Pages

Friday, March 25, 2011

senyuman yang aku pernah benci itu

hari ni aku pergi majlis ilmu
aku nampak kakak itu
kakak bekas naqibah aku dulu
dia juga nampak aku

dia senyum.




aku terasa sebak seketika
kerana aku pernah membencinya dulu
aku menolak segala senyumannya dulu
waktu2 dia datang ke rumah dan mengacau tidurku
di waktu aku masih belum dapat menerima ajakan2mu

senyuman dia hari ni
mungkin aku akan merinduinya
merindui senyuman tu
bila dia pergi meninggalkan kami
di bumi sonata ni tak lama lagi

aku mungkin takkan mengaku
yang aku sudah mula sayangkan dia
aku tak mahu dia pergi dulu
tapi aku takkan mengaku

semoga akak berbahagia balik ke Malaysia T_T
semoga Allah membalas segala pengorbanan akak waktu itu

maafkan kami sekiranya melunturkan semangat akak untuk berdakwah

sesekali, aku ingin terima senyuman itu lagi

3 comments:

shaasaab said...

krun. nk ur ym or msn

syafiqah.rahmat said...

krun! suka sgttt post ni.terharu :'(

semoga kamu mnjadi du'at yang berjaya utk menyeru adik2 ke jalan dakwah. kamu juga akan melalui jalan2 yang kakak naqibah itu lalui sebelum ini. kuatkan hati ya? :)

kruN.ch said...

insyaAllah.. T_T semoga Allah beri kekuatan kt awak jugak..same2 berjuang!