Pages

Friday, October 21, 2011

내가 생각하기엔..나의 사고방식은...bagi aku!


bismillah
sekali lagi ade himpun besar-besaran di Malaysia
aku seorang muslim, beragama islam, aku pun tak pernah menyokong dan setuju tindakan yang melanggar hukum-hukum Allah.


tapi bagi aku!

bagi pendapat aku~
aku tak setuju sangat2 dengan himpunan2 dan demonstrasi beramai-ramai sebegini untuk menunjukkan ketidaksetujuan atau ketidaksokonganku
dan aku bersetuju dengan pacik Shaykh Khalid Yasin insyaAllah


dengar dulu ape pacik Shaykh Khalid Yasin nak kata apa ni! hehe *semangat tetibe eh*
dah pernah post video ni dulu masa himpunan bersih 2.0 aritu. harap2 dapat sama2 dengar lagi video ni okes sume :)

semoga tiada sebarang kecederaan esok hari
wallahua'lam. Allah lagi mengetahui.

6 comments:

teratai biru said...

yes!

saya pun x setuju.

moga x menjadi fitnah kepada islam.

kita doa ye...

sadaqatuna said...

setuju gak dengan pakcik Shaykh Khalid Yasin! himpunan sejuta umat ni kalau tengok tentatif tak ada yang tak elok tak elok yang pakcik Khalid cakap tentang demonstrasi..jerit, cederakan orang, rosakkan jalan..

Tentatif awal program Himpunan Sejuta Umat ( akan dikemaskini dalam masa terdekat) :

Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
Alunan Asma Ul-Husna
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
Ucapan tetamu utama
Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

kan kan?mari mendalami sesuatu perkara dengan teliti dan nilai dengan mata hati^^ moga kita juga tak menyebabkan fitnah kepada islam, sesiapa dan apa jua..peace~

Rijal said...

benar apa yang Shayk Khalid Yasin cakap...

benar yang sadaqatuna kata...
ini petikan akhbar http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9650143.asp

Lihat dulu siapa penganjurnya, siapa pendokongnya...

Semua peserta mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) seperti berikut :

Datang awal supaya mengelakkan kesesakan jalan dan kemasukan ke dalam stadium.

Membawa sejadah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar

Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran

Bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan

Menjaga kebersihan stadium dan tidak merosakkan apa jua harta serta barangan di dalam stadium

Menjaga keselamatan kenderaan masing-masing

Mematuhi setiap arahan dan memberi kerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung.



Larangan :

Membawa edaran dan risalah yang berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman program

Membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur.

Membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.

Membawa sebarang bentuk senjata atau barang-barang yang merbahaya seperti mercun dan sebagainya kedalam kawasan perhimpunan berlangsung


lihat lah objektifnya...
AQIDAH bukan politik...
Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Jangan mudah melatah, sayang. ramai di luar sana yg sayangkan Islam...

Ya, doa itu perlu.. doalah agar himpunan ini berjalan lancar dan tidak ada munafik yang cuba memprovokasikan tujuan utamanya.

Ini KITA, sayang. =)

teratai biru said...

salam wbt...

eerrkk... mungkin ada yg tersalah faham... T___T

jzkk kpd sadaqatuna n rijal atas usaha pencerahan.. really appreciate it.

minta maaf, salah saya x tulih perabih n terang2...

saya bukan x setuju dgn HIMPUN,mahupun demonstrasi2 yg lain. in fact, sy sokong BERSIH.

yg sy x setuju adlh tentang pemikiran sesetengah org yg faham begini :
'cara utk selamatkan islam, menyatakan sayang kpd islam, hanya melalui demonstrasi. hanya dengan menyertai demonstrasi, islam akan selamat.'

Maksudnya, org2 itu hanya sokong demonstrasi, join demonstrasi, tanpa melakukan usaha2 dakwah yg lain. means, sokong n join tanpa faham betul2 apa yg di sebalik demonstrasi tu. demonstrasi tu sepatutnya lebih memberi impak kpd diri sendiri, agar sensitif n peduli dngan situasi umat islam sekarang, sehingga mendorong diri utk lebih laju dlm menyampaikan islam, bukan sekadar 'menari apabila ada yg bergendang' , kemudian senyap seribu bahasa..

huhu..faham ke ye apa yg sy tulih? mnta maaf, ayat tungang-langgang. aiseh...

moga Allah chenta sama kalian...

(ini bukan usaha meng'cover', tapi usaha 'memperjelas' )

kruN.ch said...

insyaAllah terima kasih sadaqatuna dan rijal atas penerangan tentatif dan semuanya.

saya bukanlah sampai ke tahap "munafik" yang memprovokasikan objektifnya. moga kita jangan mudah melabel orang sebagai munafik (nauzubillah) hanya kerana menentang objektif himpun ini.

sudah tentu objektifnya sentiasa bagus, himpunan bersih 2.0 pun objektifnya bagus. cuma kadang-kadang caranya tak mengikut sunnah yang sebaik-baiknya. seperti shaykh khalid katakan jugak, rasulullah ada caranya.

insyaAllah kalau cara ini betul saya juga mendoakan agar ia berjaya. dan tiada sebarang kecederaan atau keganasan berlaku.

tak perlulah nak berdebat dan berbalah di sini lagi kot kerana banyak lagi benda yang perlu dilakukan daripada berdebat2 dengan pendapat masing2 yang boleh memecahkan umat dan melabel2 orang (nauzubillah).

tarbiyah dzatiyah diri masih perlu ditingkatkan insyaAllah sama2 kita berdoa agar sentiasa dalam rahmatNya. wsalam.

kruN.ch said...

saya minta maaf atas segala kekangan yang berlaku. ini cuma entry pendapat saya. kita tak pernah mengharapkan kejatuhan islam dan lain orang lain caranya.

harap maaf dari saya. :)