Pages

Thursday, July 21, 2011

sangat teruja. dan kagum. dan rindu :')



[summer palace. beijing. "tunggu aku lawat kamu lagi ye ^^"]

tahun lepas masa baru2 jumpa akhawat dari china
tak ada rasa teruja, tengok mereka dari jauh
tak melekat di hati T_T
hinanya kami.. hanya memandang sebelah mata
tak ada rasa nak berkenalan, tak ada rasa nak tegur

tapi,
mereka dengan rendah dirinya datang jenguk kami di korea awal tahun ini

ramai.

kata mereka di sana sangat susah berkumpul untuk majlis ilmu
mereka dijaga dengan ketat
dari jauh mereka datang nak dengar majlis ilmu di sini masyaAllah
sekalipun pihak kat sini mencurigai kedatangan mereka
semangat mereka tak pernah putus
aku teruja sekarang
sangat teruja nak jumpa mereka lagi
aku rindu sangat dengan semangat mereka

alhamdulillah dengan izin Allah
7 hari lepas impian aku untuk melawat mereka pula tercapai
teruja.. sangat teruja :)

sepanjang di sana,
kakak yang melayan kami tak pernah putus senyumannya
sabarnya dia melayan kami,
lambat kami berjalan
"panas.. tak larat" asyik keluar dari mulut kami
kakak tu masih sabar.. diceritakan lagi kisah2 sejarah china
mata hampir tertutup, kaki juga cedera
tapi masih menunjukkan muka yang ceria :'((

subhanAllah kenapa ya? aku sudah jatuh cinta dengan akhawat di sana

setiap hari aku rindukan mereka
menunggu hari lagi untuk bertemu dengan mereka :')

kerana ukhuwah kerana Allah itu sangat manis rasanya.

"ya Allah, aku tak suka pada perpisahan. kekalkanlah ukhuwah kami smpai ke syurgaMu. kerana perpisahan pada setiap pertemuan di muka bumi ni sangat pahit rasanya. temukan kami semua di syurgaMu, supaya tak ada lagi perpisahan yang pahit itu T_T"



"hee... rindu k.liza dan beijing :')"


No comments: