Pages

Friday, November 26, 2010

tak semua bernasib baik

“Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,” [QS 53:43]


hari ni daurah ada tetamu dari malaysia
orang panggil die ummi

ummi join picnic kt gyeongbok gong then sharing sikit2
kisah life dia selepas kahwin + masih bersama daurah ngan kawan2

juga hari ni, seorang kakak menangis
aku nampak..sebijik2 air mata dia jatuh
bila bertanya soalan kat ummi

"ummi, saya anak sulung then saya kena bekerjaya untuk bantu mak saya carik duit sara adek2 lain, mak saya memang berharap sangat saya tolong dia dengan bekerjaya, jadi macammana saya nak teruskan commitment saya dalam usrah bila bekerjaya, mesti sibuk"

lebih kurang mcm tu lah soalan
tak disangka2
menitik2 kakak tu menangis
aku tahan sebak.. kenapa mesti menangis? -dalam ati-
tak lama lepas tu kakak2 seblah aku pon menangis sekali

aku tak pernah terfikir mcm tu
seolah2 dah abis belajar nanti abislah usrah2 ni..cukup dah kot
tapi tersentak jugak tengok reaksi kakak tu
sampai menangis risau tak dapat beri commitment utk tarbiyah-dakwah lepas abis belajar
mashaAllah

sedangkan aku tak pernah kisah dengan jadual usrah aku
yang dok mengharap abis cepat selalu
aku ada banyak lagi masa, dengan family yang faham pasal program2 mcm tu
ada banyak kelapangan, tapi hati tak pon terasa nak sambung tarbiyah2 mcm tu lepas belajar
asyik pikirkan kerjaya, gaji, rumah..harta2 sampah dunia T_T

mungkin aku ditakdirkan bangun awal hari ini
aku ditakdirkan pergi ke picnic arini
bertemu dengan ummi, kakak2 suma
dan melihat sendiri tangisan kakak2 tadi
ya Allah..

aku sedar sekarang, tak semua orang yang disangkakan lapang seperti aku
tak semua orang disangkakan senang seperti aku
alhamdulillah... aku bersyukur dapat bersama2 dengar sharing dari ummi hari ni
mcm kakak naqibah selalu cakap

"Allah pilih awak untuk datang hari ni, ade sebab. Tak semua yang Allah pilih untuk sertai sesuatu melainkan siapa yang Dia nak..insyaAllah"


1 comment:

Nadzipah said...

krun..nanti sharing2 ek...

ruginya tak pegi...ㅠ.ㅠ