Pages

Friday, April 22, 2011

bersepah pesanan ini, tapi orang buat tak peduli


walaupun berkali-kali orang mengingatkan kita
walaupun berkali-kali jumpa post ni di mana-mana
aku juga ingin mengingatkan lagi :

peliharalah maruah kita, wahai perempuan




"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain"

pesananku :
"wanita, jaga lah keperibadianmu
jaga lah keaibanmu
kita adalah orang asing kepada si lelaki
jangan lah kau menjual diri dengan senang hati"

sedih aku melihat wanita yang mempromosikan dirinya di facebook atau di web mana2
malu juga kerana aku sekaum denganmu
untuk apa juga kita meletakkan gambar sendiri dengan gaya tak mengena
ape tujuan asal kita?
menunggu komen "comel, cun?" untuk apa?
boleh jadi membangga diri, bila menerima pujian kan?
jadi kenapa tiada usaha di situ untuk menjauhkan diri

"you have to be uncomfortable with praises, because it will boost what? your ego.. it is a serious problem may Allah protect us from it..."
N.A

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke DADAnya..."
An-Nur : 31

siapa yang tak bergetar dengar arahan Allah ini?
nauzubillah.. itulah arahanNya
adakah kita sedang mematuhi arahanNya dan menjauhi laranganNya?
wanita lah ramainya penghuni neraka itu ya Allah T_T

Rasulullah bercerita kepada Fatimah
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak"
"Fatimah, adapun aku lihat perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut dari bukan muhrimnya"
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain"

apakah kita yakin facebook itu menjamin gambar-gambar kita tidak dilihat oleh lelaki lain?
kita tidak tahu sudah berapa kali gambar kita di"view" lelaki-lelaki bukan muhrim
T_T may Allah protect us

wanita paling cun, cantik itu
yang kemas pendiriannya
yang tegap imannya
yang ikhlas niatnya hanya kerana Allah
yang menyembunyikan keaibannya
yang menjaga maruahnya
bukan dengan mengenakan tepung-tepung dan wangian

setiap sudut rupa kita,
setiap sudut tubuh kita
adalah mahal umpama berlian
tak perlu sewenang-wenangnya kita tayang kat umum
pakai lah yang longgar, kerana itu lebih afdal

bila pakai longgar-longgar dipanggil outdated,
dan ketat-ketat itu menjadi kebiasaan
maka kita telah terpadaya dengan bisikan syaitan

yang selalu membisikkan :
"apa yang baik itu susah.. take it easy.. lambat lagi nak mati"

kerana syurga Allah itu mahal
"dan ramai kalangan wanita itu di neraka.." -a reminder

mari muhasabah :)


2 comments:

aPpLePiE said...

salam krun,
minta izin share boleh?
jzkk.

kruN.ch said...

wsalam ye sile2 tayah tnye haha :))