantun
dan tak pulang-pulang

di mana semangat tetap ku yang ku cari-cari ini?

kerana semalam semangat ku bersembunyi tidak menemani ku
jadi aku resah sepanjang hari

di mana semangat ku?

.:semangat sangat-sangat hilang mode:.

T_T