Pages

Monday, March 10, 2014

imam yang hilang.


Maksud imam disebalik imam.



Kalau imam sendiri tidak dapat mendirikan dirinya, nescaya musnah seluruh jemaah dibelakangnya.

Kalau imam sendiri tak tentu hala, saff yang mengikutinya tentu lagi hilang arah tujunya.

Kalau imam sendiri tidak dapt memimpin ma'mumnya, maka tiada gunalah imam itu.

Kalau imam sendiri tidak membina tiang agama (solat) mereka, musnahlah agama di dalam masjid (rumah) nya.

Si imam, si ayah, si abang, si suami,


Laksanakanlah tanggungjawab sebagai imam. Kamu lah pemimpin, kamu yang memimpin.


#jadi dimana imam dalam keluarga ini??






Thursday, December 12, 2013

Impian dan Janji kami.


Bismillah.




Ikhlaskan dalam memberi. 
InsyaAllah, hidup untuk memberi. 



Dalam sunyi kita berbicara.. tentang impian dan janji.



Buatmu diri,
Jadilah isteri dan anak yang taat, memelihara solat dan puasamu, menjaga maruah diri dan keluarga.
Raihlah redhaNya Allah, redha suamimu, dan redha ibu bapamu.
insyaAllah syurga pasti milikmu.


Buat ummi dan abiku,
Tekad azamku untuk menjadi anak yang solehah untukmu,
Segala cara ku janji akan laksanakan,
bagi kita sama-sama berpimpin tangan menuju ke syurga itu.


Buatmu juga zaujku,
Akanku bina anak-anak untukmu,
Menjadi pendokong yang sentiasa menegakkan agama Allah,
Paling kurang tidak juga melahirkan kumpulan mujahideen,
sebagai saham untuk syurgamu.


Janjiku, hidup dan matiku. UntukMu Allah, Rasulku, ibu bapaku dan zauj ku.


Biiznillah.



Tuesday, October 22, 2013

To my dear family. With all my heart. Lets go 'home'.


Bismillah,


Hati masih luluh, melihat mereka yang berputus asa di sana. Masih lemah, masih kurang senyumannya. Dan melihat diri sendiri, yang tidak kurangnya asyik dengan keluhan. 





Ku tenung bunga dan ku dapati harapan. Mereka berkembang dari sebiji benih lalu mengeluarkan kelopak-kelopak yang hidup. Ditiupkan angin tapi masih mekar teguh pada dahan. Akan terus hidup dengan penuh makna, sedang hanya luruh ketika sudah sampai masanya.  

Bukankah pada setiap ciptaan Allah itu penuh dengan pelajaran? Punya analogi, punya pesanan dariNya? SubhanAllah.





"If you are not living now, you are giving up your life. Giving up your life means,


you are giving up with Allah."
-as the saying goes. 





Things are always easier said than done, they say. Kita selalu berkata susah untuk bangun. Walaupun berkali-kali dikongsi motivasi atau nasihat, kita menyembur semula pada mereka : mudah lagi bercakap dari merasakan sendiri peritnya saat itu. Tapi manusia sebenarnya jarang melihat janji Allah, mereka tidak yakin pada balasan-balasan Allah di hari pembalasan itu nanti. Kerana mata hanya nampak dunia, sedang akhirat masih ilusi. 


Yang pada hari itu, nyata sekali mulut dikunci sedang anggota yang menjadi saksi. Jadi sudah-sudahlah dengan alasan, hidupkan hari dengan aksi-aksi sebagai bukti. 


Sesuatu tentang realiti hidup hari ini : putus asa itu datangnya dari malas, malas itu datangnya dari angkuh, angkuh itu datangnya dari,



jauhnya kita dengan Allah. 



Berada jauh dari Allah merupakan titik tolak hitamnya hati. Lalu hati melekat pada dunia, memberi kecintaan pada dunia dan seisinya. Walaupun secara total ramainya umat hari ini mengaku telah bersyahadah, menjaga solat dan amalnya, tetapi dekatnya hati pada Allah itu bukan sesuatu yang mudah.



Kata Allah, 


"Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa beriman pada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" 

(64:11)



Hati mereka dipegangNya. Dan setiap degupan jantung mereka yang bersabar dengan musibah itu dipandu Allah. Setiap degupan, berada dalam genggamanNya. MasyaAllah.


Umar Al-Khattab pernah menangis pada suatu hari kerana sudah lama tidak ditimpa musibah. Jawabnya apabila sahabat bertanya, 



"Aku takut kira-kira Allah telah melupakanku. 
Kerana hidup aku diam tanpa musibah (yakni kasih sayang Allah)."



Dan Rasulullah SAW juga bimbang keluh kesah apabila tidak menerima wahyu dalam tempoh yang panjang. Lalu Allah menyahut, 



"Wadh-dhuha, 
dan demi malam yang apabila telah sunyi, 
Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu, 
dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan. 
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karuniaNya kepadamu, 
sehingga engkau menjadi puas. 
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi(mu).
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. 
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan,


lalu Dia memberikan kecukupan."

(Adh-Dhuha : 1-8)




SubhanAllah. 


Apabila terasanya malas, maka hati telah berasa angkuh dengan hidup. Keangkuhan yang kita selalu tidak mengaku, kita berasa hidup ini kita yang pandu. Kerana kita punya kebolehan, kita yakin apabila kita 'mampu' buat sesuatu maka rezeki juga datang dari usaha itu. 


Lalu kita berjalan lagi di muka bumi dengan angkuh. Membuatkan kita malas berusaha kerana hati telah cukup yakin. Dan apabila sedikit diusik keselesaan itu, apabila diturunkan ujian dari Allah kita gelabah. Kita hilang arah tuju kerana hati percaya lebih pada diri,




dari percaya pada Allah. 



Dan di situ kita putus asa.
Kerana hati belum cukup kuat pergantungannya pada Allah, hati telah sangat jauh dari Allah.


Adakah hati hari ini sudah habis yakin dengan segala apa yang menimpa kita, datangnya dari Allah? Atau masih merungut. Atau masih penuh dengan alasan. Masih berputus asa dengan Allah?  


Memetik ayat-ayat seorang sahabat ketika aku bermuram menatap wajah ummi, dan mahu berputus asa dengan hidup, 



"If you love your ummi lillahita'ala, then you should rasa dan bayangkan how sedih ummi tengok keadaan awak hari ini. Asyik muram, asyik kata putus asa dengan hidup. Tak habis dengan keluhan, sedang Allah tak pernah tidur tahu? Setiap minit setiap masa Allah tunggu awak, sebab mungkin awak dah berada jauh dari Dia. 

And He's calling you untuk awak dekat semula.

If you love your ummi so much, awak akan buat segalanya untuk ummi. And jugak untuk Allah. IF you love Allah with all your heart, you takkan putus asa macam ni. 

Awak akan buat everything, 
untuk dapatkan 'senyuman' Allah tu. Kan?"




There. SubhanAllah. 
Message yang aku printscreen kan and tengok selalu. :')) 


Kerana cinta itu mendalam maksudnya. Kerana cinta itu adalah sesuatu ikatan yang kuat, yang kita bina untuk bergerak. Sedangkan Allah sangat membenci mereka yang berputus asa dan cinta pada mereka yang berusaha. Adakah kebencian itu yang kita cari.. T_T


Because dunya is nothing, untuk dicinta kan. Ummi juga dunia, anak-anak juga dunia. Hanya Allah yang kekal, hanya Allah. 




"In letting go..the answer lies in LOVE. Fall in love. Fall in love with something GREATER. Fall in love with the REAL THING. See the MANSION. Only then, 

will we stop playing in the dollhouse." 


-Reclaim your heart.





Teruskan hidup untuk gembirakan ummi, gembirakan Allah. Biiznillah. Bangunlah.. wahai diri yang berputus asa, yang masih angkuh T_T Let's go home. 




Home is where your heart is.. home is where Allah is. 
Kita kembali pada Allah jom. :') 




p/s : To both mutiara ummi, imran dan Illiyya yang menghidupkan hari-hariku. Melihat muka mereka sahaja mengingatkan aku pada amanah ummi. Dan pada amanah Allah, kita perlu hidup untuk terus mendidik. Kerana atas kurniaan Allah, kita telah menerima didikan. 


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman)
Bersyukurlah, dan berbaktilah. For Him, and for hereafter. 





Sunday, September 29, 2013

Terima kasih atas semuanya. Jadi jangan tinggalkan kami dengan dunia kami sendiri. :)


Bismillah.



"Kita bukan hanya menyembur, sambil mengusap puji bibir sendiri. Telankan bersama semburan itu dan sambil sama-sama perbaiki diri."

-A. Asinur.




oops. Maaf, kami tidak pernah sempurna. 




Kata diorang, kami berada di jalan dakwah ini sangat poyo. Kawan pun hanya dengan geng sendiri, bertazkirah sambil syok sendiri, ke hulu ke hilir membuat promosi sambil study dibuang ketepi, cakap lebih tapi buat jugak lagi.


Aduh terasa cucuknya. Tapi tersenyum. Betul. Dan sentiasa betul. Alhamdulillah ini sepatutnya menjadi latihan untuk lebih memantapkan qudwah-qudwah para daie kepada masyarakat.  :)


Cuma terasa lucunya, pada satu aspek apabila kami dianggap seperti malaikat di mata mereka. Satu dosa pun tidak dibenarkan dalam kehidupan seharian. Hatta satu kesalahan kecil diperbesarkan dan terus digembar-gemburkan. Segala tindak tanduk, segala perkataan kami diperhati. SubhanAllah.. :)


Hehe.



Senyumlah kerana inikan tarbiyah agung untuk para daie. Pada zaman Rasulullah juga Baginda keluar bercerita dalam keadaannya yang tidak tahu menulis dan membaca, sudah pasti lebih dianggap poyo gila.


Sunnatullah, susunan Allah itu bukankah sangat istimewa. Segala sesuatu yang berulang pasti kerana hikmah yang dalam. Dan segala sesuatu itu berulang, kerana manusia tidak berubah sikapnya. Bersabarlah bagi mereka yang mengejar kebaikan. Kita bekerja bukan kerana manusia, tetapi mengejar keredhaan Tuhan.



Dan kepada mereka yang tak sudah mahu menjatuhkan, 


Kalaukan kami yang cuba berkumpul sesama kami, kadang-kadang mahu bercerita tentang dakwah bersama kami, kadang-kadang pula mungkin mahu berkongsi ayat dan pesanan di ruang media, tapi masih belum terbaiki diri,

kalaukan semua itu adalah aksi poyo kami, anda bila lagi?


Ehehe jadi marilah sama-sama menjadi poyo. Kalau poyo itu dapat mendekatkan lagi diri dengan Sang Ilahi :D




"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antara mereka orang-orang yang fasiq (derhaka)." 


Al-Hadid : 16



Jejom duduklah sebentar... kita beriman sejenak. Tajdid niat, muhasabah sama-sama ^_^



p/s : Kami bukan malaikat, tak pernah juga lagaknya ingin menjadi malaikat. Tegurlah kami di mana silapnya, sambil anda juga turut serta sama-sama mengubahnya. 




Tuesday, September 3, 2013

Sakeenah dalam Redha Allah. Yang ditunggu. Yang dicari. :)



Bismillah.


"Dia Mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadaNya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." 

(Al-Hadid : 4) 



Istikharah dan berdoa. Semuakan di tangan Allah. :') 




Malu demi redha Allah. Cinta juga demi redhaNya, Allahu ta'ala.. 
Bismillahi tawakkal 'Alallah, redhakan baitul muslim kami, ya Rabbah :') 


Credit : Syaza Mariyah. ^^


Tak terucap ucapan terima kasih pada manusia-manusia yang dipilih Allah, yang dihantar Allah kepada kami sebelum dan sepanjang majlis. Tak terhingga pula syukur dipanjatkan pada Allah, Maha Pemurah dan Pemberi segala rezeki.

Nyata Allah sangat Pemurah lagi Penyayang, tidak putus mengurniakan kami nikmat dan segala kemudahan walaupun bergunung dosa kita padaNya T_T


SubhanAllahu ta'ala.


Jujur aku bangga dan terharu melihat abah tenang duduk tegak di hadapan, melepaskan dosa pahala anak perempuan keduanya sambil memegang erat tangan kanan zauji, Imam yang dipilih Allah untukku,


Ahmad Zaki. :')


Dulunya pilihan ummi ketika ummi masih bernafas, ketika masih mampu menjadi wakil bertaaruf dengannya. Sangat suka ummiku pada zauji. Orangnya tinggi lagi putih, pernah menjadi antara calon dalam doaku dulu-dulu.


"Gara-gara ciri pelakon korea lah kan. Idaman semua kononnya. eheh apa lagi?" 



Ummi gelak dalam telefon.



Pada awalnya emosiku yang tidak stabil menolak pilihan ummi. Tetapi tetap jodoh itu di tangan Allah,  dan subhanAllah semua Allah telah permudahkan. Dari persiapan sehingga majlis selesai. Terus pada taaruf kami sedikit demi sedikit.


Malu dengan Allah. T_T


InsyaAllah. Hari ni sudah berada di korea, menghadap meja belajar untuk final semester, final 4 bulan di bumi sonata penuh tarbiyah ini. Meneruskan janji-janji pada Allah, menyahut baton dakwah sahabiah-sahabiah Rasulullah. Walhamdulillah, hati tenang meskipun zauji berada di Malaysia bekerja lillahita'ala. Pada rindu berbaki, kita salurkan pada Allah kan. :)



Menjadi seorang isteri bukanlah semudah tersenyum setiap hari pada si suami, dan berada dalam lingkungan taat pada suami bukanlah semudah menunggunya dalam hujan seperti dalam drama korea. Ingatkan lagi janji Allah tentang sakeenah, ketenangan itu yang benar-benar akan menjadi dinding pada hati yang resah. Sakeenah, hanya dalam hati mereka yang berlapang dada untuk ketaatan pada suami, dan ketenangan dalam mencari redha Allah.



Tidak lain yang aku doakan, moga Allah menjadikan hati zaujku tenang dan cekal seperti Ibrahim a.s yang meninggalkan isteri dan anaknya, terus juga menjadikan hatiku di sini tabah dan redha seperti Siti Hajar, yang ditinggalkan bersama Ismail a.s.


Nabi Allah itu juga manusia, punya hati yang berbolak balik arahnya, punya masa lelah, punya masa berhimmah. Dan hati hamba-hamba Allah itu hanya dipegang olehNya, baik hatinya maka baiklah seluruh jasadnya, akhlaknya dan perbuatannya.  Moga Allah menjadikan kami pasangan yang bertaqwa, mencintaiNya lebih dari cinta antara kami.


Dan moga kami dibawah lindungan rahmah dan barakahNya memimpin keluarga yang sentiasa mendokong agamaNya.



Biiznillah.
Salam dan doa dari kami,

untuk sama-sama tsabat. ^_^ InsyaAllah.



p/s : Jom buat kenduri kecil di korea hihi. Tapi zauji takda, si isteri jelah yang ada :P