Pages

Wednesday, June 1, 2011

macam dengar lagu, bila da suka mesti nak hafal, kan?


"awak tengah bace ape terkumat kamit dari tadi?"

"saya tengah hafal isi buku ni"

"buku apa tu? subjek apa tu?"

"ni al-Quran, subject of my life :) "





kenapa ya kena hafal al-quran, kenapa tak baca aje?
aku percaya ada hikmahnya.. tapi tak berapa tahu juga kenapa
kecik-kecik dulu hafal sebab nak duet
ummi cakap sapa hafal satu surah, dapat 50sen
eheh banyak tau 50sen time tu
5 surah da rm2.50, boleh beli permainan tora kt kedai runcit

dulu, sebab duit.

dah besar dah ni tak de la pasal duit kot.
dah blaja pasal niat, hadith 1 : amal ibadat niat kerana Allah
ye niat kerana Allah, tapi curious lagi hikmahnya
satu hari ni, datang lah seorang korean tanya aku kat luar kelas

"awak, tu buku apa? awak kata awak tengah hafal?"

"a'ah..ni lah al-Quran, buku panduan agama kami"

"ooo mcm bible ye? kenapa awak hafal eh? tak pe je kan kalau bace hari-hari? saya nampak selalunya kawan2 kristian saya baca hari-hari, tak pulak diorang hafal mcm ni"

oh.. a'ah terbenti kejap. kenapa aku hafal ye?
soalan hikmah terpendam tu muncul balik.
blurr..

balik rumah aku tanya akak naqibah aku
katanya "kita suka hafal sebab kita suka dengan bait2 dan kata-kata dalam al-Quran, macam dengar lagu, bila da suka mesti nak hafal, kan?"

wah..dapat satu :)) betul2 kalau lagu memang hafal sungguh pastu nyanyi hari2 ye aduii
aku carik lagi jawapan, carik lagi dalam
jumpa kat dalam buku "At tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran" ni
antara keutamaan membaca dan mengkaji
alhamdulillah ada seorang kakak bagi buku ni satu masa dulu
baru hari ni nak bukak T_T huu minta maaf

ade satu kisah ni,
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah ra "Sesungguhnya Nabi saw mengumpulkan antara 2 orang korban perang Uhud, kemudian berkata : Siapa yang lebih banyak hafal al-Quran di antara keduanya, beliau mendahulukannya masuk ke liang lahad"
[riwayat bukhari]

masyaAllah, tu ke jawapannya?
hebat.. hebatnya orang yang menghafal al-Quran tu
sangat tinggi darjatnya kan? SubhanAllah..

tadi pula ada kawan aku berkongsi,
"Allah akan memelihara ayat-ayatNya iaitu al-Quran itu, jadi sape2 yang menghafal ayat-ayatNya, pasti lah Allah akan memelihara dia.."

pergh.. best tak? hee tersenyum lebar aku menulis ni
sbb sangat gembira dgn jawapan-jawapan yang dapat
Alhamdulillah.. banyak lagi hikmahnya menghafal al-Quran
dan insyaAllah kalau ada orang tanya lagi lepas ni, dah tau nak jawab mcmmana :))

terima kasih semua
terima kasih Allah, dari Kau juga datangnya jawapan2 ini
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah :D


2 comments:

Anonymous said...

naqib ana kata, bila kita hafal Quran, bukan setakat kita hafal sahaja. kalau hafal sahaja, samalah macam kita masa kecil2 hafal Quran tu, baca lancar, laju, best tapi tak memberi kesan sangat kat dalam diri.

Bila kita hafal Quran tu, kalau boleh kita baca, dengar MP3 tafsir dia sekali. Kita tahu jalan cerita kenapa ayat itu diturunkan. Contohnya bila ayat tu diturunkan masa Rasulullah tengah sedih, baru kita sama dapat rasa kesedihannya. Kita ambil pengajaran ayat itu. Insyaallah hafalan tersebut menusuk hati bila kita baca, dan bila kita solat, baru dapat rasa nikmat Ihsan tu, rasa seolah Allah sedang tengok kita, bercakap dengan kita masa solat tu.

Sebagai contoh, Saidina Umar hafal tak semua pun ayat Quran kalau tak silap, Tapi ayat yang dia hafal tu dia imani dalam2, dia faham betul, bila dia baca dalam solat, menusuk hati, Dan barulah hafalan tersebut terasa bermakna, bukan macam masa hafal zaman kanak kecil2 dulu. dan rasa tak kisah pun akan ganjaran2 Allah yang lain, sebab apa lagi nikmat yang paling best selain terasa seperti Allah sedang bercakap dengan kita kan? Apa kita rasa bila orang besar seperti PM nak bercakap dengan kita? Teruja kan? Apatah lagi Allah kan, yang jauh lagi besar daripada orang-orang besar seperti PM.

sekadar ingin berkongsi antara kelebihan menghafal ayat Quran.

kruN.ch said...

aah btol tuu ^____^ insyaAllah... sgt mantap jawapan. dpt lagi penjelasan :)))) jzkk