Pages

Friday, May 27, 2011

hari itu, rapat dia ikat atas kepala


"apakah hari itu?"

"itu lah hari kita. hari kita dibawa pulang kepada Maha Pencipta. tiada teman, hanya ada diri dan amalan... hanya amalan..hanya amalan"


(hari itu kepada siapakah kita mahu menadah..?)

"Dan datanglah sakaratul maut dengat sebenar-benarnya. Itulah yang dahulu hendak kamu hindari"
-50:19

hari itu,
aku kena bungkus, rapat dia ikat atas kepala
ramainya orang..kenapa ya hari ni?
aku diusung pakcik ramai2
mereka letakkan aku dalam lubang
dalamnya, hampir tak nampak muka mak ayah kat atas
"ummi.. abah.. inikah saat pengebumian ku?"

sejuk... muat2 je aku dalam lubang ni
rasa tanah tu sentuh lengan kanan dan kiri..sejukk
nampak ada cacing2 kat tepi2
bau tanah.. huu bau macam pokok bunga kat belakang rumah dulu
"pap!" tanah jatuh sket atas badan
jatuh lagi.. jatuh lagi
abah.. abah ke yang membaling tanah tu?
abang? adikku? kamu ke tu?

"diorang tengah kambus aku huu"
tak nampak..makin tak nampak.. gelap
"gelaaappp.. ummi, abah, gelaaaap!"
beratnye tanah2 ni..berattt ya Allah
da tertutup.. menggeletar2 aku sorang2.. gelap, sejuk takutt
sempit.. sempit~ ya Allah..

dalam gelap ni
hanya tinggal Kau ya Allah
tak ada yang lain
hanya perlindungan dan rahmatMu T_______________T

hmm.. macammana agaknya kita dalam kubur?
macammana kalau hari ini hari kita??

ayuh..manfaatkan masa yang ada :)
pesanan untuk diri sendiri juga
"orang yang paling cerdik ialah mereka yang sentiasa mengingati mati"



No comments: