Pages

Thursday, March 31, 2011

Nak yang duduk depan haa.. nampak muka sebijik-sebijik

"cepat weii.. ni tinggal sikit je. pat laa ish. yang berdiri ade tu haa.. murah je mampu lew. tak pon amek yang tu, duduk jugak..tapi tepi kot nampak muke je sikit2"

"tak nak..nak yang duduk depan haa.. nampak muka sebijik-sebijik!"

"banyak laa mahal gile.. tak mampu aku. janji dapat masuk sudah. tekanlah cepat!"

"tak nak... aku nak yang VIP, aku yang depan sekali.. aku nak



Jannatul Firdaus itu."


siri membeli tiket konsert itu..
aku pernah mengalami.

meski aku terkilan dgn sikap sendiri
itulah pengalaman hidupku.

hati ni.

tanya hati ni,
mahukah kita membeli tiket ke syurga itu?
tiket yang duduk sahaja?
tiket yang berdiri sahaja?
atau kita mahukan tiket yang "dihadapan" itu
tiket yang dapat menghadap wajah2 yang utama
wajah kekasih kita Allah Azzawajalla mashaAllah
tiket itu lah yang perlu direbut!
"jalan ke syurga itu yang perit, kerana syurga Allah itu mahal.."



mari kawan-kawan
kita beli "tiket" itu

tiket emas itu.

semoga kita tidak menjadi golongan yang hanya berdiri di depan pintu stadium
hanya menjenguk-jenguk dari lubang-lubang

semoga kita tidak menjadi golongan yang hanya berdiri di depan pintu syurga T_T
yang hanya mencium bau kebun-kebun dan taman-taman Allah
hanya dapat melihat dari jauh syurga Allah itu

ya Allah aku berlindung dengan namaMu
lindungilah kami

rahmatilah kami.

"Sungguh, orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur..."
78:31-32


Saturday, March 26, 2011

that was totally unexpected

alhamdulillah a'la kulli nikmat
all credit goes to You, and we praise You
hari ini open house sangat seronok
makanan semua habis licin
dapat strawberi 6 kotak, air jus 8 botol, pokok bunga 2, coklat sekotak besar, kek almond, biskut homemade lagi perghhh
ya Allah murahnya rezeki

awal2 nak masak pagi tu "ter"berkira jugak nak keluarkan duit beli bahan +lumrah hidup+
tak sangka yang dapat pulangan tu lagi banyak dari Allah T_T
mashaAllah
"jika kita ikhlas memberi kepada orang
ganjaran yang dapat tu lagi banyak" percaya tak?
jangan dikira barangan dunia saje, pahala jugak bertimbun insyaAllah
semoga korang semua dicurahkan pahala olehNya aminn

agaknya tadi tak makan sangat pun benda2 yang dimasak
tapi alhamdulillah perut kenyang, hati lagi kenyang
bila tengok kawan2 makan licin semua yang dimasak T_T
sebakkkk..terima kasih sangat2
mcm ni lah ye perasaan seorang ++mak++ tengok anak2 dia kenyang
hmmm...

yang unexpected tu,
seorang kawan aku, yang dah lame juga tak jumpa
pernah hidup sama2 sebumbung lalui perit hidup sesuaikan diri kat korea
masa baru-baru sampai dulu
datang jugak hari ni, melawat rumah baru kami
aku tak terkata, bila nampak muka dia

disebabklan sibuk masak2 untuk tetamu
aku tak sempat langsung nak tegur, sembang dengan dia
waktu mereka nak pulang itu
dia keluarkan satu envelope
ada2 makanan dari malaysia




.....




mashaAllah
hadiah hari jadi aku rupanya T_T
ada juga snek favourite aku T___________________T




(dah edit buh caption. coklat ladybuggg :'DD)


bila tengok hadiah tu.. memang "nangis" tu, datang dekat lagi
tape, aku memang suka nangis sekarang.. aku dah tak malu ^^
aku tak pernah mengharapkan hadiah mahal-mahal
kerana mahal itu menimbulkan tidak selesa
beban....
its always

"the thought"

that counts.


terima kasih awakkk!
insyaAllah aku ingat sampai bila-bila
terima kasih kerana masih ingat aku di hari-hari cutimu T_T

++terharu. tak tahu nak kata apa-apa. ^____________________________^

semoga sentiasa dicucuri rahmatNya
dan insyaAllah, mari kita bertemu lagi di syurga
di saat waktu lebih indah dari semalam ^^


Friday, March 25, 2011

senyuman yang aku pernah benci itu

hari ni aku pergi majlis ilmu
aku nampak kakak itu
kakak bekas naqibah aku dulu
dia juga nampak aku

dia senyum.




aku terasa sebak seketika
kerana aku pernah membencinya dulu
aku menolak segala senyumannya dulu
waktu2 dia datang ke rumah dan mengacau tidurku
di waktu aku masih belum dapat menerima ajakan2mu

senyuman dia hari ni
mungkin aku akan merinduinya
merindui senyuman tu
bila dia pergi meninggalkan kami
di bumi sonata ni tak lama lagi

aku mungkin takkan mengaku
yang aku sudah mula sayangkan dia
aku tak mahu dia pergi dulu
tapi aku takkan mengaku

semoga akak berbahagia balik ke Malaysia T_T
semoga Allah membalas segala pengorbanan akak waktu itu

maafkan kami sekiranya melunturkan semangat akak untuk berdakwah

sesekali, aku ingin terima senyuman itu lagi

Sunday, March 20, 2011

hati-hati yang da lama terkubur


"when you are no longer moved upon hearing an ayat, your heart is no longer moved when you hear the word Allah, its been a long time since you cried in salat, then your heart is dead"
brother N.A khan

................


aku juga pernah begitu.

hidupkan balik hati itu
hidupkan balik cinta kita pada Allah
jangan biar hati itu terkubur hitam


"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki HATI, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti hewan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah"
7:179


Friday, March 18, 2011

"kau lega kau tak kena?"

nauzubillahi min zalik
kalau korea pon terkena gelombang tsunami 11 mac lepas
kami minta Kau jauhkan azabMu ya Allah
sesungguhnya kami sangat lemah
dan azabMu sangatlah berat dan dasyat T_T

walaupun negara bersebelahan
dengan izin Allah
alhamdulillah selamat kami di bumi sonata ni
dan takziah kepada negara sebelah,
negara sakura tercinta T_T
kuatkan semangat! gambare!!


kuatkan semangat untuk para2 pejuang di jepun
insyaAllah kami di sini sentiasa memberi sokongan
berdiri sama tegak, berlari sama laju

insyaAllah


Saturday, March 12, 2011

bila dipuji



apabila dipuji, maka ucapkanlah :


jauhkan takabbur dari kita @.@


Thursday, March 10, 2011

aku tak malu menangis


"awak..seelok-eloknya menangis kalau baca al-quran"

aku dongak.

"kalau tak boleh, menangis lah sbb awak tak dapat menangis"

kakak sebelah aku bisik, die pandang aku bulat2

die datang, dekat sebelah je lubang telinga aku
dah nak sentuh kepala dgn kepala
sambil pegang bahu aku
menangislah.. die cakap
"itu yang terbaik.. awak"

aku tak boleh.. aku tak boleh T_T
tu je ayat aku dalam hati
geram aje bila orang suruh buat mcm tu kan
hati tercabar + ego -last2 buat2 tak dengar-

itu aku :
"suke bagi kata putus, tapi belum cuba sepenuhnya"

kalau dalam study, awal2 lagi aku give up
"mesti F punya" sedangkan aku tak pernah jejak lagi kelas tu

kalau bace al-quran,
awal2 lagi da terlintas
"ish..aku tak boleh nak menangis ni.. da memang susah"
padahal aku tak cube "teghan" (oghang utagha huhu) lagi mate

hati aku yang keras, tapi aku tak sedar
aku menangis hanya bila tengok drama sedih
bila tak dapat balik mesia
bila hilang duit, bila hilang harta la kan?
dengan itu, aku mengaku aku kuat menangis

tapi aku tak pernah menangis kerana Allah
sedangkan airmata tu sendiri milikNya
aku tak pernah keluarkan untuk Tuannya sendiri


aku tengok kawan2
tengok adik2 akak2 yang datang jaulah ke sini
mereka lagi hebat, tak disangkal lagi
ape je yang aku dapat dengan sekolah beragama
sedangkan hati aku hitam keras

mereka sedang tarbiyyah diri mereka
aim : 0 jahiliyah
kalau aku pikir2, mcmmane tu agaknye? susah woo
aku pikir je tau, tak pernah cube pula
tu penyakit "suke assume" aku kene buang mulai sekarang

kakak tu cakap, jangan menilai sebelum kenal
yang mana aku dapat tangkap:
"jangan bagi andaian sebelum cube" insyaAllah

hebatnya mereka, aku malu
walaupun aku sering ulang ayat ni, aku akan ulang lagi
"aku malu.. T_T"
sekarang aku rasa ingin menangis kerana malu
malu dengan mereka
malu denganMu T_T
aku ingin menangis
dan aku tak malu untuk menangis lebih lagi

"Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghadap kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”.
Hadis Bukhari-Muslim

menangislah sbb takut
menangislah sbb sayang
menangislah sbb kita cinta
pada Allah

pesan kakak tu lagi

terima kasih kakak
terima kasih, ya Rahman

”Aku dengan persangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia berzikir kepada-Ku.."
firman Allah, sabda Rasulullah S.A.W dari Abu Hurairah r.a


thanx Hannan! for the Quran~ ^^

Tuesday, March 8, 2011

그숭간.. 그 때



그시간 그때
그 숭간




부고 싶다.


Monday, March 7, 2011

kerana aku rindukan mereka


"tak mungkin tak dapat rasa ukhuwah tu bila sudah pun rasa rindu"

aku tak percaya ukhuwah fillah tu sangat hebat
: suatu masa dulu

: tapi pada suatu masa
cuti winter lepas, aku yakin Allah campakkan rasa hebat ukhuwah tu sendiri
sampai aku menangis tak benti
sampai aku sebak hingga ke hari ni

kakak dan adik aku balik 4 feb lepas
aku tak benti2 jugak merungut
homesick, lepas sminggu keluar tak benti sama2
itulah kali pertama maybe, family datang visit

sangat cantik susunan Allah tu
bila aku ditakdirkan balik awal ke korea
dan ditugaskan untuk ambil jaulah akhawat dari China dan Jepun
hari itu, aku ditakdirkan jumpa dengan mereka
yang berbajukan jubah dan tudung labuh

hari itu aku dapat rasakan pelukan pertama yang panjang
yang pertama kalinya aku rasa sebak
walhal aku baru je nampak mukanya untuk seminit

GG 2011 berjalan lancar, makin hari makin dapat aku berbual mesra dengan mereka
tak ada pon rasa benci, sombong, dengki
semua perbualan seolah lancar dan penuh keriangan

hari itu, hari terakhir aku dapat pandang mereka, dapat berbual
walaupun 5 hari, seolah aku sedang menghantar adek2 aku, kakak2 aku pulang
yang mana aku rasa, "inilah kali terakhir kita"
sebak itu, datang dengan izinMu ya Allah
manisnya ukhuwahMu aku dapat rasakan
hanya dalam 5 hari
cantiknya susunanMu ya Allah

aku berpeluang kenal insan2 yang hebat dari seberang
mashaAllah aku ingin menangis lagi hari ni
kerana aku rindukan mereka

aku rindukan tarbiyyahMu bersama mereka
temukan aku dengan mereka di syurgaMu ya Allah
aku rindukan mereka.. T_T

"Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, serta ingatlah nikmat Allah suatu ketika dahulu (ketika Jahiliyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah tersebut orang-orang yang bersaudara. Dan ketika kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya agar kamu mendapat petunjuk"
Ali Imran : 103