Pages

Thursday, October 20, 2011

sebenarnya aku sangatlah MAMPU!


ni intro.


"Allah.. sangat indah langitMu, dan namaMu, Allah.."


"Allah-lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hambaNya yang Dia kehendaki tiba-tiba mereka bergembira"
(30:48)

tersenyum sendiri pagi ni. tengah berjalan ke dewan exam ternampak kat langit, sebijik ade awan yang berbentuk kalimah Allah dalam arab. mustahil ke?
tak akan ade ape yang tak mustahil. kerana langit tu milikNya. semua pon milikNya. dan kenapa nak berasa pelik kalau ternampak kalimah Allah di sekitar bumi ni. kerana aku yakin kalimah Allah yang betul2 terbentuk kat langit hari ni. hee. senyum lagi. alhamdulillah hati pon sangat tenang menjawab exam tadi :')



ok!


sebenarnya!


take note of what Tariq Ramadan said :

"You will never experience FREEDOM if you don't get the sense of what DISCIPLINE is."

aku seorang student di korea selatan yang bila exam en mesti jadi macam orang tak betul aje. tidur pon tak betul. makan pon tak betul. fikiran lagi la serabut. kelam kabut! meja bersepah. kertas berselerak. pen tak bertutup. ni mmg lah statement biase seorang student.
sebab ape en?

last minute lagi.
jangan salah faham. semua orang pon 'last minute'
bukan last minute yang maksudnye baru nk start dari A smpai Z
cumenye ye lah kan esok nak exam sape tak nak revise balik? *lebih baik selak2 balik drpd perasan dah hafal dan jadi bodoh sombong dalam dewan exam*
jadi terstart balik dari A smpai Z untuk fahamkan betul2. en en?

kalau imbas balik hari semalam mmg ya Allah, boleh pengsan yg sebenar-benarnya
hari ni ade 3 paper, jadi aku tinggal tambah tolak 24 jam untuk hafal formula2 so-called-hebat dari barat utk 3 paper

3 paper je. ok.

24jam tu bahagi masa betul2. dengan SERIOUS ok. sangat teliti. alang-alang dah belajar matematik + bantuan sistem jam dinding memang alhamdulillah dapat susun dengan sangat efisyen

lepas solat subuh dr:

6.oo-9.00 subjek 1
dhuha
9.30-12.30 subjek 2
zohor
1.00-3.00 subjek 3
asar
3.30-6.30 subjek 1 balik
maghrib, isya'
8.00-11.00 subjek 2 balik
11.00-2.00 subjek 3 balik
tido
6.00-7.00 subjek 1 balik
7.00-8.00 subjek 2 balik
8.00-9.00 subjek 3 balik
10.00 blah gi exam

exam plak satu hari 10-5ptg

tido 3 jam aje. SERIOUS ok. mata memang sepet bertambah hebat lagi sepetnya. bawah mata hitam bertambah hebat lagi hitamnya tak terkata.

secara kasarnya. masyaAllah kekuatan yang datang dari Allah insyaAllah memang tak sangka dapat ikut jadual masa tu. kepala tepu macam nak pecah tak tipu.
mata memang penat, kopi 6 cawan *1 cawan 2 peket* minom
boleh mcm tu. menjadi!

lepas tu hari ni.. alhamdulillah exam dah habis mcm tu je. sekaligus satu hari.

tergamam. kejap.

macammana eh aku sangat2 menghargai masa semalam tu, smpaikan tak makan proper. even 3 minute pergi ke tandas pon aku rasa sangat rugi. dalam 3 minute boleh hafal 2 formula. dari 2 formula tu aku boleh jawab 5 soalan nanti. dari 5 soalan tu boleh dapat 40 markah untuk formula sahaja.
masyaAllah. masyaAllah.

sampai ke situ aku kirekan probabilty membuang masa ke tandas.

sekarang aku rasa sangat lapang. tak terkejar sana sini. smpai tak tahu nak baca apa. masa sangaat banyak aku rasa hari ni. sampai tak tahu nak baca apa. sampai tak tahu. betul.

sesungguhnya, manusia tu sangatlah dalam kerugian.

bayangkan. bayangkan eh kalau sehari tu, betul2 aku kira utk susun jadual aku
untuk hari akhirat, mesti sangat mantap en?

sudah tentu sangat mantap!
tapi apakan daya aku mampu berfikir dan bergerak mantap bila ada "exam".
bayangkan kalau aku mampu susun masa aku untuk berdakwah dan hafal quran, atau pun belajar bahasa arab ke, macam semalam

masyaAllah. tak terungkap dengan kata-kata. aku SANGATLAH MAMPU.
dari segi masanya. iye memang kita tak tau bila ajal maut kita.
tapi pokok akarnya, biiznillah
sebenarnya aku SANGAT lah mampu bergerak mantap untuk dakwah kalau aku mampu bergerak mantap hanya untuk exam dunia, hanya untuk 3 subjek tu.
aku SANGAT lah mampu untuk disiplinkan diri aku, betul2 ikut masa, betul2 fokus kat buku

aku sangatlah mampu masyaAllah! cuma aku sangat banyak beralasan. sangat malas mengangkat badan berat untuk bergerak.

"sedangkan si kudung pon mampu berjalan meminta sedekah, apatah lagi si berkaki dua pasti mampu berlari laju menyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia"

aku mahu bergerak mantap juga untuk dakwah dan untuk islam. :') aku mampu! dan kamu juga mampu! mari kita berdisiplin! :D

p/s: sebenarnya sangat terharu dan terkesima dan tergamam mendengar ucapan Tariq Ramadhan tentang "disiplin dan kebebasan". mari tengok sama2 lagi sekali! ~(^V^)~


bittaufiq wannajah utk yg belum habis exam. hwaiting!


1 comment:

Anonymous said...

sangat betul kan??

Terima kasih.