Pages

Saturday, November 20, 2010

bermula dari aku berhingus : 7 tahun





"asalnye ape motif ko join usrah?" ade orang bertanya

umm..kalau soalan tu ditujukan cepumas: memang terus serabut dada dengan jawapan2.
nak ikutkan, mungkin kes aku lain dari yang lain so...
sejarah tak berapa aku : aku ikut usrah dari kecik bermula dengan nadi asybal

ape tu nadi asybal? aku pun tak tau sebenarnya
ummi yang selalu bawak pegi prog tu setiap weekend
yang mane ade aktiviti kat tadika macam becerita pasal sahabat rasulullah, akhlak2 ngan cara nak solat. dari situ jugak aku banyak belajar hafal al-Quran ngan doa2 harian

dari kecik aku paham ummi ada gathering dengan kawan2 die
ummi panggil tu.... "usrah"

kalau ummi tanye "nak ikut ummi pergi usrah tak? harini kat rumah makcik wan. iffah pon ade sekali. nnt da habis boleh la korang main kat luar"
kitorang pun ikut ajelah dapat makan free + jumpe iffah ^^
detik2 aku dengar perkataan tu, aku paham usrah tu macam jumpe kawan2 + main. ikut ummi pegi usrah sbb nak main dengan anak2 macik lain

perkataan tu, aku dapat mase "7 tahun"

walaupun tak faham lagi dengan hati, aku terus aje join usrah tu berterusan sampai masuk hira' (form 1)

lepas pindah kedah..aku masuk sek.kebangsaan biase dan mula lah hilang istilah "usrah" tu dari kamus hidup aku selama 4 tahun
aku lupa semua kenangan indah dari aku kecik2..pengisian sekali dengan wajah2 yang menemani aku sepanjang usrah tu. iffah + kawan2 kecilku yang sama2 hafal doa kat luar pintu toilet sambil gelak2 "Allahumma inni a'uuu zubikaa minal khubusi wal khobaaith"

masuk intec aku terdengar balik perkataan tu bila datangnya kakak dari jepun ziarah2 bilik kitorang.

detik tu.. bila aku dengar balik perkataan tu, DETIK TU buat aku rase nak nangis pon ade. terflashback semua usrah yang pernah aku join dari la darjah satu : nadi asybal tu..sampai aku 13 tahun
mashaAllah

sampai kat sini, aku lupa balik. setahun aku culture shock dgn dunia KOREA. hallyu..fesyen baju yang buatkan aku boros. pelakon2 korea yang beri selaput pada mata aku. aku lupa balik

so..siapa aku? aku dididik dengan "usrah" dari 7 tahun, menerima dari pelbagai cara.. lupa diri aku yang sebenar. aku bukan nak besar muka/kepala kat sini, malah aku malu dengan diri sendiri. aku tak tau nak kata malu macammana, bertambah lagi malu nnt aku nak jawab kat Allah.
betapa..betapa penat lelah ummi ngan abah bawak aku dari satu jalan yang suci..aku lupakan semua.

sekarang aku berada kat bumi orang. bumi yang takde berkat kata ummi
yakni orang korea yang tak pon mengenal islam. penganut islam sangat susah nak dijumpai kat sini melainkan tourist2 dari arab, pelajar2 malaysia indonesia. rakyat yang takde pegangan and mostly kristian. pemerintah bukan islam, rakyat bukan islam. cara hidup bukan islam. bumi yang takde nurr
macam terkapai2 jugak kalau aku nak tadah ilmu islam tu balik..susahh
jadi aku ambil keputusan, aku takkan tinggal lagi usrah yang sepatutnya melekat dengan sejarah hidup aku.

ape yang ade pada usrah? insyaAllah, itu adalah majlis ilmu. bila berkata pasal majlis ilmu, maka kat situlah malaikat2 turun dari langit duduk bersama2 kita, mendoakan para yang hadir kat situ supaya dimasukkan ke dalam syurga. majlis ilmu pula apabila berbincang pasal islam, agama Allah, insyaAllah..berkat tu banyak.

"Para malaikat akan mengerumuninya dan bertimpa-timpa hingga sampai ke Arasy. Apabila malaikat-malaikat ini kembali kepada Allah dengan laporan mereka, Allah akan menyebut nama-nama orang di majlis itu dan ibu bapa mereka dengan bangganya di dalam perhimpunan para malaikat.
Disebabkan ramainya Malaikat yang mengerumuni majlis dan rahmat yang melimpah akibat daripada kehadiran mereka, ia menjadikan majlis ta'alim (ilmu) sebuah majlis sakinah (ketenangan). Ketika pada Sahabat RHM menghadiri majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, suasana menjadi sungguh tenang hinggakan burung-burung datang dan bertenggek di atas bahu dan kepala mereka tanpa sedikitpun rasa takut."

aku bukannye promote usrah kat sini.. muhasabah diri boleh datang dari ape care. tak semestinya kene join usrah utk muhasabah diri. usrah bukan paksaan @wajib. ini cerita hidup aku so.. aku join usrah kali ni, supaya aku sentiasa ingat balik diri aku.

untuk aku :
aku akan berusaha commit dgn usrah
tiada kaitan dengan orang lain


3 comments:

drcaries said...

krun aku bce post ni aku rse cm malu plk ngn aku..aku lg la dr kecik smpi skrg x pisah ngn perkataan usrah tu tp aku rse k lg bgs dr aku malu T_T

mAy said...

zulaikha!!
moga sentiasa istiqamah ^__^
kerna aqidah & usrah aku kenal same kakak kamu, kamu & family kamu..
indahnye islam nih~~
alhamdulillah, Allah masih beri peluang kpd kita utk merasai nikmat iman & islam..

kruN.ch said...

timoh : tok usoh dok malu kt orang.. ㅋㅋㅋ kita serupaa ajaa ^^
k.may: tulah dpt jumpe ramai orang..sukeee ^____^ insyaAllah sentiase istiqamah amiinn