Pages

Thursday, March 10, 2011

aku tak malu menangis


"awak..seelok-eloknya menangis kalau baca al-quran"

aku dongak.

"kalau tak boleh, menangis lah sbb awak tak dapat menangis"

kakak sebelah aku bisik, die pandang aku bulat2

die datang, dekat sebelah je lubang telinga aku
dah nak sentuh kepala dgn kepala
sambil pegang bahu aku
menangislah.. die cakap
"itu yang terbaik.. awak"

aku tak boleh.. aku tak boleh T_T
tu je ayat aku dalam hati
geram aje bila orang suruh buat mcm tu kan
hati tercabar + ego -last2 buat2 tak dengar-

itu aku :
"suke bagi kata putus, tapi belum cuba sepenuhnya"

kalau dalam study, awal2 lagi aku give up
"mesti F punya" sedangkan aku tak pernah jejak lagi kelas tu

kalau bace al-quran,
awal2 lagi da terlintas
"ish..aku tak boleh nak menangis ni.. da memang susah"
padahal aku tak cube "teghan" (oghang utagha huhu) lagi mate

hati aku yang keras, tapi aku tak sedar
aku menangis hanya bila tengok drama sedih
bila tak dapat balik mesia
bila hilang duit, bila hilang harta la kan?
dengan itu, aku mengaku aku kuat menangis

tapi aku tak pernah menangis kerana Allah
sedangkan airmata tu sendiri milikNya
aku tak pernah keluarkan untuk Tuannya sendiri


aku tengok kawan2
tengok adik2 akak2 yang datang jaulah ke sini
mereka lagi hebat, tak disangkal lagi
ape je yang aku dapat dengan sekolah beragama
sedangkan hati aku hitam keras

mereka sedang tarbiyyah diri mereka
aim : 0 jahiliyah
kalau aku pikir2, mcmmane tu agaknye? susah woo
aku pikir je tau, tak pernah cube pula
tu penyakit "suke assume" aku kene buang mulai sekarang

kakak tu cakap, jangan menilai sebelum kenal
yang mana aku dapat tangkap:
"jangan bagi andaian sebelum cube" insyaAllah

hebatnya mereka, aku malu
walaupun aku sering ulang ayat ni, aku akan ulang lagi
"aku malu.. T_T"
sekarang aku rasa ingin menangis kerana malu
malu dengan mereka
malu denganMu T_T
aku ingin menangis
dan aku tak malu untuk menangis lebih lagi

"Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghadap kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”.
Hadis Bukhari-Muslim

menangislah sbb takut
menangislah sbb sayang
menangislah sbb kita cinta
pada Allah

pesan kakak tu lagi

terima kasih kakak
terima kasih, ya Rahman

”Aku dengan persangka hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia berzikir kepada-Ku.."
firman Allah, sabda Rasulullah S.A.W dari Abu Hurairah r.a


thanx Hannan! for the Quran~ ^^

1 comment:

aPpLePiE said...

like!
fatin pun macam ni jugak.
susah nak tarbiyah hati yang masih ada cinta dunia kan? kalau hilang material, mudah je nangis. tapi, tak pernah pun nak nangis bila hilang rasa nikmat beribadat pada Allah. tsk. :(