Pages

Sunday, November 28, 2010

eheh malu la saya =.=

baru2 ni ada roommate baru masuk
korean : kim soora

sangat kontra ngan roommate dulu yang agak bengis + hot temper
yang ni memang sangat opposite : senyum tak abes2 + apa2 yang tak lawak pon die gelak aje
lagi satu : bersih! alhamdulillah

awal2 lagi da ngaku kt dia "saya tak suka kotor2 ye ^^"
setiap pagi mesti mandi which is sangat pelik bagi korean mandi pagi winter2 kan?
dia akan lap lantai, susun kasut
tak pakai makeup langsung
high heels pon takde..sume conversenye-type kasut ^^
oklah hati da tertarik..die ni memang lain

dia pon awal2 bagi notis "saya jenis tido awal bangun awal"
tak sangka rupenye awal dimaksudkan, dia memang bangun pukul 6 setiap pagi
macam otometik, tayah jam
lagi memalukan, sebab aku da inform yang kne solat 5 kali sehari

dia yang kejut kot setiap pagi..pukul 6
malunya rase nak tanam muka lam tanah T_T

bila solat subuh, dia akan pakai spec
tengok dari awal sampai abes aku solat
da abes dia akan tanya "da habis ke? kejap je rupanya. kenapa malam tadi macam lame lagi?"
huhu

semoga dia diberi hidayah T_T
"terima kasih kejutkan saya subuh hari2..winter la paling susah nak bangun kak..saya maluuu"

Friday, November 26, 2010

tak semua bernasib baik

“Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,” [QS 53:43]


hari ni daurah ada tetamu dari malaysia
orang panggil die ummi

ummi join picnic kt gyeongbok gong then sharing sikit2
kisah life dia selepas kahwin + masih bersama daurah ngan kawan2

juga hari ni, seorang kakak menangis
aku nampak..sebijik2 air mata dia jatuh
bila bertanya soalan kat ummi

"ummi, saya anak sulung then saya kena bekerjaya untuk bantu mak saya carik duit sara adek2 lain, mak saya memang berharap sangat saya tolong dia dengan bekerjaya, jadi macammana saya nak teruskan commitment saya dalam usrah bila bekerjaya, mesti sibuk"

lebih kurang mcm tu lah soalan
tak disangka2
menitik2 kakak tu menangis
aku tahan sebak.. kenapa mesti menangis? -dalam ati-
tak lama lepas tu kakak2 seblah aku pon menangis sekali

aku tak pernah terfikir mcm tu
seolah2 dah abis belajar nanti abislah usrah2 ni..cukup dah kot
tapi tersentak jugak tengok reaksi kakak tu
sampai menangis risau tak dapat beri commitment utk tarbiyah-dakwah lepas abis belajar
mashaAllah

sedangkan aku tak pernah kisah dengan jadual usrah aku
yang dok mengharap abis cepat selalu
aku ada banyak lagi masa, dengan family yang faham pasal program2 mcm tu
ada banyak kelapangan, tapi hati tak pon terasa nak sambung tarbiyah2 mcm tu lepas belajar
asyik pikirkan kerjaya, gaji, rumah..harta2 sampah dunia T_T

mungkin aku ditakdirkan bangun awal hari ini
aku ditakdirkan pergi ke picnic arini
bertemu dengan ummi, kakak2 suma
dan melihat sendiri tangisan kakak2 tadi
ya Allah..

aku sedar sekarang, tak semua orang yang disangkakan lapang seperti aku
tak semua orang disangkakan senang seperti aku
alhamdulillah... aku bersyukur dapat bersama2 dengar sharing dari ummi hari ni
mcm kakak naqibah selalu cakap

"Allah pilih awak untuk datang hari ni, ade sebab. Tak semua yang Allah pilih untuk sertai sesuatu melainkan siapa yang Dia nak..insyaAllah"


Saturday, November 20, 2010

bermula dari aku berhingus : 7 tahun





"asalnye ape motif ko join usrah?" ade orang bertanya

umm..kalau soalan tu ditujukan cepumas: memang terus serabut dada dengan jawapan2.
nak ikutkan, mungkin kes aku lain dari yang lain so...
sejarah tak berapa aku : aku ikut usrah dari kecik bermula dengan nadi asybal

ape tu nadi asybal? aku pun tak tau sebenarnya
ummi yang selalu bawak pegi prog tu setiap weekend
yang mane ade aktiviti kat tadika macam becerita pasal sahabat rasulullah, akhlak2 ngan cara nak solat. dari situ jugak aku banyak belajar hafal al-Quran ngan doa2 harian

dari kecik aku paham ummi ada gathering dengan kawan2 die
ummi panggil tu.... "usrah"

kalau ummi tanye "nak ikut ummi pergi usrah tak? harini kat rumah makcik wan. iffah pon ade sekali. nnt da habis boleh la korang main kat luar"
kitorang pun ikut ajelah dapat makan free + jumpe iffah ^^
detik2 aku dengar perkataan tu, aku paham usrah tu macam jumpe kawan2 + main. ikut ummi pegi usrah sbb nak main dengan anak2 macik lain

perkataan tu, aku dapat mase "7 tahun"

walaupun tak faham lagi dengan hati, aku terus aje join usrah tu berterusan sampai masuk hira' (form 1)

lepas pindah kedah..aku masuk sek.kebangsaan biase dan mula lah hilang istilah "usrah" tu dari kamus hidup aku selama 4 tahun
aku lupa semua kenangan indah dari aku kecik2..pengisian sekali dengan wajah2 yang menemani aku sepanjang usrah tu. iffah + kawan2 kecilku yang sama2 hafal doa kat luar pintu toilet sambil gelak2 "Allahumma inni a'uuu zubikaa minal khubusi wal khobaaith"

masuk intec aku terdengar balik perkataan tu bila datangnya kakak dari jepun ziarah2 bilik kitorang.

detik tu.. bila aku dengar balik perkataan tu, DETIK TU buat aku rase nak nangis pon ade. terflashback semua usrah yang pernah aku join dari la darjah satu : nadi asybal tu..sampai aku 13 tahun
mashaAllah

sampai kat sini, aku lupa balik. setahun aku culture shock dgn dunia KOREA. hallyu..fesyen baju yang buatkan aku boros. pelakon2 korea yang beri selaput pada mata aku. aku lupa balik

so..siapa aku? aku dididik dengan "usrah" dari 7 tahun, menerima dari pelbagai cara.. lupa diri aku yang sebenar. aku bukan nak besar muka/kepala kat sini, malah aku malu dengan diri sendiri. aku tak tau nak kata malu macammana, bertambah lagi malu nnt aku nak jawab kat Allah.
betapa..betapa penat lelah ummi ngan abah bawak aku dari satu jalan yang suci..aku lupakan semua.

sekarang aku berada kat bumi orang. bumi yang takde berkat kata ummi
yakni orang korea yang tak pon mengenal islam. penganut islam sangat susah nak dijumpai kat sini melainkan tourist2 dari arab, pelajar2 malaysia indonesia. rakyat yang takde pegangan and mostly kristian. pemerintah bukan islam, rakyat bukan islam. cara hidup bukan islam. bumi yang takde nurr
macam terkapai2 jugak kalau aku nak tadah ilmu islam tu balik..susahh
jadi aku ambil keputusan, aku takkan tinggal lagi usrah yang sepatutnya melekat dengan sejarah hidup aku.

ape yang ade pada usrah? insyaAllah, itu adalah majlis ilmu. bila berkata pasal majlis ilmu, maka kat situlah malaikat2 turun dari langit duduk bersama2 kita, mendoakan para yang hadir kat situ supaya dimasukkan ke dalam syurga. majlis ilmu pula apabila berbincang pasal islam, agama Allah, insyaAllah..berkat tu banyak.

"Para malaikat akan mengerumuninya dan bertimpa-timpa hingga sampai ke Arasy. Apabila malaikat-malaikat ini kembali kepada Allah dengan laporan mereka, Allah akan menyebut nama-nama orang di majlis itu dan ibu bapa mereka dengan bangganya di dalam perhimpunan para malaikat.
Disebabkan ramainya Malaikat yang mengerumuni majlis dan rahmat yang melimpah akibat daripada kehadiran mereka, ia menjadikan majlis ta'alim (ilmu) sebuah majlis sakinah (ketenangan). Ketika pada Sahabat RHM menghadiri majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, suasana menjadi sungguh tenang hinggakan burung-burung datang dan bertenggek di atas bahu dan kepala mereka tanpa sedikitpun rasa takut."

aku bukannye promote usrah kat sini.. muhasabah diri boleh datang dari ape care. tak semestinya kene join usrah utk muhasabah diri. usrah bukan paksaan @wajib. ini cerita hidup aku so.. aku join usrah kali ni, supaya aku sentiasa ingat balik diri aku.

untuk aku :
aku akan berusaha commit dgn usrah
tiada kaitan dengan orang lain


Friday, November 19, 2010

sunyi bila sorang-sorang kan?

hati sunyi manusia atau kate lain "kosong"
kadang2 bile kite tengah stress, tak pun duduk sorang2
rase sunyi dalam dada tu mendadak2
time yang betul2 ade rase sebak nak mengalir aje air mate
dimana hati tengah lemah, takde pengisian





bile macam tu, kite perlu suap hati kite dengan zikir (tak selalu pun buat T_T maluu)
bukan memekik sane sini jerit "arghh tension!! bosan gile hidup aku tak tau ape nak buat"
walaupun tak sedar, bibit2 zikir yang kite ucap tu, kite sedang memanggil Allah
untuk berada dekat dengan kite..ya Allah

"Allah SWT berfirman; Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka); Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka), AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. "[Al Baqarah ayat 186]

ye..aku percaye waktu2 sunyi itu lah tandanya Allah mahukan kite kembali dekat dengan Dia. Allah sangat sayang kt kite walaupun kite selalu lupe kt Dia. malu aku mahu mengucap bile hanye terase sunyi. Bile Dia bagi aku bibit2 gembira aku lupa balik kat Dia. ya Allah.. serupa habis sepah madu dibuang T_T

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

dari blog kak muharrikah
"apabila kita sunyi, hati lantas menjadi futur. Di saat saya futur itulah hati saya sangatlah janggal nak dekat dengan Allah. maka ukhuwwah itu adalah bekal. kawan2 adalah penarik tangan kite apabile kite futur dan melakukan maksiat. amalkan ziarah menziarahi sesama akhawat. kalau tak mampu nak ziarah dorang, mintak dorang ziarah kite. Ziarah yang ikhlas serta bermakna dengan taushiyah dan qadhaya ( perbincangan dakwah), cukup untuk membersihkan karat-karat dosa di jiwa ( tentu dengan istighfar juga)."


Sebenarnya kesepian dan keseorangan itu adalah salah satu tarbiyah untuk Allah menguatkan kite.
Percayalah, Allah takkan pilih sebarangan orang. ^_^

Thursday, November 18, 2010

dari cara belajar tentukan rezeki hidup






hey hey korang jangan main aje bab2 belajar ni kan
sebenarnye..dari sini lah hidup berkat tu mule...sebelum berumah tangge~!
selalunye orang amek remeh je mende ni tapi bila pikir2 balik
dari belajar tu kalau da cara pon tak bersih, dapat sijil dari cara tak bersih
dari sijil tu pulak dapat kerja, dapat duet
suap anak2..isteri..sume dari sumber yang tak bersih asalnye kan? huhu bahaye dong~

ustaz zaharuddin penah bagi artikel pasal kejayaan datang dari hasil yang bersih dan sebaliknye
tak tau la ramai perasan ke tak kat facebook aritu

soalnya..sekarang kite belajar cara bersih ke tak?

kalau kite pelajar yang rajin..selalu buat homework
tibe2 kawan yang tak siap lagi..datang mintak pinjam nak copy
bagi ke tak??

keh keh secara tak langsung mesti kite rase bersalah kan kalau tak bagi
kang kene cop poyo + kedekut "gile" adeii

tapi..bile kite bagi pulak..kite akan masuk saham dalam meniru
yakni orang tu tiru kite..die dapat sijil.. tapi tak berkat
kite pon terlibat... sbb tukang suap jawapan kat orang tu kite la jugak

Dari sudut hukum, asasnya adalah :-
1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )
3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-
قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.
Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.
Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.
Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.
Tindakan
Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya.
Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.
Ke Kubur Juga Akhirnya
Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.
Nabi SAW bersabda :-
أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت
Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)
font yang agak lain tu petikan dari blog ustaz..sape nak bace artikel lain bes2..jom layan web die!
ilmu perlu dicari bukan datang bergolek ^.~