Pages

Wednesday, December 8, 2010

tapi die selalu duduk dekat dengan aku.'benci' itu.

"Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya." Rasulullah s.w.t - riwayat dari Anas bin Malik

pernah aku terfikir sebelum tidur
kalau aku mati esok hari ni, sempat ke nak mintak maaf kat semua orang aku penah benci?
benci dengan hati lumat2. sampai ada yang tengok muke pon aku tak nak
terbenci sesaat due bile bertembung
yang dikenali atau pun hanya orang yang dibalas pandangan aku di sekitar jalanan
ramai. jangan sangka orang yang berwajah manis hatinya juga manis
sebab hanya Dia yang satu je mengetahui apa ada dalam hati
hanya Dia, bukan manusia yang poyo2 boleh bace body language la konon

hanya Allah s.w.t

boleh jadi bencian spontan sesaat due:
jalan2 tepi lorong kedai, kalau ade nampak laki tengah peluk2 si perempuan
"menyampah giler! baling kasut baru tau"

makan2 kat restoran ade orang korea dok tengok2 kite
"pandang2 ape.. tampar nak? seb bek ko tak paham melayu.. batakk"

tengah dengar lecture ke buat homework, maki cikgu dalam hati
"mende ckgu ni bagi homework banyak2! ngajar ape haram satu tak paham" -tido

"Mata org yang redha itu tumpul pada semua keaiban tetapi mata org yg benci itu seringkali memusatkan kejelekan" -imam shafie


pernah je sume terdetik, terwujud dialogue spontan bila hati tak sudi tengok, dengar, tak pon rase mende tu. tapi tu baru orang yang takde kaitan tali ape2 dengan aku
kalau yang dekat2 lagi la. family. kawan. bahaye hati yang tesembunyi ni :(

gamaknye hati aku senang berubah + terbenci sesuatu tanpa sedar
aku manusia juga, aku tak mampu nak pegang hati tu, pusing balik 360 degree bila terlepas perasaan benci
tak pon aku boleh setting macam alarm clock kan, set time ek?
"tak boleh benci benda tu, benci yang ni je..." ++"teeeeeetttt!!" bunyi loceng bile kite nak benci yang kite set

tak logik

Allah yang pegang hati manusia
sebab ape kan(?) ade banyak doa2 untuk hati
doa hati yang sombong, sedih, riak, ujub, bakhil (masuk kategori hati ke?)
doa2 tertentu untuk hati

sebab Allah yang pegang hati tu. ni antara benda paling SUSAH aku ulang
SUSAH sekali dalam hidup yang kekadang aku selalu terlepas pandang
hati aku, bila campur dengan benci yang hitam jadinya
tu.. mungkin hati aku sekarang
mungkin hati korang, aku tak tau
ini semua cerite tentang "sang krun" jadi, aku tak menuding jari kepada sape2

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada kami rahmatMu, bahawasanya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya" -mari baca doa penerang hati

dapat jawapan serba sedikit dari pertanyaan kt para yang lebih ilmunya
"bila kita terasa benci kat seseorang, doakan perkara baik kat dia. secara tak langsung kita akan rasa sebak, kemudiannya akan timbul rasa sayang. kurang dapat dosa + dapat pahala doakan kebaikan rakan2 saudara semua..insyaAllah"

susah sebenarnya bila orang kita benci, kita nak doa benda baik pulak. tapi bila cuba, memang rasa nak nangis T_T "aku akan cuba sedaya upaya"

aku anggap hati macam pc aje
stiap hari kne tekan clean up free space macam pc sndiri
free space gune bubuh benda2 manfaat
bila hati pon semak dengan file2 sampah etc: dengki + benci segala
maka stuck la pc tu tak dapat terima file baru kn?
berkurun la sampah2 tu duduk dalam recycle bin = bagi lembab je pc nak berjalan

insyaAllah.. hati boleh dibersihkan..insyaAllah "dengan izinNya" T_T

"Ya Allah yang membolak-balikan hati,teguhkanlah hatiku atas agama-Mu"

kurangkan benci..lebihkan sayang!


Monday, December 6, 2010

tabahkan hati, Allah lebih menyanyanginya


"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha mengenal apa yang kamu kerjakan" (al-Munafiqun : 11)

takziah untuk hafizah, bekas teman serumahku [di daerim, seoul] atas pemergian ayahandanya semalam. al-fatihah T_T

semoga tabah menghadapi ujian ini, fizah. we'll always here for you

Sunday, December 5, 2010

19 tahun bersama syaitan gemok


Rasulullah s.a.w: "Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?"

Jawab Iblis Laknatullah : "Jika seseorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas) jika tidak membaca doa kepada Allah s.w.t untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya akan ku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari"


aku ade habit "lupa bace doa lepas makan"
selalu bace doa sebelum makan aje
lagi satu toilet.. masuk sebab penakut so bace doa
da senang lenang keluar tak bace smpai aku da lupa kot doa2 tu
tmbah lagi aku memang insomnia. susah nak tido sebab kepala tak benti pikir
2 3 jam lepas baring baru tertido

tergerak tangan hari tu carik doa bila susah nak tido
bila aku tekan link tu, keluar semua doa2 dalam sehari
mashaAllah

BANYAKNYA!
sia-sia bebeno aku belaja kecik2 dulu
aku baru nak start lekat2 doa kat setiap sudut bilik macam budak tadika
pastu aku sedar, ade yang masuk bilik aku, bila tengok nota tu
dorang pon mengaku...dorang tak hafal jugak doa keluar toilet
selalu bace bismillah aje.. serupa kita eh

dari bangun pagi smpai tido balik tu ade dekat 20 doa kita boleh bace sebenarnya
kat situ pahala da pon free2 Allah bagi..tapi macam tu lah suke buat tak peduli

bangun tido, masuk toilet, ambil wudhuk, habis amik wudhuk, keluar toilet, bukak baju, pakai baju pulak, tengok cermin, sebelum makan, habis makan, keluar rumah, naik kenderaan, gi kelas tu..sebelum start belajar-doa belajar, masuk rumah, ulang balik semua doa asas (makan minum masuk keluar toilet bla bla) last skali sebelum tido.

mashaAllah
lebih dari 20 kali kita mintak perlindungan sehari
macam ni sehari al-Quran pon letak tepi je, doa2 pon tinggal
ape aje kita dapat top-up amal selain yang fardhu?
segan bila orang tanya "eh da bace ke doa abes makan?"
dalam hati "tak hafal sebenarnya"

gemok syaitan aku selama ni T_T


Thursday, December 2, 2010

3 2 1


"die lagi mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dari aku"
pagi tadi pergi turun dengan roommate breakfast
cuak la first time makan dengan die. aku sangat susah nak maintain eye contact dgn orang
lagi2 bile makan face-to-face. cuak.

typical korean la kot badan kurus macam tulang
kat kantin bawah ade 2 option : mkn cereal @ nasi cam biase

astaga bila die sampai meje nak kate laki gagah pon tak
nasik macam gunung dengan sayur 2 mangkuk
aku tengok pon nak muntah dah die sumbat dengan susu putih pulak

pastu ngan tak malunye aku tanye je

"macammane boleh kurus kerempeng mcm tu padahal makan MACAM ni!?"

satu je die jawab

"3 2 1"

muke blur.

"tau tak 3 2 1 cik adek oii? 3 pagi 2 tengahhari 1 malam. sukatan. makan malam tu, lepas 2 jam tido" die gelak sorang2

"lepas makan gosok gigi, bangun pagi telan dulu air kosong at least sebotol"

oohh.
owh baru aku teringat. sunnah nabi macam tu. tapenah amal pastu gaduh berat badan tak turun2

"tapi korang kn tak makan daging..tayah worry la pasal berat badan"

die da salah faham. "tak kak, ktorang makan yang halal je, sembelih ikut cara islam hoho"

"oooo... tapi awak tak makan babi kan? bagus. babi tak elok"

"memang!" aku angkat tangan kat muke die haha
die gelak bedekah2 "tu la nape tak sedar ek selame ni"

die belajar pharmacy so mengikut kiraan kepala aku maybe laa
MAYBE die ade belajar pasal keburukan babi tu sendiri
alhamdulillah... ade jugak sorang korea yang open-minded
seriously die. bes.