Pages

Monday, May 2, 2011

letakkan Allah di pucuk hatimu, kerana Dia tak pernah tidur, dan sentiasa mendengar






alhamdulillah.. aku hidup lagi hari ini
berpeluang mencuba
mencuba dan terus mencuba
kerana dakwah itu satu ujikaji
yang mana tak menjadi hasilnya
kita gunakan cara yang lain
dakwah itu tidak tetap
dan ia bercabang-cabang gayanya

sekecil2 niat dan doa
itu juga dakwah bernilai pahala

kerana Allah memilih siapa pejuang agamaNya
kerana Allah memilih siapa yang layak diberi cahayaNya
kerana Allah memilih siapa penghuni syurgaNya

jadi jangan pernah putus asa kruN.

letakkan Allah di pucuk hatimu, maka Allah akan sentiasa menemanimu
dan berjuanglah sebagai pejuangNya,
berjuanglah mendapatkan cahayaNya
tatkala hari gelap menutupi bumi
berjuanglah merebut gelaran penghuni agung Jannah itu

kerana warga terpilih Palestine itu tak pernah kenal erti penat lelah, tidur nyenyak dan perut yang kenyang,

berjuanglah..berjuanglah bersama mereka

"Dia menentukan rahmatNya kepada siapa yang dia kehendaki. Dan Allah memiliki karunia yang besar"
-3 : 74

.:sekadar post semangat untuk diri sendiri:.