Pages

Thursday, October 13, 2011

carik yang selesa itu bukan sesuatu yang 'tenang'





"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku"
(2:152)


bismillah

apa erti tenang itu?

katanya wajah2 para syuhada ketika syahid, tenang raut wajah mereka
katanya lagi wajah mereka yang bertahajjud di malam hari, tenang raut wajah mereka
hati mereka para hafizah dan hafiz yang memahami dan menghafal al-quran, hati mereka sangat tenang, lagi tenang raut wajah mereka, tenang kita juga melihat mereka
katanya itu.. "tenang" yang dicari-cari
katanya.. seorang sahabat baikku

aku pernah ingin mencari 'tenang' itu dengan berkubur di sebuah gua


gua dunia.

gua yang pintunya lebar menjanjikan kemewahan dan kekayaan
tidak pernah tertutup pintu keluar dan masuknya
dan terbuka luas lagi menggiurkan
rupanya bukan tenang yang aku cari, tapi 'selesa' yang aku cari selama ni
selesa hidup didunia,
sedangkan Allah menjanjikan lebih keselesaan dari itu, keselesaan yang tak terhingga di syurgaNya tapi aku hanya terpandang pada selesa duniaNya

selesa yang bermaksud tidak diuji, tidak dipandang Allah nauzubillah
"ya Allah, jangan alihkan pandanganMu terhadap kami, ujilah kami kerana tanpa ujianMu kami terlalu selesa hanyut dalam angan-angan T_T"

astaghfirullah. sebulan juga aku masuk ke gua dunia dan tak nampak jalan keluarnya
asalnya cuba nak berhenti sebentar
penat katanya cuba berdakwah
letih, tak mampu.. merungut banyak masalah
katanya lagi sudah puas cuba berdakwah
berdakwah apakah tu krun?

dakwah si angin.. yang tiada hasilnya
mungkin aku banyak berkata daripada melakukan kerja
smpaikan tidak ikhlas kerana Allah *astaghfirullah*
kerana kalau betul2 kerana Allah tak mungkin akan berasa penat
aku sepatutnya berasa tenang.. tenang bak para sahabat
tenang seperti Rasulullah kerana yakin Allah bersama-samanya

tenang dengan segala ujianNya
tenang dengan keputusanNya
tenang dan tenang walaupun tiada hasil

Dan dari Wabishah bin Ma'bad r.a berkata: Aku datang kepada Rasulullah, beliau bersabda: "Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku berkata, "Ya." Beliau bersabda: "Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu." (hadis hasan riwayat Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Ad-Darimi dgn sanad hasan)

astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.
sangat senang beristighfar tapi tidak menghayati betul2 maksud mendalamnya
"aku memohon keampunan dariMu yaAllah"

sungguh aku memohon keampunanMu
atas segala rungutan aku, keletihan ku, ketidaksabaran ku
tak mungkin sama tarafku dengan sahabat2 yang dijanjikan syurgaMu

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata "kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
(2:214)

betulkan niat. betulkan niat. betulkan niat.
sebagai para daie, para pendakwah, para pemegang panji islam
ikhlaskan niat kita, kerana apa kita mahu bergerak, mahu berdakwah
kerana Allah. hanya kerana Allah.. Allahu ahad "Allah Yang Maha Esa"

dan takkan penat tangan kaki dan anggota kita bergerak untuk Tuannya..untuk Tuannya insyaAllah!

"sesi semangatkan diri.. cukuplah duduk di gua sebulan T_T mari bergerak! yosh!"

2 comments:

Habibah said...

jzkk

mengingatkan diri ini jga..
alfajr 89: 4 ayat terakhir

^^

syafa mohamed said...

Assalamualaikum akak

Alhamdulillah,masih punya kesempatan untuk berpatah pada Dia kan...

semoga akak terus kuat juga disina:)