Pages

Friday, August 5, 2011

insyaAllah boleh abeskan. boleh.


iv>
"wah tebalnya buku harry potter tu. bp ari nak abes"

"bagi kat aku sehari aje boleh, smbil makan boleh. aritu kan aku bace buku narnia lagi tebal, abes je dalam 2 hari"

"hmm kenapa al-quran lagi nipis dari harry potter dan narnia, tak abes2 walaupun dah setahun?"

bukan ke macam tu?
perkara biasa kalau abeskan novel dalam sehari tak pun 3 hari
perkara biasa jugak kalau abes khatam quran dalam setahun?

terbalikkan. jadikan itu perkara "tak biasa" kita.

ade jenis orang yang boleh tengok tv berjam2, tapi al-quran boleh baca 2 minit
ada yang boleh dengar lagu berjam2, tapi al-quran boleh baca 5 minit
ada yang boleh baca blog kisah cinta seharian, tapi al-quran 30 min
ada yang boleh chatting smpai ke pagi, tapi al-quran dalam sejam

bukan ke kita semua mcm tu?

astaghfirullah. kita mampu berubah. kita perlu berubah.

ramadan datang lagi kali ni, pintu syurga juga terbuka luas
bulan turunnya al-quran al-kareem. boleh ke nak sia-sia kan lagi peluang ke syurga?

kalau boleh abeskan novel dlm sehari, pasti boleh habeskan al-quran dalam 30 hari!
yakin! sama-sama berusaha :)
walaupun bahasa arab tu susah, dan kita tak ada basic
janji Allah itu : "Barangsiapa membaca satu hutuf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Miim satu huruf"

insyaAllahuta'ala Allah pasti membantu sekiranya niat kita ikhlas
robbuna yusahil

 



Sabda Rasulullah : "Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadhan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun."
-Riwayat Ibnu Abid Dunya

bak kata ukhti syafa "Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah!" :)))


1 comment:

ShaaSaab said...

salam krun, nk minta alamat rumah u, nk hantar kad raya! emailkan di nuraisha.red90@yahoo.com k! selamat berpuasa :)))